BAB 26 - DILEMMA

1.4K 107 0
                                    

Siang sudah pun menjelma.Richard ditugaskan untuk sel kurungan B.Dia mengambil peluang keemasan ini untuk berjumpa dengan buah hatinya.

"Arya, kau dah bangun?" Pintu besi bilik 14-B diketuknya perlahan.Keadaan di dalam bilik itu tidak dapat dilihat.Pintu itu menutupi keseluruhan dinding, tidak ada ruang udara pun. Arya tak apa-apa ke?

Tapak kaki didengari jelas menghampiri pintu besi.Mungkin itu Arya.

"Maaf, aku tak dapat tidur semalam.Tempat ni mengerikan. Richard ke yang di luar tu?" Suara Arya agak serak tetapi masih boleh didengari.

"Ya, aku ni.Kau tak apa-apa?" Ermm..mungkin tu bukan soalan yang baik.

Pintu besi kedengaran seperti dicakar dari dalam. "Aku dah gagal.Aku dah hampakan Ratu Denna.Dekat mana aku nak letak muka?" Nadanya begitu kesal.

"Arya, dengar sini.Awak pahlawan terbaik yang aku pernah jumpa.Kau dah latih ratusan askar Dracbarrow.Mungkin askar kita lebih kuat daripada askar Ice Queen." Richard cuba menenangkan Arya.

Arya menumbuk perlahan pintu besi. "Merepek.Askar mereka dengan askar kita bagaikan langit dengan bumi.Hati mereka keras seperti ais.Pedang mereka membeku di setiap tetakan.Pandangan mereka...kosong, tanpa jiwa."

Richard terdiam seketika. Ya, memang betul.Askar mereka tidak berjiwa.Mereka rela berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Tak hairanlah kerajaan Ice Queen begitu besar.Ice Age Empire..

Arya mengetuk pintu besi "Richard, kau masih ada dekat luar?" Begitu risau Arya jika Richard meninggalkannya.

Richard terjaga dari lamunannya. "Ya, aku masih ada kat sini." Richard melihat sekeliling.Tidak ada sesiapa di sini. "Arya.."

"Ya."

"Satu hari nanti, aku janji aku akan bawa kau keluar dari tempat ni.Kita tak perlu menderita lagi di sini."

"Apa kau merepek ni?" Tengking Arya.

"Aku dilahirkan dan dibesarkan di sini.Aku ditakdirkan untuk jadi askar walaupun aku tak mahu.Aku dipaksa oleh ayah aku untuk memedang sejak umur enam tahun.Ayah aku memang tegas orangnya, tapi mak aku memang penyayang.Dialah tempat aku meluah perasaan." Setitik air mata mula gugur tatkala menceritakan perkara ini.
"Mak aku meninggal ketika aku berusia tujuh tahun.Pada masa tu, tidak ada lagi kasih sayang buat aku.Aku dibawa ke medan perang pada usia 15 tahun.Walaupun aku menang, tapi itu semua tak bermakna.Kenapa aku perlu bunuh orang yang tak bersalah.Adakah ini keamanan yang kita cari selama ni?"

"Richard.." suara Arya begitu lembut memanggilnya.

Beberapa titis air jernih mula tumpah ke lantai berbatu. "Aku memang teringin nak melawat dunia luar selain di medan perang.Aku memang nak keluar dari tempat ni.Aku nak menjelajah apa yang ada disebalik tembok batu ni."

"Richard..siapa ayah engkau? Kenapa kau tak pernah ceritakan semua ni?" Kata Arya ingin tahu.

"General Douglass.Kau kenal kan?" Richard menarik nafas. "Selama ni aku tak sedia nak cakap semua ni.Aku tahu, kau tak kisah tentang masa silam aku."

"Wow..Tapi, kenapa kau dengan dia nampak tak mesra langsung?"

"Aku tak pernah anggap dia ayah aku.Kalau dia betul-betul sayangkan aku, dia akan biar aku buat haluan sendiri."

"Richard, dengar sini.Dunia luar tu lebih teruk daripada apa yang kau jangkakan."

"Hah?" Richard hairan.

"Aku pernah hidup di luar, ia memang teruk.Aku bersyukur Denna pilih aku untuk berada di sini, melatih askar-askarnya."

"Apa maksud kau Arya?"

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENDove le storie prendono vita. Scoprilo ora