BAB 1

3.8K 213 0
                                    

Aku bersendirian di dalam sel kurungan ini.Bilik ini dibina dengan sangat kukuh- tiada jalan keluar.Hanya ada sebuah tingkap kecil yang menghiasi bilik ini, atau lebih sesuai dipanggil "kubur ini".Apa salah aku sehingga aku ditempatkan di dalam 'neraka besi' ni? Aku tidak ingat apa-apa pun - segalanya.

      Tingkap tersebut dihiasi dengan palang besi yang sangat kukuh.Aku pernah cuba untuk mematahkannya, tetapi gagal.Tanganku melecet, bertambah teruk lagi, pengawal istana ternampak apa yang aku cuba lakukan.Mungkin aku tidak perlu ceritakan apa yang mereka lakukan terhadapku.Mereka melayanku dengan sangat kejam.Jika aku tidak menuruti perintah mereka, maka binasalah badanku ini.

     Aku sudah tidak sanggup untuk berada di sini untuk jangka masa yang lebih lama.Kadangkala aku cuba menipu diri sendiri, aku cuba memejamkan mata dan menganggap aku akan terjaga daripada mimpi ngeriku.Tetapi ini bukannya MIMPI.

     Oh, aku terlupa untuk mempekenalkan diri.Nama aku Katilda.Ibu aku yang memberi nama itu kepadaku.Aku tidak pernah berjumpa dengannya.Bagaimanakah rupanya? Adakah betul dia yang memberi nama ini kepadaku? Tetapi..di manakah dia sekarang? Adakah dia masih hidup?Aku teringin hendak memeluknya, mencium pipinya sepertimana yang dilakukan oleh gadis sebayaku yang lain..

      Tetapi, itu agak mustahil.Aku yakin tidak ada jalan keluar daripada sini.Aku harap maut tidak akan menjemputku di tempat sebegini.Aku mahu menjenguk dunia luar buat kali yang terakhir.Aku tidak ingat sejak bila aku berada di sini.Ingatanku tentang masa silam semakin pudar.Harap pengawal akan memberikan aku sebilah pisau untuk mengakhiri penderitaanku ini.Aku sudah tidak sanggup diseksa di dalam tempat ini.Biarlah aku mati dengan tenang...

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now