BAB 28

1.4K 104 0
                                    

Denna menatap wajah kawan lamanya itu dari atas ke bawah.Rambut putih keemasannya begitu indah seperti salji di musim luruh.Plat besi pada dada dan bahunya nampak begitu elegan - dan berbahaya.Katana bersarung putih tersisip pada pinggangnya yang ramping.But kulit bertumit tingginya telah menendang puluhan punggung di dalam bar. Hah, kisah lama..

Denna mendepakan tangan, lantas memeluk Sarafina.Ikatan yang telah lama terpisah, terjalin semula.Denna sebak, air mata mula jatuh membasahi pipi.

Pelukan mereka terlerai.Denna menatap Sarafina dengan penuh rasa kesyukuran - seperti melihat orang yang telah bangkit dari mati.

"Maaf sebab terpaksa serang kau macam tu sekali.Aku tak bermaksud nak.."

"Shhh.." Denna berdesir. "Asalkan aku dapat jumpa kawan baik aku semula, serangan tu berbaloi."

Sarafina tersenyum tetapi tidak membalas kata-kata Denna.Apa yang membuatkan fikirannya terganggu?

"Ke mana kau dah pergi Fina? Kau tahu tak aku rindukan kau sangat-sangat," ujar Denna.

"Maaf kalau aku dah susahkan kau selama ni.Tapi, kalau aku tinggal lebih lama, aku akan menjadi beban kepada kau dan.... Darren." Wajah Sarafina kian muram.

"Apa maksud kau?" Ugh, aku tak dapat nak baca fikiran dia.Tapi, apa yang perempuan sial ni cuba maksudkan?

Sarafina masih mendiamkan diri.Ini membuatkan Denna berasa sakit hati dengannya.

Denna memandang sepintas lalu orang-orangnya yang telah dibunuh oleh Sarafina.Dia memang telah banyak berubah.

"Ummm...kau dengan Darren macam mana sekarang?" Tanya Sarafina tersimpul malu.

Memang dah agak, itu soalan yang kau nak tanya dari tadi.Soalan yang bagus Fina.Inilah masanya untuk aku mulakan permainan. "Dia dah mati, Fina.Dah lama mati." Denna mengeluh palsu.Walaupun apa yang dikatakannya itu benar, tetapi akan ada tokok tambahnya.

Sarafina terlopong luas. "Apa?! Dia dah mati!" Hati Sarafina bagai kaca yang terhempas ke batu.Angan-angannya untuk bersama dengan Darren setelah dia menghilangkan diri telah hancur berkecai.

"Ya.Mereka bunuh dia semasa memburu ahli Dark Magic yang lain.Dia dah selamatkan aku.Aku betul terhutang budi pada dia."

"Siapa yang bunuh dia?! Beri tahu aku!" Anak mata Sarafina menyala-nyala merah.

"Puak Puntianak.Mereka diketuai oleh Karoline, memburu kami berdua selepas kau menghilangkan diri.Kalau kau ada pada masa tu, aku tak jamin yang kau akan selamat.Mereka sangat kejam, Fina." Kau memang bagus Denna. Segalanya berjalan dengan lancar. "Karoline dah sekat tenaga magik di sini.Jadi, Darren tak dapat nak melawan.Mereka bakar dia hidup-hidup di hadapan orang ramai.Mereka bersorak atas kematian dia.Tapi, aku tak dapat nak tolong; aku tak dapat nak buat apa-apa."

"Aku bersalah sebab tinggalkan dia.Mungkin aku penyebab dia mati." Sarafina mengesat air matanya. "Ada apa-apa yang boleh aku buat untuk tebus dosa aku terhadap Darren?"

Denna tersenyum.Inilah masanya untuk dia libatkan Sarafina dalam pemburuan Katilda. "Selepas beberapa bulan, Puak Puntianak berbunuhan sesama sendiri.Mungkin ini balasan atas apa yang mereka lakukan pada Darren." Inilah masanya untuk klimaks penipuan aku... "Tetapi, masih ada seorang puntianak yang terlepas.Katilda.Anak kepada pembunuh Darren, Karoline Noell."

Api kemarahan dalam diri Sarafina membuak-buak. "Dia mana aku boleh cari perempuan tu?"

"Berdasarkan siasatan aku, dia sekarang berada di Pekan Orton.Aku dalam perjalanan ke sana, tapi.."

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin