BAB 2

2.8K 196 0
                                    

"Oh, kau sudah bangun ya, kekasihku,"kata seorang pengawal yang membuka pintu sel kurungan Katilda.
Gadis itu hanya terbaring kaku di atas lantai yang sejuk membeku.Dia sudah tidak bermaya untuk melayan kata-kata lelaki itu.

     "Nah, ni makanan tengah hari kau.Maaflah aku terlupa nak hantar sarapan pagi.Engkau tak kisah kan?"Kata pengawal itu sambil tersengih.

     Katilda menyeret badannya mendekati hidangan tersebut.Dia sudah tidak bermaya untuk bergerak.Kemudian,dengan rakusnya dia menikmati hidangannya itu seperti sudah tiga hari tidak menjamu selera.

    "Maaflah aku hanya dapat bagi kau makan empat keping roti dan air masak je.Kalau ikut arahan Ratu Denna, dia hanya bagi engkau makan tiga hari sekali sahaja.Anggaplah aku ni dah berkorban untuk kau,"kata pengawal itu sambil mengusap rambut Katilda.

     "Uhukk...uhukk..,"Katilda tersedak kerana terlalu gelojoh.
Lelaki itu dengan segera mengambil gelas yang berisi air,"nah, minum air ni.Gelojoh betul engkau ya.Makan perlahan-lahan."Pengawal itu menggosok belakang Katilda.

"Baik betul awak ya.Awak nak apa sebenarnya?" Tanya Katilda selamba.

    "Pandai kau baca fikiran aku.Memang ada.Tuan Puteri Sylvia nak engkau menghadapnya di kamar."

"Ada apa-apa yang awak tertinggal?"

"Dia mahu engkau datang dengan rela hati."

"Ya, aku akan pergi nanti."

"Di nak aku iringi kau untuk menghadapnya."

"Mungkin dia nak bawak aku jalan-jalan kot."

"Jangan nak mengharapkan sesuatu yang mustahil.Kita tak tau apa yang dia nak buat dengan kau.Aku risaukan keselamatan kau, Katilda"

"Kau akan tolong aku nanti?"

     Pengawal itu hanya diam membisu.Mungkin berat hatinya untuk meluahkan.Adakah itu satu berita buruk? Bolehkah Katilda mempercayai lelaki ini?

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu