BAB 44 - Angel of the Mystic Flute

1.1K 84 4
                                    

Katilda terpempan melihat anjing gergasi berkepala tiga di hadapannya.Ia berkali ganda lebih besar daripada Troll yang pernah dikalahkannya dahulu.. (semalam)

Enam pasang mata merenungnya tajam.Katilda kaku.Dia benar-benar takut untuk memulakan langkah. Sendinya dicengkam ketakutan.Dia berasa seolah-olah ada sebilah pisau tajam bersedia untuk menikamnya pada bila-bila masa sahaja.Jika dia memulakan langkah, pasti dia akan mati.Tetapi, selamatkah dia jika hanya berdiri sahaja di situ?

Nyawa dipertaruhkan, tetapi hanya satu pihak sahaja yang akan menang.Kedua-duanya akan lakukan apa sahaja untuk terus hidup.Inilah yang terjadi apabila risiko menjadi buah catur dalam permainan; nyawa diketepikan; menang dan kalah bukan lagi menjadi satu pilihan.

Katilda mengalih pandangannya ke kiri.Jarred masih terbaring kaku jauh 20 kaki di kirinya.Dia masih bernyawa.

Katilda membuat pengiraan di dalam kepalanya.Sama ada dia sempat atau tidak untuk menyelamatkan Jarred sebelum dia menjadi santapan tengah hari 'Anjing dari Neraka'.

"Sial! Aku tak ada masa nak fikir semua benda bodoh ni!" gumamnya di dalam hati.

Tanpa berfikir lagi, dia terus memecut ke arah Jarred.Hala tujunya hanya satu: Jarred.Tidak ada apa yang boleh membuatnya mengubah fikiran di saat ini.
Sepantas kilat, dia menyambar kolar baju milik Jarred.Diheretnya lelaki itu di atas jalan seraya berpatah balik dengan pantas - Dia tidak dibayar untuk memberi khidmat layanan istimewa.

Cassandra disisinya; menghembus nafas lesu ke leher Katilda.Mukanya kian memucat.Seperti darah disedut keluar dalam setiap hembusan nafas.

"Sabar Cass, kita akan selamat," bisik Katilda.

AUUUUUMM!!

Lolongan ngeri berkumandang di belakang mereka sebagai satu salam perkenalan dari neraka.Ini satu petanda yang benar-benar tidak baik.

Katilda mempercepatkan langkah.Bulu romanya sudah tegak berdiri.Dup-Dap-Dup-Dap, jantungnya bergoncang ligat.Peluh sudah menghujani tubuh badannya sehingga lencun.

Dia berlari dan terus berlari.Sepenuh tenaganya digunakan di atas balapan hidup-dan-mati ini.

Ototnya sudah mula berasa lenguh, tetapi larian masih tetap diteruskan walaupun dia terseksa dalam setiap langkah yang diambil. Tolong jangan jatuh.. aku tak nak mati.

Lolongan yang mengerikan itu telah tamat, tetapi gemanya masih berlegar di ruang udara.

Cerberus mengangkat kedua belah kaki hadapannya, lantas menghentak ke permukaan jalan.

PRAAKK!!

Permukaan jalan di bawah telapak kaki makhluk itu terus retak lalu meninggalkan lubang yang agak dalam.Serpihan-serpihan batu berselerakan  di sisi jalan.

BRAAK!!

BAAK!!

TAAK!!

Deretan rumah di kiri dan kanan Katilda mula runtuh satu persatu bagaikan domino.Ia hancur dan mengambus ke tengah jalan seperti timbunan selepas perang.Tiada sebuah rumah pun yang masih kekal berdiri; semuanya hancur menyembah bumi.

"Fuck! Fuck! Fuck!!" Segala kata-kata kesat dihamburkan Katilda tatkala dia berlari menyelamatkan diri.

Dia benar-benar geram.Jarred hanya melambatkan sahaja pergerakannya.Hendak sahaja dia tinggalkan lelaki itu di sini.Tetapi, dia telah terhutang nyawa dengan Jarred.Lelaki itu sanggup membahayakan nyawanya untuk menyelamatkan Katilda, walaupun itu tidak banyak membantu.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENМесто, где живут истории. Откройте их для себя