6-" Lupakan Dia "

292 19 0
                                    

" Lynn ! Lynn ! " mendengarkan namaku dipanggil , aku menghentikan langkahku dan menoleh kebelakang memandang lelaki yang memanggil namaku. Awan ? Dia nak apa ? Awan berjalan kearah aku.

" kau dah habis kelas ke ? " soalnya.

" emm , dah . kenapa erk ? "

" kau ada nak buat apa-apa ke sekarang ni ? " soalanku tidak dijawab , soalan lain pula yang diaju.

" takk .. "

" ha , okay cun . jum teman aku makan " ujarnya.

" teman ? Makan ? Eh , weh .. Aku baru teringat , aku ada kerjalah nak buat " dalihku.

" kerja apa ? " aduhai , dah macam polis lah pulak dia soal aku ..

" errr .. Aku ... Aku .. Haa .. Aku .. "

" ah , dah tak ada tak ada . tak payah nak cari alasan . jum teman aku makan " Awan menarik beg aku supaya aku mengikuti dia.

" weh , apa ni main tarik tarik ? Aku ada kerjalah . betul , aku baru teringat " ujarku.

" kerja apa ? Kau tak payah nak membongak Lynn . Kerja kau tu nanti nanti boleh buat, yang penting perut aku dah berkeroncong mintak diisi ni " haduh , payahlah gamaknya kalau dah macam ni.

Kelihatan Awan makan dengan penuh selera. Aku pula bukan main payah lagi nak telan nasi ni, hati ni tak reti nak tenang dok pung pang pung pang je kat dalam tu . Awan menghentikan tindakannya dan memandang aku.

" kenapa tak makan ? "

" haa ? Err.. Kenapa kau ajak aku teman kau makan ? Mana kawan kawan kau ? " soalku.

" dorang keluar pergi pekan, aku malas nak ikut. Nampak kau, tu yang aku ajak teman " aku mengangguk mengerti.

" dah lah , makan cepat " katanya. Aku menyuapkan nasi masuk kemulutku. Haih Awan , tengok kau pun aku dah kenyang dah. Aku tersenyum mendengar kata hatiku sendiri.

***

" Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangmu
Biarkan lah aku punya cinta ... " phone yang berbunyi aku angkat. Laura menelefonku.

" assalamualaikum "

" waalaikumsalam "

" lynn !! Lynn .. Lynn .. Lynn "

" weh , lek lek . pahal ni ? " soalku apabila mendengar suara teruja Laura.

" Awan babe .. Awan dah maafkan aku !!! " bagai nak gugur jantungku saat mendengar perkhabaran itu. Aku cuba mengawal intonasi suaraku supaya Laura tidak mengesyaki aku.

" betul ke ni ? Tahniah weh "

" betullah , thanks . happynya aku. Lepas ni , kau dah tak boleh dah taw nak suka dekat Awan . Dia aku punya. Aku ada dia sorang je sekarang "

" kau tak payah risaulah. Aku .. dah tak suka dah dia,.. Emm.. buat apalah aku nak suka pakwe orang kan? .. Lagi lagi orang tu kawan baik aku sendiri " ujarku perit.

" emm , baguslah kalau macam tu. Okaylah weh, aku nak siap siap. Parents aku ajak keluar. Bye ! " katanya

" bye "

" love you "

" love you too .. " talian dimatikan. Tangisan yang aku cuba tahan dari tadi aku biarkan mengalir menemani pipi.

***

" Lynn "

" kau nak apa ? " tanyaku tanpa memandang wajah manusia yang sedang bercakap dengan aku.

" kau tanya aku nak apa ? Kau tak rasa macam nak mintak maaf kat aku ke ? Kau janji dekat aku apa weh ? " aku hanya mengeluh tak mampu untuk berkata apa-apa. Tangan masih tidak berhenti menulis. Laura menarik bukuku dan dicampakkannya jauh dari kami. Aku memandang kearah Laura.

" aku mintak maaf " ucapku sebaik sahaja melepaskan keluhan.

" tu je ? Macam tu je ? Aku kecewa dengan kau Lynn . kau kata kau dah tak suka Awan tapi apa benda semua ni ? Gambar Awan melambak dalam phone kau "

" aku .. Aku terlupa nak buang "

" kau ingat aku ni bodoh ke ? Kau ingat aku ni budak kecik ke yang kau senang senang nak tipu ? Gambar tu semua baru lagi. Lynn .. Susah sangat ke apa yang aku mintak kau buat ni ? Lupakan Awan , ramai lagi lelaki lain. Awan tu aku punya. Bolehkan ? Kau lupakan dia ? "

" ya , aku cuba "

" bukan cuba lynn , kau kena " kata Laura sebelum berlalu pergi. Aku tahu Laura kecewa dengan aku. Aku mengeluarkan handphone dari poket baju kurungku dan membuang setiap gambar Awan dengan berat hati. Maafkan aku dah kecewakan kau Laura. Aku akan lupakan dia , aku mesti lupakan dia demi persahabatan ini.

***

Pintu bilik dikuak dari luar, tak sampai berapa saat. Sudah terpancul wajah Zana dibalik pintu. Mukanya ceria bukan main.

" senyum lebar semacam je Na ? " tanya Atie. Kami bertiga masing masing memandang Zana menanti penjelasan.

"  Jeff kata dia suka aku !! " kami bertiga terkejut dengan apa yang baru Zana katakan.

" seriouslah ? " Zana mengangguk menyiakan.

" but how ? "

" ceritalah " pintaku.

" macam ni, tadi aku study dengan Jeff , roommate dia Zaidi and classmate roommate dia Aisyah .."

" wuu, double date bhai " ujarku. Mereka semua tergelak.

" lebih kuranglah. Cehh, mana adalah. Okay, korang pun tahukan aku suka pakai earphone then dengar lagu volume kuat gila " kami semua mengangguk, memang betul pun. Kalau Zana dengar lagu pakai earphone kita orang semua balik dah lama, sembang sembang , gelak gelak semua pun bukan perasan.

" tapi tadi aku hidupkan lagu slow je. Pastu aku terdengarlah Jeff cakap dekat Zaidi and Aisyah yang dia suka aku tapi aku tak suka dia, aku suka orang "

" means dia tak tahulah selama ni yang kau gilakan tu dia ? "

" tu lah. Ish, apa lah Jeff ni " Zana menunjukkan geramnya pada Jeff.

" kalau macam tu, kau lah kena mulakan langkah pertama kalau macam ni " ujar Atie.

" aah, bagilah hints ke dekat dia. Barulah dia tahu kau suka dia " giliran Bella pula yang bersuara.

" tak nak aku. Malulah " kami semua tergelak.

" dua dua senyap memang tak kemanalah cerita dia " ujarku .

" eleh, lynn. Kau pun sama. Pergilah luah dekat Awan tu " kata Atie.

" entah Lynn ni, bagilah tahu dia " sokong Bella.

" kalau kau bagi tahu Awan, baru aku bagi tahu Jeff " ugut Zana pula.

" weh, mana boleh macam tu. Kes kau dengan aku tak sama " ujarku.

" apa yang tak sama ya ? " soal Zana.

" Jeff suka kau, Awan aku tak tahu "

" tak cuba mana nak tahu " kata Bella.

" buatnya dia tak suka aku buat malu je " ujarku.

" dah , aku nak tidur . mengantukk " terus aku baring dan menutup mukaku dengan bantal tidak mahu meneruskan perbualan.

" dan dan je nak tidur Lynn ni "

" sajalah tu, nak lari dari topik " kedengaran tawa mereka. Amboi, seronok mengumpat pasal aku ya ?

Bukan Sekadar CRUSHDove le storie prendono vita. Scoprilo ora