Birth of the Great Berserker (part 2)

539 41 2
                                    


Lin mendongak dengan pandangan yang berpinar-pinar.Dia memandang api biru itu dengan penuh syahdu dan kerinduan.

Dia telah kembali, bisik hati Lin.

Sekujur air mata merentas pipinya tanpa hala tuju.Setitis lagi membasahi kelopak matanya yang lain.Dia rebah ke tanah bertongkatkan pedang yang mencancang dari bumi.

"Meira!!!" teriak perempuan tua itu sekuat hati.Suaranya serak bermandikan air mata yang berarak ke bibir.Dia tersedu-sedu seraya memalingkan wajahnya ke tanah semula. "Akhirnya kau dating juga berjumpa aku yang hina ni."

Perempuan tua itu mengukir senyuman pasrah. "Aku sudah lama impikan kematian.Mungkin sudah tiba masanya untuk aku menamatkan perjalanan ini dan kembali ke pangkuan keluarga aku."

Wajah tenang suaminya terlintas di fikiran.Memori saat mereka bersama dimainkan seperti helaian yang diselak tanpa henti.Perlahan-lahan, kenangan manis itu dicarik dari kelopaknya.Mimpi ngeri itu menghempas ke atas dirinya lemah, kaku tidak berdaya.Seketika, mereka bergelak ketawa, berkejar-kejaran di hutan rimba.Kini, lelaki itu terkujur kaku bermandikan darah merah yang pekat.Di hadapannya, berdiri seorang wanita yang kesal dengan perbuatan membabi butanya.Perempuan itu menangis hingga kering air mata.Satu-satunya jasa dia terhadap anak perempuan yang ditinggalkan selama ini, hanyalah menikam ke perutnya yang tidak berdosa.Dialah, perempuan celaka yang hidup sekadar menghitung dosanya yang tidak terkira.

"L-L-Lin tak sabar nak jumpa abang, nak minta maaf dengan abang." Kesedihannya dibiar mengalir bersama air mata. "Lin tak sabra nak kucup dahi anak kita.Nak jaga dia seperti ibu yang dia layak terima.Lin nak mulakan hidup baru dengan abang dan anak kita, jauh dari dunia yang sengsara ni.Mungkin.. jodoh kita akan berkekalan di alam yang lain."

Dia memandang dinding api itu dengan pandangan yang tulus. "Meira..tamatkan semua ni.Biar aku lepas dari dari cengkaman dunia.Semoga Api Kebenaran ini mampu menyucikan dosa aku selama ni.Semoga aku dapat berjumpa dengan keluarga aku di syurga sana."

Itu tak akan akan berlaku, bisik satu suara dari pedang itu.Ia mengeluarkan aura gelap yang memaut erat pada pergelangan tangan perempuan tua itu.Dia cuba merentap, namun pegangan itu jauh lebih kuat daripada apa yang dia sangkakan. 'Kau tak akan dapat lari daripada aku.'

Lin sedaya upaya cuba mengekalkan kewarasannya agar tidak hanyut dibawa arus kegelapan.Dia cuba untuk melawan, cuba untuk membawa kegelapan itu ke bumi bersamanya. "Kau akan mati bersama aku hari ini.Tidak ada sesiapa lagi akan menanggung beban mendukung engkau dalam jasad mereka lagi.Tidak akan ada lagi korban untuk Dewa Neraka sialan, tidak ada lagi korban untuk Raja Alam Roh.Dan, tidak ada lagi korban untuk kau, pedang durjana," kata Lin dalamgeritan gigi.Peluh membasahi segenap tubuh, dari akar rambut hinggalah ke hujung jari kaki.Azabnya untuk menyekat serangan dari Pedang Barzakh sudah tidak tertanggung lagi.

"Argghhhh!!!!"

Seperti lipan yang merayap di tubuhnya, bukan lipan, lebih besar daripada itu, malah lebih berbisa.Aura hitam itu telah melingkupi tubuh Lin seperti kulit yang baharu.Jasadnya tenggelam di dalam kabus ungu yang tebal.Lama kelamaan, ia mengeras.Menjadi perisai yang berkilauan megah.

Tanah di bawah telapak kakinya mula menjadi rapuh, seperti berdiri di atas sesawang labah-labah.Ketulan tanah menghancur menjadi butiran halus.Batu-batuan mula menjadi likat dan sebati dengan pasir.Ia memusar membina corong di pusatnya.Makin lama, kaki Lin tenggelam kedalamnya.Ia menelan perempuan tua sedikit demi sedikit.Lantas, dia tenggelam ke dasar bersama dengan pedangnya itu.Tiada jeritan berkumandang mahupun dengusan tatkala tanah jerlus itu membahamnya.Seraya itu, tembok api mula surut ke dasar bumi.Dataran mula menjadi panas.Asap menghembus keluar dari rongga-rongga tanah.Api itu sedang membakar apa sahaja di dasar tanah.Perempuan tua itu barangkali tidak dapat menahan suhu sebegitu dalam kawasan yang tiada langsung pengudaraan.

Satu kelibat manusia mula berjalan ke arah dataran yang mengewap.Rambut merah keperangannya disanggul rapi bersama beberapa bilah cucuk sanggul terbenam ke dasarnya.Jubah biru ketat disulami jalinan bunga-bungaan di sisi terlekap kemas pada badan umpama sisik yang melindungi diri.

Tatu bunga biru lapan kelopak bercahaya pada telapak tangan perempuan itu. "Aku akan kurung kau di sini, Lucifer.Kau tak akan dapat aniayai sesiapa lagi lepas ni," kata Meira seraya mara ke hadapan.

TUFFF!!!

Tanpa sebarang amaran, satu letusan berlaku betul-betul di dataran berasap itu.Pasir tercampak ke serata tempat.Meira hanya mampu menekup mata tatkala bayangan ngeri mara ke arahnya.

Tekupannya dilerai bersama mulut yang terlopong luas.Sinar matanya memaparkan ribuan ketakutan yang tidak dapat diselindung.Makhluk itu berjalan ke arahnya dalam lenggok yang tidak dapat ditafsir dengan kata-kata.Umpama anak panah yang berputar pada paksi sebelum mengena sasaran, umpama memori yang melintas di fikiran sebelum kita menghembus nafas penghujung.Tanah menyembahnya setiap kali langkah diambil.Udara mendakapnya, bersedia untuk mempertahankan dia sekiranya diapa-apakan.

Dialah kiamat yang berjalan dengan dua kaki.Jika tidak dihentikan sekarang, dunia ini bakal berakhir menjadi debu yang berterbangan di ruang angkasa.

Duri besi menceracak di sekitar badan makhluk itu umpama landak.Pandangannya suram lagi menggerunkan walaupun ia tidak mempunyai sebarang mata; pandangan tanpa jiwa.Mantel hitam menyelubung belakang badan umpama sayap tanpa tulang.Laha merah menakung dalam badannya, darah yang mengalir dari lubuk neraka.Makhluk itu tidak ada langsung bahagian yang terdedah, segalanya rapi dilitup besi panas.

Pedang Barzakh dijunjung tinggi di atas kepala.Api merah yang menyaluti bilah pedang itu mula padam.Meira tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada raksasa itu.Dia seakan terpukau dengan lembaga yang bakal mengakhiri hidupnya dan kaum manusia yang lain.

Jendela biru langit cerah ditarik rakus lalu dibakar dalam api gelap.Asapnya menghasilkan awan yang mengepung angkasa, cahaya  terpadam tanpa meninggalkan sebarang kesan.Suasana bertukar sepi tatkala udara yang bertiup membeku secara tiba-tiba.Suhu jatuh dengan mendadak.Meira dapat lihat wasap putih tatkala dia menghembus nafas.

FLAASHHHHH!!!!!

Halilintar gergasi menerkam dari sebalik awan gelap ke arah makhluk itu.Ia terjun seperti air dari cerun yang tinggi.Warna putih kekuningannya membutakan pandangan.Dentumannya menyebabkan tanah bergegar.Meira tidak sempat berbuat apa-apa.Bulu romanya yang  sudah menegak pastinya akan melarikan diri terlebih dahulu jika mereka mempunyai fikiran.

Sedetik apabila kilat itu menyentuh pangkal pedang, makhluk itu menghentaknya ke hadapan.Seperti joran yang dicampak ke arah mangsa;  bagaikan suis yang dihidupkan pada litar yang masih belum lengkap, arus petir itu dihalakan terus ke arah Meira.

Naga tanpa bayang menyusuri ke arahnya dalam kelajuan yang tidak dapat digambarkan.Anak mata meira memenuhi kornea.Ia memantulkan imej yang aneh.Halilintar itu seakan mengilai ke arahnya.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin