Part 10

527 32 3
                                    

Pintu lif terbuka. Farid langkah masuk. Hari ini secara rasmi Farid ambil keputusan nak kerja semula. Tebalkan aje muka waktu terserempak dengan pekerja-pekerja lain. Senyum-senyum mereka tengok Farid. Tak nak nampak kekok, Farid senyum juga. Ada ucap hello. Welcome back. Tak kurang juga yang buat tanda bagus kat dia.

"Welcome, Encik Farid. Rindu betul saya dengan bos yang sorang ni." Wawa senyum lebar. Gembira dia nampak Farid datang kerja.

"Awak masih secretary saya?"

"Eh... mestilah. Saya tunggu Encik Farid datang kerja semula. Tak bestlah kerja dengan bos lain." Wawa sengih.

"Tempat saya?"

"Masih panas milik Encik Farid. Lembaga Pengarah dah mesyuarat. Cuti Encik Farid dikira cuti tanpa gaji. Sebab peribadi. Okey?"

Farid angguk. Nasib baik!

"And one more thing."

"Apa dia?"

"Ramai dalam pejabat ni sayang dengan Encik Farid. Don't worry, okay? Be happy." Wawa tepuk bahu Farid. Tersenyum Farid. Dia angguk lagi sebelum masuk ke bilik. Farid hela nafas. Meja kerja nampak kemas. Barang-barang tak ada yang berusik. Farid tarik kerusi. Duduk. Pejabat ni banyak kenangan Farid dan Ashikin.

Bila Farid terpaksa kerja sampai lewat malam, Ashikin tak pernah lupa datang jenguk. Bawakan makan malam. Kadang-kadang Ashikin duduk di sofa. Temankan dia. Tersengguk-sengguk Farid tengok Ashikin tunggu. Sampai tertidur. Sepanjang Farid kenal Ashikin tak pernah perempuan tu tunjukkan tanda tak suka pada dia.

Jadi bila Ashikin tak pasal-pasal lari saat nak nikah, Farid cukup tak percaya. Kalau Ashikin tak nak kahwin, kenapa tak terus-terang? Lari hari nikah, tak pernah Farid sangka. Depan mata pulak tu! Ashikin lari serupa orang dah tak boleh berfikir. Farid tak pernah cari Ashikin. Nak tanya berita perempuan tu pun dia tak ingin. Bagi Farid, Ashikin dah lama jadi sejarah.

Kecewa Farid sebab susah nak terima realiti. Seksa diri. Semua tak terurus. Apatah lagi nak berdepan dengan orang. Nekad tak nak kerja akhirnya Farid batalkan.Terdengar ketukan di pintu. Farid toleh. Lenyap lamunan Farid. Terjengul Wawa. Setiausaha itu senyum lebar.

"Tengku Imran nak jumpa."

Farid kerut dahi. Kemudian sengih. Baru teringat siapa lelaki yang disebut Wawa. Farid angguk. Dia bangun. Betulkan tali leher. Kemaskan rambut. Pintu dibuka dari luar. Seorang lelaki seusia Farid. Segak melangkah masuk."Tengku. Apa khabar?" Farid hulur tangan. Salam bersambut.

"Sihat. Alhamdulillah." Tengku Imran ukir senyum. "So, Farid. How are you?"

"I'm fine, Tengku."

Tengku Imran angguk. Farid jemput lelaki itu duduk. Wawa kemudiannya masuk. Bawakan dua cawan teh. Tengku Imran pandang keliling bilik. Farid tunggu. Hari pertama kerja. Tak sangka Tengku Imran nak jumpa dia."Aku datang ni sebab ada kerja sikit nak bagi kat kau."

"Kerja?"

"My elder brother. Baru-baru ni ada beli sepuluh unit kondominium. Interior for those condominiums, I've volunteer to do it for him. So I need your ideas. Can you help me?"

"Area mana tu, Tengku?"

"Mont Kiara."

Mak datuk! Bisnes apa abang tengku ni? Satu unit mahu juta-juta. Kalau sepuluh, uik! Seumur hidup punya gaji pun belum tentu boleh aku nak beli. Tapi beli banyak-banyak nak buat apa? Bagi kaum keluarga?

"Aku tunggu kau kerja semula. Lama sangat cuti."

Farid sengih.

"Jadi macam mana, Farid? Aku dah bincang hal ni dengan Farouk."

Bakal Suami Tak Jadi (Terbit November 2017 - BESQ Publication)Where stories live. Discover now