BAB 12

2.1K 144 2
                                    

"Sudahlah tu Cassandra, abang kamu tu sudah tenang di sana," kata Ralph bersahaja - dia masih dalam keadaan berbaring.

"Saya percaya yang abang masih hidup! Satu hari nanti, abang akan balik dengan kemerdekaan.Kita akan jadi satu keluarga semula," Cassandra masih mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir.

"Cukuplah Cassandra, ayah sudah jemu dengar ayat tu setiap hari.Kamu patut sedar, yang memimpin kita bukan mudah untuk ditumpaskan.Dia seorang yang licik dan kejam"

Cassandra terdiam.Dia memandang ke bumi, di mana air matanya telah membentuk sebuah lopak air.

Mungkin mereka sedang bercakap tentang Denna.Ya, dia memang seorang yang kejam.Tapi, mengapa tidak ada seorang pun yang berani bangun menentangnya? Apa yang Denna lakukan sehingga semangat mereka hancur berderai.Mungkin engkau menanti ketibaanku, Denna.Aku akan pastikan itu penantian kau yang terakhir.Ya, engkau boleh bunuh sesiapa sahaja yang engkau mahu, tapi engkau tidak mampu untuk membunuh semangat gadis ini.Aku dapatkan rasakan sesuatu yang istimewa di dalam dirinya.

Katilda memandang Ralph yang telah terlelap.Dia tidak mampu untuk berdebat tentang perkara yang dianggapnya mustahil dan membuang masa.

Di mana aku pernah jumpa lelaki ni? Aku rasa seperti pernah berjumpa dengannya, tetapi di mana ya? Mungkin itu hanya perasaan aku....mungkin.

Tidak lama kemudian, tangisan Cassandra terhenti.Dia mengesat air matanya dengan lengan baju dia.

Cassandra pun bingkas bangun.Dia senyum ke arah Katilda - seperti tidak ada apa yang berlaku sebentar tadi.

"Awak nampak seperti orang yang baik.Sudah lama saya tidak berjumpa dengan orang seperti awak.Yang datang cumalah tentera yang meminta wang perlindungan daripada kami...kami sudah tidak sanggup untuk hidup dalam kemiskinan seperti ni.Ya, saya boleh nampak keikhlasan awak untuk menolong kami."

Katilda tersenyum mendengarnya.

"Dia memang naif.Dia tidak mampu untuk berlawan dengan askar lembik Denna, dia memang menyedihkan.Jika Gordon dapat tau, dia mesti sedih.Dia merupakan seorang pahlawan yang paling aku kagumi.Walaupun kami hanya berhubung melalui dinding." Kata Katilda di dalam hatinya.

"Awak nak pergi mandi? Bilik air awam ada di belakang.Kalau orang tak ramai, awak boleh mandi sepuas hati.Saya tau awak dah lama tak mandi kan?" Cassandra mengambil sesuatu di dalam almari.

"Mungkin kita boleh jadi kawan rapat.Kita saling memerlukan antara satu sama lain."

Cassandra menyerahkan baldi dan tuala dan jubah berwarna hijau pudar kepada Katilda.Gaun itu mumpunyai renda di bahagian bawahnya dan bercorak bunga."Sebenarnya, saya yang benar-benar perlukan awak."

Nampaknya dia sudah percayakan aku.Mungkin satu hari nanti aku akan cari jalan untuk gunakan perempuan ini.Cassandra..engkau patut belajar daripada kesilapan, jangan percayakan sesiapa yang datang daripada Denna.

Katilda melangkah keluar daripada khemah.Biarlah hatinya sahaja yang memberi jawapan atas kenyataan Cassandra sebentar tadi.

Dia berjalan berkaki ayam ke bilik mandi.Dia tidak pernah berkasut sejak berada di dalam istana.

"Tiada sesiapa pun di sini.Baguslah, dapat aku mandi dengan tenang." Katilda ketawa kecil.

Katilda membuka pintu kayu itu dan melangkah masuk ke dalam.Bilik mandi itu agak kecil, mungkin hanya boleh memuatkan dua orang pada satu masa.Di dalamnya terdapat sebuah kolah berbentuk bulat yang diperbuat daripada kayu dan diisi dengan air sehingga penuh - mungkin dalam empat hingga lima kaki tinggi.Ada sebuah gayung untuk mencedok air di dalamnya.

"Mungkin aku patut..."

Katilda menanggalkan pakaiannya lalu menyelukkan kakinya ke dalam kolah itu.

"Alamak!Aku tak basuh kaki lagi.Lantaklah.."

Katilda melangkah masuk ke dalam kolah.Air melimpah keluar.Dia mencampakkan gayung itu ke bawah.

"Ahhh....sejuknya.Nyaman betul.Aku berharap dapat melupakan hal dunia dan tinggal di dalam ni buat selamanya."

Katilda terlelap di dalam belaian air yang lembut dan dingin.Tiba-tiba, seseorang mengetuk pintu bilik air.Katilda terjaga.

"Mungkin aku sudah lama di dalam ni.Mungkin aku patut keluar."

Katilda mencapai tualanya dan memanjat keluar daripada kolah itu.Dia mengelap tubuhnya sehingga kering.

"Keruhnya air ni.Mungkin kotoran aku telah 'berpindah' ke dalam kolah ini.Biarlah orang lain menikmatinya.Mereka dan kotoran tidak ada bezanya pun."

Katilda mengambil jubahnya daripada baldi kayu itu.Dia menyarungkan jubah itu pada badannya.

"Agak cantik." Katilda membelek-belek baju yang telah dipakainya.Bajunya yang compang-camping dibiarkan di sudut bilik air.

Katilda membuka pintu bilik air. "Maaf ya, lama menunggu." Dia memerhatikan sekeliling.Tiada sesiapa di situ.

"Tak guna! Aku patut mandi lebih lama."

Katilda memandang ke langit."Wah, cantiknya!" Setitik air mata gugur daripada matanya.Pemandangan pada waktu senja sungguh menakjubkan.Langit berwarna kuning kemerah-merahan tidak dapat ditandingi.Sinarannya langsung tidak menyilaukan mata orang yang menatapnya.Matahari perlahan-lahan terbenam.Tirai berwarna jingga perlahan-lahan ditarik kebawah.Kegelapan malam mula menggantikannya.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now