BAB 49 - Lightning Game

603 32 1
                                    

Setiap saat berdetik bagaikan pili yang tidak tertutup rapat.Bayangan kehidupan silam mengalir di mata keemasannya.Panji-panji bercahaya menerpa ke satu titik, jantungnya.

Meira menutup rapat kedua belah mata, membiarkan kegelapan membelenggu diri dalam detik yang genting.Dia telah mengembara sangat jauh untuk sampai ke tahap ini.Mungkin dia masih belum bersedia untuk tamatkan apa-apa bagi pihaknya.Gadis degil ini sepatutnya berdiam diri sahaja sejak awal lagi, sejak kakak-kakaknya disembelih penjenayah.

Dia tidak mempunyai sebarang keluarga yang masih hidup.Terpaksalah gadis ini lalui babak seterusnya di alam lain tanpa sesiapa yang hadir untuk berdoa.Mati tanpa berdirinya batu nisan memang menyedihkan jasad yang tidak mampu lagi mengalirkan air mata zahir.Namun, harus kita sedar, pusara megah dengan hiasan mewah di atas jasad yang mendabik dada sejak hidup lagi selalunya mereka yang tidak melakukan apa-apa untuk kebaikan orang lain.Perajurit-perajurit gagah mati mempertahankan negara dalam peperangan orang lain langsung tidak diingati mahupun dihiraukan oleh orang atasan.Pengecut yang bertatah berlian, bersenggang di atas takhta palsu itu yang mendapat segala-galanya.Hidup ini tidak pernah adil.

Tatkala nyawa menyusup pergi dari tubuh, satu tindakan tidak disangka terjadi.Meira tersentak seketika setibanya satu daya yang menolaknya kebelakang, tetapi gadis itu tidak berundur seinci pun.Tangan kanannya menahan badai cahaya, diikuti tangan sebelah lagi yang menyusup ke hadapan untuk memberi perlindungan.Tatu itu! Ia bertindak sebagai lohong hitam.Walaupun hanya melindungi sebahagian kecil badan, namun ia cukup kuat untuk merentap kilat ke dalamnya.Kilat semakin runcing dan berkurang lebarnya.Meira dapat rasakan aliran tenaga yang aneh, ia mengalir bersebelahan salur darahnya, dalam sarafnya; menghantar isyarat pelik di segenap badan.Bulu romanya menegak, tulang belakangnya seperti disuntik jarum ais.

Oh, beginilah rasanya kilat.Api yang sejuk.

Seketika ekor kilat itu menyusup ke telapak tangannya, Meira bersedia dengan satu idea yang baru terlintas di benak.Dia membenarkan sedikit arus mengalir daripada tangannya.BOOOM!! Satu letupan berlaku di sisinya.Gadis itu mengerang pada bunyi yang membingitkan tadi.Matanya yang dipicingkan dibuka semula.

Dia terpempan melihat cahaya putih yang tergantung pada tapak tangannya.Arusnya berkilau bak berlian tanpa jasad sebenar.Permata dalam bentuk tenaga.Meira berasa begitu bertenaga mengibas senjata agung itu tanpa tuju.Matanya bersinar semula dengan harapan.

Gadis itu mengambil satu langkah ke hadapan lantas menyeru kilat itu untuk merentas lebih jauh.Kilat itu bergerak amat laju, ia mengalir terus ke arah makhluk itu.

Peluh menitik pada dahi.Tenaga yang dirasakan tadi seolah direntap pergi bersama lembing cahanya.Meira menggagahkan diri untuk berdiri tegak pada kaki yang makin lemah.Dia perlu memutuskan tenaga itu sebelum ia pergi bersama seluruh tenaga dalam tubuh.

Batinnya menutup ruang yang mengalirkan kilat.Pada mulanya agak sukar dan berat.Seperti berdiri di bawah air terjun.Tetapi, apabila sudah mencapai rentaknya, perkara itu menjadi sangat mudah.Tenaga kilat itu dibiarkan mengalir sedikit pada bahagian yang dikehendaki bagi mengeluarkan daya yang hebat.

Meira meneliti seketika tatu pada tapak tangannya.Tatu bunga itu telah hilang, diganti dengan bentuk yang baru.Kilat di dalam gelung hitam. Lightning Bandit.

Keterujaannya berakhir setelah dia mendongak ke hadapan.Makhluk itu menghadang kilat Meira dengan permukaan pedang gergasinya.Aliran kilat itu mengalir ke sisi seperti air yang dicurah ke daun keladi.Kakinya menekan tanah sebelum melonjak tinggi ke udara.Pedangnya ditarik membiarkan arus cahaya itu terbenam ke dalam tanah.Bunyi letupan kuat dari bumi mengalihkan perhatian Meira sebaik sahaja makhluk itu merejam pedangnya ke arah dia.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now