BAB 16

1.8K 140 0
                                    

Cassandra cuba untuk menggerak-gerakkan jari-jemarinya.Dia cuba meraba-raba sekelilingnya untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata.

Tiba-tiba, tangan kirinya menyentuh sesuatu yang tajam.Dia cuba untuk mengambilnya.Nasib menyebelahinya, inilah pisau yang mungkin boleh membantunya.

"Inilah peluang terakhir kau Cassandra.Kalau engkau tak bunuh dia, takdir akan mencipta satu lagi Denna."

Setiap langkah Katilda didengari jelas oleh Cassandra.Cassandra cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.Dia cuba menyorokkan pisaunya kerana Katilda begitu hampir dengannya.

Katilda melangkah badan Cassandra, lalu berlutut di sisi badan gadis itu.Dia mengusap rambut perang pucat Cassandra dengan lembut."Aku janji lepas aku bunuh kau, aku akan pergi.Aku cuma mahukan darah engkau.Itu je."

Cassandra menggenggam erat pisau yang disorokkan di bawah lengan kirinya.Dengan serta-merta, dia menikam bawah dada Katilda - dia tersasar daripada sasarannya, jantung.

"Cabutnya cepat!!" Katilda menggenggam rambut Cassandra dengan kasar.

"Maksud engkau macam ni!?" Cassandra mencabut pisaunya lalu menikam perut Katilda."Puas hati?" Cassandra tersenyum.

Darah mengalir membasahi baju Katilda.Dia menggenggam tangan kanannya lalu menumbuk Cassandra.Tumbukannya berjaya ditahan dengan tangan kiri Cassandra.Tumbukannya tidak begitu kuat akibat pendarahan yang teruk.Darah amat penting bagi puntianak, kehilangannya lebih menyakitkan bagi mereka.

Dengan segera, Cassandra mencabut pisau daripada perut Katilda, lalu ditikamnya menembusi pergelangan tangan kanan Katilda.Dia menjerit kesakitan.

Dengan sekuat hati, Cassandra menumbuk pipi kanan Katilda.Begitu juga di sebelah kiri.Kemudian, dia menggenggam kedua-dua belah tangannya, lalu dihentak pada kepala Katilda.

Katilda pun tumbang di sebelahnya.Nafas Cassandra semakin laju.Dia tersenyum."Akhirnya, aku dah menang.Abang, saya seorang pahlawan.Macam abang."Kemudian, dia memejamkan matanya.

Orang kampung berlari ke arah mereka.Mungkin sihir Katilda telah terurai.

"Apa kita nak buat dengan puntianak ni?" Tanya seorang pemuda berkulit perang.

"Selamatkan Cassandra dulu," kata seorang wanita berambut perang gelap.

"Bawa Cassandra ke dalam khemah.Kita akan cuba rawat dia," celah Ralph.

Katilda cuba untuk bergerak."Saya boleh selamatkan dia.Tolong bagi saya peluang," Katilda bercakap dalam nada yang lemah.

"Engkau tak nampak apa yang awak dah buat terhadap anak ketua?!" Kata seorang lelaki dengan berangnya.

Ralph cuba untuk menenagkannya."Jika awak ikhlas, tolonglah anak saya.Kami tak mahu gunakan kekerasan kalau tak perlu."

Katilda cuba untuk bangun.Dia mencabut pisau yang tertanam pada pergelangan tangannya, lalu dititiskan darahnya pada mulut Cassandra.

"Awak akan sembuh tak lama lagi."Matanya berubah menjadi biru seperti asal.Katilda pitam, lalu tumbang.Dia telah kehilangan darah yang banyak.

"Awak semua bawa Cassandra ke dalam khemah cepat." Kata Ralph kepada beberapa orang wanita.Mereka patuh arahan Ralph lalu membawa Cassandra ke dalam khemah bagi mengubatinya.

"Apa kita nak buat dengan puntianak ni?" Tanya seorang wanita tua.

"Kita akan bakar dia esok pagi.Kita mesti bakar dia hidup-hidup," jawab Ralph."Sebelum tu, ikat dia pada tiang yang kukuh.Dia boleh bunuh kita pada bila-bila masa sahaja."

"Baik."Jawab mereka beramai-ramai.

Mereka pun membawa Katilda berdekatan tempat unggun api, lalu memacakkan kayu berhampirannya.Unggun api hanya dinyalakan pada waktu malam.Mungkin mereka tidak akan menyalaknnya pada malam ini.

Kemudian, mereka mengikat Katilda di situ.Ikatannya sangat kemas.Tidak ada apa-apa boleh terlepas daripada ikatan itu.


THRONE OF THE VAMPIRE QUEENTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang