BAB 36 - Traitor (part II)

1.2K 87 0
                                    

Kedengaran deretan tapak kaki yang tidak berpenghujung di pintu masuk.Berpuluh pengawal menyerbu masuk ke singgahsana.

Mereka semua menghalakan busur silang ke arah Richard dan Zhara yang dianggap sebagai ancaman.Mereka berdua terdiam kaku.

"Letakkan senjata! Ini pertarungan aku.Jangan ada sesiapa berani masuk campur," arah Denna dgn riak wajah yang bengis.

"Tapi Tuanku dalam bahaya. Kami wajib melindungi Tuanku," kata seorang pengawal dalam ketakutan. Busur silang yang dipegangnya terketar-ketar perlahan.

"Kamu ingat aku ni lemah?! Aku cabar kamu semua  tembak aku serentak.Kita tengok siapa yang mati dulu." Denna mencabar mereka.

Seraya itu, mereka segera menurunkan senjata.Perasaan hiba mula menguasai jiwa kerana tidak dapat berkhidmat untuk Ratu yang mereka sanjungi.

"keluar sekarang!"

Mereka menurut perintah. Derapan tapak kaki mula meninggalkan singgahsana. Pintu hadapan dikuak perlahan sebelum ditutup rapat.

"Jangan terlalu leka.Dia mungkin ada banyak helah nak 'dipersembahkan' pada kita," bisik Zhara mengingatkan Richard supaya berjaga-jaga.

Richard mengangguk. Matanya tidak beralih dari memandang Denna.

Sepantas kilat, perempuan itu melemparkan jarum ke arah Richard dan Zhara.

TING!!

Mereka segera menepis serangan Denna.Jarum-jarum itu terpelanting entah ke mana.

"Mana Denna?" soal Zhara, terkejut.

Denna terus lesap dari pandangan tanpa meninggalkan sebarang jejak.Ternyata serangan tadi hanyalah untuk mengalih perhatian mereka.

Mata mereka meliar memerhati sekeliling.Mereka perlu berwaspada kerana perempuan itu boleh menyerang dari mana-mana arah.

Tiba-tiba telinga Zhara menangkap bunyi dentingan kecil.Dia pantas mencari punca bunyi tersebut.

Dia mendongak ke atas.

BOOFFFFFF!!!!

Candelier pada siling terus berkecai.Serpihan kristal yang tajam terpelanting ke merata tempat.

"Richard!!" Zhara berlari lantas menyambar badan Richard.Mereka lekas menghempas badan ke lantai dan berguling jauh dari situ.Serpihan kaca bertaburan di merta tempat.

Serpihan kaca itu menggores kecil leher dan pipi Zhara.Mujur tiada kecederaan parah.Baju besi Richard telah menepis kebanyakan serangan.

"Kau tak apa-apa?" ujar Richard, lembut.

ZHIUPPP!!
ZHIUPPP!!
ZHIUPPP!!

Ribuan jarum dilancarkan dari teras candelier itu ketika mereka dalam keadaan tidak bersedia.

Zhara merentap badan Richard ke tubuhnya. Tangannya ditekup pada belakang leher dan kepala Richard.

Jarum-jarum yang menghala ke arah mereka terpelanting apabila mengenai baju besi Richard.

"Arghhh!!" Zhara mengerang kesakitan.Giginya diketap kuat apabila berpuluh jarum tertusuk ke lengannya yang tidak dilindungi.

Jarum yang digunakan Denna agak panjang.Hampir
tiga inci dan agak besar. Kesakitannya berpuluh kali lebih terasa dari jarum akupunktur yang ditusuk ke kulit.

"Zhara!!" Richard terus bangun dari dakapan Zhara. Dia segera mencabut satu per satu jarum pada lengan perempuan itu.Tangannya terketar-ketar, wajahnya menahan sebak.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now