BAB 3

2.6K 191 3
                                    

Pengawal mengiringi Katilda ke kamar Tuan Puteri."Ingat, segalanya boleh terjadi tanpa kita duga.Bersedia untuk terima segala kemungkinan,"pesan pengawal itu kepada Katilda.Nadanya agak suram.

Katilda hanya mengangguk tanda memahami.Sebenarnya, dia langsung tidak memahaminya.Mungkin dia teruja dapat keluar daripada sel kurungannya.

Akhirnya, mereka sampai juga ke kamar Puteri Sylvia.Pengawal mengetuk pintu. "Boleh kami masuk Tuan Puteri?"

"Silakan,"kata Puteri Sylvia.
Pengawal itu memusingkan tombol pintu dan menolaknya ke dalam.

Ini kali pertama Katilda bertemu dengan Puteri Sylvia.Sylvia seorang gadis cantik yang berumur dalam lingkungan 23-25 tahun.Rambunya kuning keemasannya disanggul kemas. Mahkota berlian yang indah bertatah di atas kepalanya.Kulitnya cerah seperti Puteri Bulan.Lentikan bulu matanya mencantikkan lagi anak matanya yang kehitaman.Walaupun cantik, sayang tiada seri pada wajahnya.Seperti patung yang disaluti barang kemas.

Pengawal itu melutut di hadapan Puteri Sylvia.Tetapi, Katilda masih berdiri di sebelahnya.Gadis tidak tahu adab mahupun tata tertib untuk berhadapan dengan golongan diraja.

Pengawal itu segera merentap tangan Katilda.Mukanya pucat seri menahan malu.Dia tidak mahu perkara buruk terjadi pada dirinya.

Katilda melutut sepertimana yang dilakukan oleh lelaki di sebelahnya.

"Boleh saya bantu Tuanku?" kata pengawal itu dalam nada yang merendah diri.

"Katilda berada di sebelah awak bukan?" Pandangan Puteri Sylvia penuh dengan rasa benci dan dendam.

"Ya, Tuanku." Peluh menitik daripada dahinya.Kegelisahan melanda fikirannya.

"Saya ada sesuatu mahu dibicarakan dan saya mahu awak berada di sini."

Kata-kata Puteri Sylvia sudah mula menggerunkan pengawal itu.Dia hanya menundukkan pandangannya sambil memejamkan mata dan berdoa.

Sylvia berjalan ke arah Katilda.Katilda mendongak perlahan-lahan.Sylvia betul-betul di hadapannya.Katilda meneguk air liurnya.Terasa seperti menunggu hujan di padang pasir.Kering benar tekaknya.

Puteri Sylvia memegang dagu Katilda dengan kasar.Katilda hanya mampu memejamkan matanya, dia tidak sanggup melihat apa yang bakal terjadi.Jantungnya berdegup pantas seperti mahu berlari meninggalkannya.

"Sudah 19 tahun kamu di sini katilda.Sepatutnya, umur kamu sudah mencecah 35 tahun.Tetapi, wajah kamu seperti gadis berumur 23 tahun.Beta tidak mahu sesiapa menandingi kecantikan beta.Kecantikan beta telah dikenali di seluruh dunia.Beta tidak mahu kamu yang hina ini menjadi pesaing beta." Kata Puteri Sylvia dengan penuh rasa benci.Setiap kata-katanya ditelan dan dikunyah dengan rakus sekali.

Katilda diam seribu bahasa.Dagunya bergoncang ligat,peluh turun bagaikan hujan.Dia hanya boleh berserah kepada takdir.Harap pengawal itu akan berbuat sesuatu untuk menyelamatkan Katilda.Hanya dia satu-satunya harapan gadis itu.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now