BAB 27 : SARAFINA

1.4K 109 5
                                    

Denna bersama sembilan orang pemanahnya meredah sebuah hutan untuk kembali ke istana.Suasananya amat sunyi; terlalu sunyi.

Burung-burung tidak berani berkicauan, daun-daunan enggan gugur ke tanah.Seekor haiwan pun tidak kelihatan.Adakah mereka takut?

Semak-samun berdesir dengan tiba-tiba.Kelibat manusia muncul dan hilang dengan pantas.

"Ada manusia di sini," bisik Denna.

Tiba-tiba, sebilah kunai menerkamnya dari hadapan.Denna sempat menangkapnya sebelum ia mendarat ke muka.

"Kita diserang!" kata Denna, namun tidak diendahkan oleh orang-orangnya.

Wanita itu segera turun dari kuda, lantas bergerak menghampiri askarnya.Kuda mereka sudah berhenti bergerak.

"Kamu tak dengar ke apa yang beta cakap tadi?!" tengking Denna, tetapi tidak bersahut.

Denna segera menghadap muka seorang askarnya. "Hah!?" Mata Denna terbeliak luas melihat keadaan askarnya.

Kulit mereka semakin kering dan menggelupas sehingga boleh ditiup angin.Bebola mata mereka mengecut seperti anggur kering - kismis.Tengkorak mereka kelihatan jelas sekali.Dengan serta merta, mereka jatuh ke tanah.Jari-jemari mereka perlahan-lahan menjadi tulang.Rambut mereka gugur ditiup angin.

Kuda yang ditunggang mereka tidak bergerak langsung.Seperti patung marmar yang tidak bernyawa.

Denna meneliti askar-askarnya.Terdapat kunai yang terbenam pada perut mereka.Mungkin sekali terdapat racun padanya.

"Keluar sekarang, pengecut.Serangan hendap kamu tak dapat membunuh aku," laungan Denna memecahkan kesunyian.

Teruklah, aku tak dapat kesan mereka.Aura mereka tidak kelihatan langsung.Mungkin mereka ni pembunuh upahan yang profesional.Aku mesti berhati-hati.

Shiupp!!

Seutas benang panjang menerpa ke arah Denna.Dia membuka jubah berhudnya, lantas bergolek ke tepi.

Benang-benang itu menembusi jubahnya seperti lalat pada sarang labah-labah.Benang-benang itu kelihatan ganjil.Mungkin ia diperbuat daripada besi.

"Ninja?" Desis Denna. "Mereka memang pakar dalam serangan hendap.Tapi, apa yang mereka buat di siang hari?"

Satu lembaga menerpa dari belakang bersama sebilah katana.Denna sempat mengelak hentakan maut dari lembaga itu, kemudian menyikunya.

Dia terus lenyap dalam bentuk asap hitam.

"Roh? Menarik," ujar Denna.

Denna menggenggam mahkotanya untuk dijadikan senjata.Untuk menepis serangan daripada kunai, pedang bukan senjata yang baik.Mungkin mereka akan menyerang lebih dari sekali.Tetapi, jika bukan kunai, Denna masih boleh menepisnya.Dia sukakan kejutan.

Dalam sekelip mata, tiga bilah kunai menerpa padanya dalam tiga arah bertentangan.

Denna menggenggam erat mahkotanya, lalu membuat gerakan membulat utk menepis ketiga-tiga kunai.

"Itu sahaja yang kau ada?! Denna bersorak keriangan.

Lembaga berpedang menyerangnya dari tepi.Denna segera menarik pedangnya, lantas menepis serangan lembaga itu.

Dia hilang, sekali lagi.Denna sudah mula naik berang.Taring dan kukunya mula memanjang.

Sekali lagi, lembaga itu menerpa.Kali ini dari belakang.Denna segera memalingkan badannya ke belakang, lantas menikam lembaga itu dengan kukunya.

"Kau terkejut?! Kau terkejut macam mana aku boleh tangkap kau?! Anggaplah ini keistimewaan aku."

Denna menarik tangannya ke atas, menyebabkan badan lembaga itu terbelah dua dan lenyap.

Denna tersenyum. "Haha, mari ke sini tiga ekor pengecut.Aku dah sedia nak tamatkan riwayat kamu semua," suara Denna bertukar garau.

Seutas benang yang terikat pada dua bilah kunai tiba-tiba dicampakkan mengufuk ke arah Denna.

Dia menundukkan badannya separas permukaan tanah.Segalanya berlaku dengan amat pantas.

Kunai-kunai itu terpacak pada tanah betul-betul di belakangnya.

Sebatang pokok tumbang ke bumi dengan potongan yang amat kemas.

Denna tergamam. "Benang tu melalui pokok tu tadi.Tajam betul, nasib baik aku elak."

Wanita itu terdengar bunyi berdesis melalui telinganya yang sensitif.Lantas, dia memandang ke belakang.

Boomm!!

Denna terpelanting, badannya terbakar.Kunai-kunai itu telah diikat dengan kertas letupan yang telah bergeser dengan udara.

Dia segera berguling untuk memadamkan api pada badannya.Bajunya habis terbakar.Badannya melecur agak teruk.

Tiga orang lelaki bertopi jerami berjalan ke arahnya.Setiap seorang daripada mereka membawa senjata yang berlainan.Sai, kapak dan sabit.

Luka-luka pada badan Denna kian pulih.Kulitnya mula bercantum kembali tanpa meninggalkan kesan parut.

Denna memegang lengannya yang melecur dan cuba untuk bangun. "Jangan pandang rendah terhadap aku."

Huarrghhhh!!!

Denna menjerit sekuat hati.Jeritannya senyaring jeritan Banshee.Daun-daun bertukar perang, lalu lenyap.Lelaki-lelaki itu tidak dapat berdiri tegak.Mereka menekup telinga masing-masing.Meronta seperti ikan yang terlompat keluar dari kolam.

Jeritan Denna semakin kuat dan nyaring.Rumput pada permukaan tanah mengering.Lantai hutan yang menghijau, kini bertukar menjadi tanah gersang.

Lelaki-lelaki itu berhenti bergerak.Kaku seperti mayat.Badan mereka merekah, kemudian menjadi habuk yang berterbangan di udara.

Pakk pakk pakk

Seorang wanita berambut putih menghala ke arah Denna sambil bertepuk tangan. "Kau boleh buat lebih bagus daripada ni, Denna."

Denna terlopong.Tidak dapat dipercayai apa yang dilihatnya itu. "Sarafina, kau ke tu?"

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now