BAB 39 - The Arrival

1.1K 80 0
                                    

Burung merpati itu akhirnya tiba ke sebuah kedai pertukangan setelah menjelajah beberapa daerah dalam keadaan panas terik.

Burung itu bertenggek di atas bahu seorang pemuda yang sibuk bertukang.Dia mungkin dalam lingkungan 30 an.Matanya hijau lembut seperti tasik yang dihiasi teratai.Kulitnya sawo matang, menampakkan dia sebagai seorang lelaki yang kuat bekerja.

Bunga api memercik daripada ketukan besi yang panas.Peluh menitik membasahi wajah lelaki itu.

"Oh, kau dah sampai ya," kata Jarred sebaik sahaja sedar akan kehadiran burung pada bahu kirinya.

Dia menyuakan jari telunjuknya pada kaki burung merpati itu, bingkas burung itu bertenggek di atasnya.

Jarred memindahkan burung merpati itu ke atas meja berdekatannya.

Tuala di pinggir meja diambilnya untuk mengesat peluh yang membasahi muka.

"Umm..berita apa pula yang kau bawak ye," kata Jarred seraya menggosok tapak tangan.Dia tidak sabar-sabar untuk membongkar isi kandungan surat yang diterimanya.

Dia meleraikan ikatan tali pada kaki burung itu.Dua kepingan kertas yang dilipat kecil terjatuh dari ikatan.Jarred mengambilnya.

Kandungan surat itu dibacanya dengan teliti.Dahinya berkerut menelaah setiap baris ayat yang tertulis pada kepingan kertas itu.

"Aahh..ini agak berat.Penulisan Desmond nampak begitu serius.Kalau betullah Ratu mengupah seorang pembunuh upahan, dia akan cari yang terbaik." Dia menghela nafas berat. "Desmond bijak.Dia tak akan tertipu dengan helah licik Denna."

Jarred meneliti sekeping gambar yang diterima bersama surat tadi.Jantungnya berdegup kencang.Fikirannya kosong sebaik sahaja melihat perempuan di dalam gambar itu.Tangannya terketar-ketar.

"Adakah ini cinta pandang pertama?" Jarred menyoal sambil mengusap wajah Katilda di dalam gambar.

"Desmond, kau suruh aku selamatkan perempuan cantik ni? Yeay!!! Aku memang orang paling bertuah dalam dunia!!" Jarred bersorak seraya mencium gambar itu berkali-kali.Fikirannya terus diawang-awangan.

"Kalau dia dah terhutang nyawa dengan aku, mesti dia akan paksa aku untuk berkahwin dengan dia.Hehe.." Dia berangan sehingga air liurnya mengalir ke dagu.

"Oh..pahlawan yang berani lagikan kacak bergaya, saya tidak tahu macam mana nak balas jasa awak.Sudikah awak terima saya sebagai hadiah untuk selamanya?" Kata Jarred dalam mimik suara perempuan.Dia memeluk dirinya erat sambil mengetap bibir.Senyuman nakalnya terpahat hingga ke telinga.

"Mungkin Denna nak bunuh dia sebab cemburu dengan kecantikan perempuan ni.Haha, Denna, kau memang tak setanding gadis ni.Kau tu dah la tua..hahaha!" Fikirannya sudah terpesong dari misi yang patut dilaksanakan. "Tak apa cik adik, 'Putera' Jarred akan selamatkan kau, dengan satu ciuman.Tunggu aku ya, Cik Snow White!!"

"Kenapa jerit-jerit ni? Apa dah jadi? Cikgu cedera ke?" Tanya Matt, seorang anak murid Jarred, dalam nada risau.

"Uhukk..uhukk" Jarred membatuk palsu.Mukanya sudah merah, risau akan anak muridnya terdengar celotehnya sebentar tadi. "Kita ada satu misi.Misi yang amat berbahaya."

Air muka Matt berubah serius. "Misi apa cikgu?"

"Denna telah hantar seorang pembunuh upahan untuk menculik gadis ni." Jarred menayangkan gambar Katilda pada anak muridnya. "Kita tak boleh biarkan benda ni terjadi."

"Jadi, apa yang kami semua kena buat?"

"Kita mesti lindungi pekan ni.Apa yang pernah terjadi pada Dracacre tak mustahil boleh terjadi di sini.Cikgu takut dia akan bunuh kita semua kalau kita tak serahkan perempuan tu."

"Err..berbaloi ke kita pertaruhkan nyawa penduduk pekan ni semata-mata sebab perempuan tu?" Kata Matt, ragu-ragu.

"Denna menyerang Dracacre disebabkan dendamnya terhadap puntianak.Dia hanya hidup berlandaskan dendam, tanpa berfikir terlebih dahulu.Perempuan berambut hitam tu mesti sangat penting untuk dia.Kita mesti berhati-hati," kata Jarred dengan nada yang serius.

Matt mengangguk. "Saya akan pastikan keselamatan penduduk pekan ni terjamin."

Jarred menepuk bahu budak lelaki di hadapannya."Inilah masanya untuk kau gunakan segalanya yang dah cikgu ajar.Ingat, ini bukannya latihan.Lawan kita bukan orang biasa-biasa."
"Matt, kau akan jadi ketua hari ni.Pimpin rakan-rakan kamu untuk melindungi pekan."

Matt melutut di hadapan cikgunya. "Baik, Tuan!"

Seraya itu, dia pun hilang dari pandangan.Begitu teruja dia dengan misi pertamanya.

◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇

Katilda sedang berbaring di atas timbunan jerami.Lengannya diletak ke belakang kepala.Kakinya disilangkan menghadap Cassandra. "Bila kita nak balik? Aku dah penat."

Cassandra menghempas baldi air yang sedang diangkutnya.Dia bercekak pinggang. "Kau tak tolong satu apa pun! Kau cuma baring saja kat situ.Kau ingat aku ni kuli ke?!"

"Aku tak mintak pun kau buat semua tu."

"Errghh..cubalah kau bertolak ansur sikit.Mereka pun ada perasaan jugak macam kita." Kata Cassandra seraya mengusap leher kuda di sebelahnya.

"Baguslah tu.Aku tengok muka kau pun dah macam kuda tu.Hahahahaha!!"

"Perempuan tak guna," bisik Cassandra seraya menyambung kerjanya.

Tiba-tiba telinga Katilda menangkap bunyi yang agak jauh.Bunyi derapan kaki manusia ke satu arah.Kesemuanya keluar dari rumah dan berhenti melakukan kerja.Mereka berhenti.

"Aku terdengar sesuatu," kata Katilda pantas.

"Oh..aku patut mencarut lebih kuat.PEREMPUAN TAK GUNA!!" Laung Cassandra sekuat hati.

"Bukan tu lah! Aku terdengar bunyi lain.Bunyi tapak kaki orang kampung.Mereka menuju ke satu tempat.Semua sekali." Katilda memberi penjelasan.

"Mungkin ada jualan murah.Siapa tahu?"

"Bukan.Hati aku rasa tak sedap.Rasa macam ada orang cari aku."

"Haih..kita pergi mana-mana pun ada orang ikut.Kau nak aku bawak kau pergi mana? Lubang kubur?" Kata Cassandra tenang.

Katilda tidak menghiraukan kata-kata gadis itu.Dia bingkas bangun seraya menyapu jerami yang terlekat pada baju.Dia berlari ke pintu bangsal.

"Oi.Kau nak pergi mana?!" Soal Cassandra.

"Aku nak tengok apa yang dah jadi.Kalau kau tak nak ikut, tak apa." Katilda menyambung lariannya meninggalkan Cassandra di dalam bangsal.

"Haih.Terpaksa la aku ikut." Cassandra berjalan ke arah pintu.Katilda sudah lesap dari pandangannya.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now