BAB 48 - Birth of the Great Berserker

670 45 7
                                    

Lin menyeringai, seraya menampakkan bilah-bilah gigi yang menceracak tajam.Dia memuncungkan bibir, lalu menghembus angin tiupan kecil.Ia menghasilkan bunyi yang indah umpama seruling yang ditiup oleh para gadis di persisiran sungai.

Melodi yang indah itu tidak lama berkekalan, umpama zaman kanak-kanak yang terbakar menjadi abu.Lantas, not yang mendatar mesusuli suasana yang makin pudar dan suram.Tatkala persekitaran berubah, angin turut bersedih sama.Mereka menangis tanpa air mata, meratap tanpa suara.Perlahan-lahan, si udara turut rebah ke tangan si pemain.Dataran ini ibarat pentas boneka yang dimainkan oleh si puppeteer. Lembaran Bernyawa telah mengawal mereka sehingga ke akar umbi.Bersebati di dalam jiwa si pemain yang kosong lagikan tandus.

Mayat si angin mereput di pusara udara.Pentas mula menjadi kelam.Not yang nyaring dimainkan oleh Lin.Serta-merta, si mayat bangkit dari kuburnya yang sementara.Mayat hidup itu tersebar ke udara, membawa aroma dari alam kematiannya.Mereka bangkit!

Udara di sekitar menjadi gelap dek racun yang berbisa.Inilah antara racun yang paling berbahaya di seluruh Thézaruth, malah dunia sekali pun.Racun angin.Tersebar di udara umpama tsunami yang menghempas pantai.Hanya mengambil beberapa saat untuk meruntuhkan sebuah kerajaan, hanya mengambil beberapa detik untuk menghancurkan keturunan manusia sekalian.

Bibir Lin bergetar memainkan not yang mendatar namun garau.Udara beracun ini berputar di sekelilingnya mengikut arah pusingan jam.Perempuan tua itu mengetuai orkestra solo.Makin lantang siulannya, makin pantas angin itu berpusar.Taufan hitam itu memutar lincah.Ia membesar dan makin membesar.Menelan segala hidupan di laluannya.

Rumput-rumput menghijau layu sehingga menjadi abu yang berterbangan ke dalam ribut.Pokok-pokok tercabut dari akar lalu hancur dilanggar taufan yang ganas.Ia turut berderai menjadi butiran habuk di udara.Rumah kediamannya juga lenyap tanpa meninggalkan sebarang kesan.Barangkali telah lupus ke dalam udara. Taufan ini mampu menelan sebuah bukit dalam sekelip mata.

PUFF!!

Lin mematikan siulan panjangnya dengan letusan kecil udara dari hujung bibirnya.Seraya itu, lohong taufan di kelilingnya membonjol lantas melepaskan panahan runcing angin.Si pemanah halimunan tanpa henti menyerang segala arah.Tujahan demi tujahan diberikan, panahan demi panahan, namun tiada serangan balas.Apa yang dapat didengari hanyalah teriakan udara apabila panahan-panahan angin itu membelah mereka tanpa belas kasihan.

Lin menggerit gigi hingga berdarah gusinya.Sudah hampir lima minit menyerang, tetapi tidak ada satu panahan pun yang mengena mangsa.

Perempuan tua itu terus menggenggam tangannya yang tidak berpedang erat sehingga berbunyi.Pada detik yang sama, tembok udara setinggi 20 kaki itu meletus dengan serta merta.Bagaikan langit runtuh, bunyi letupan itu sama sekali boleh membunuh manusia jauh beratus batu dari tempat tersebut.Tanah tandus itu lantas merekah seperti akar rayap.Ketulan-ketulan batu dari dalam tanah memecut ke udara bagaikan peluru gergasi.

Debu-debu tebal menutupi tirai pandangan hingga ke telapak kaki.Perempuan tua itu langsung tidak dapat melihat bayangan tangannya sendiri, atau ke mana hala tujunya.Namun, dia gembira.Penyerang hendap itu pasti sudah hancur menjadi debu kini.Tiada sesiapa pun yang mampu menangkis serangan sehebat itu.

Keriangannya terpadam tatkala satu bunyi yang aneh memecah kesunyian.Udara merupakan rantaunya, derianya yang ketujuh.Dia mampu mendengar sebarang bunyi tidak kiralah sejauh manapun asalkan gelombangnya bergetar di udara.

Dupp dupp...Dupp dupp

Memang tidak disangkal lagi, ia bunyi degupan jantung.Degupan yang resah lagi gelisah.Degupan yang menghampiri kematian, nyawa yang berdiri seinci dari mata pedang.Penyerang hendap itu masih hidup!

Tiba-tiba, angin mula bergerak menyonsang dari arah jam.Ia berputar bersama debu tanpa dilakukan oleh Lin sendiri.Perempuan tua itu hanya mampu menyaksikan sahaja putaran yang makin ganas itu.Dia langsung tidak dapat membatalkannya.Ternyata, penyerang hendap itu telah mengunci gerakan udara ini.Seperti konfigurasi pada lubang kunci, hanya kunci yang telah ditetapkan sahaja mampu membuka mangga tersebut.Malangnya, Lin tidak mempunyai kunci tersebut.

Debu-debu berpusar mengelilinginya ibarat jam pasir yang digoncang.Ia menghitam seperti arang, menjadi langit malam yang tidak muncul bintang.Bayang lenyap serta merta, meninggalkan Lin dalam kegelapan yang asing.

Srett srett..Srett srett

Bunyian seperti batu api yang berlaga bergema di udara bagai meracik halus gegendang telinga perempuan tua itu.Baunya juga masam dan menyakitkan hidung, seperti bau berlerang.

Suhu makin meningkat.Lin berasa seperti berdiri di atas bara api yang membahang.Peluh mula menitik pada dahinya yang berkerut.Tatkala nafasnya juga terasa seperti membakar rongga nasal.

FUHRRHHHHH....

Nyalaan pertama dari barat daya membakar ruang udara seperti api pada titian tali.Ia membakar dalam sekelip mata, mengelilingi Lin dalam sesaat sehinggalah dia dikepung oleh nyalaan biru yang marak.

"Unbreakable like a water ;
Strong as the earth;
Calm like a fire;
Dangerous as the wind." 

Suara-suara asing bermain di dalam minda Lin bagaikan kuku yang mencakar pada benak.Dia menggenggam kepalanya sendiri, menahan sakit seperti ditusuk ribuan jarum halus.

"I am, Zechrā; High Priest of the Water Dancer.Shall hurl you beneath the seven seas."

Suara lelaki umur pertengahan yang jelas menghuni sarang minda perempuan tua itu.

"I am Marhain ; Lord General of the Earth Shaker.Shall crush you underneath the marching mountains"

Suara seorang lelaki yang lewat usianya menyambung dengan nada yang tegas.

"I am Iretés; Knight of the Flame Wielder.Shall burn you to crippling ashes."  Kata satu suara wanita yang serak-serak basah.

"I am Han Zhee; The First Lady of the Wind Witcher.Shall suffocate you within my storm." 

Bicara itu disambung oleh suara seorang budak perempuan yang matang.

"Together as the Sacred Four."  Keempat-keempat mereka berkata serentak seperti mana di baris pertama. "The powers that mend the world of chaos and bring peace to every soul"

"Sentence you to the hand of judgement!" 

Lin tersentak.Suara itu.Suara yang dia pernah dengar sebelum ini.Suara yang berlainan daripada suara-suara yang lain.Suara yang memberi ketenangan tidak kira apa ayat yang dizahirkan.Suara yang menggamit memori silamnya.Suara dari orang orang yang sangat dikenalinya.








THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now