9- " Terima Kasih"

263 15 0
                                    

Dah dekat dua minggu dah aku balik ke kolej sejak cuti hari tu. Tapi moments aku dan Awan masih terasa segar diingat. Eh ? cehh ! Alahai hati .. Tolong jangan senyum sendiri please. Kang kena cop gila .. Tak pasal pasal je. Elok ada peluang dengan Awan, terus melayang peluang tu.

Bunyi whatsapp mengembalikan aku daripada lamunan. Dah sah gila. Cepat cepat aku mencapai phone yang berada diatas meja.

Lya Classmate

Lynn, dah check email belum ?

Dah, aku dapat.

Aku pun. Nanti kita pergi print sama sama taw.

Okay 👌

Kau dah siap belum ?

Dah, jum.

Jum.

Aku terus menyarungkan kasut untuk ke kelas. Walaupun blok Lya dan aku hanya bertentangan tapi boleh tahan jauh jugalah kalau ikut susur gajah ni, macam buat u-turn pun ada, jadi aku dan Lya hanya akan bertemu disusur gajah berhampiran dengan fakulti untuk ke kelas.

Selepas sahaja kelas Business Math tamat, aku dan Lya terus menuju ke kedai photostat untuk print borang PTPTN kami yang telah lulus. Boleh dikatakan hampir setiap masa kedai photostat disni padat dengan student lagi lagi waktu tak ada kelas, begitu juga dengan ATM.. Baris dia jangan cakaplah.

Aku mengambil PC Melur dan mula log in akaun email aku dan print borang dan arahan yang berbentuk pdf itu.

" alamak, mana pulak butang log out ni ? " aku mencari cari kelibat Lya, dia berada selang tiga pc dengan aku, itu boleh dikatakan agak jauh sebab ramai yang menghalang pandangan aku untuk memanggil Lya and malulah kalau nak jerit kuat-kuat just nak tanya mana butang log out kan ? Haih, nasib .. Dah lama tak bukak email dekat komputer, macam ni lah jadinya. Aku teruskan mencari mana tahu jumpa.

" tekan atas tu " aku mengikuti kata pemilik suara tanpa memandang ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang membantu. Akhirnya, aku berjaya log out. Aku menarik nafas kemudian tersenyum.

" terima .. Kasih .. Zaim ? " aku agak terkedu dan terkejut apabila mendapati Zaim betul betul berada dibelakang aku. Jadi dia yang tolong aku ? Zaim mengukirkan senyuman.

" sama sama, dah habis guna PC kan ? "

" aah, nak guna ke ? Mohon PTPTN juga ? "

" yup, tapi baru nak check email. Kalau dapat terus print lah "

" ouh " memandangkan Lya masih belum selesai print, aku tunggu disitu untuk melihat Zaim berjaya atau tidak. Tak sampai beberapa minit kami berdua dah berkongsi senyuman. Zaim pun dapat bantuan tu. Dia terus print borang dan arahan, aku pula membantunya mengambil kertas kertas yang dah diprint dari mesinnya.

" cukup ? " soal Zaim. Aku menyemak helaian kertas itu untuk memastikan tak ada yang tertinggal.

" cukup " zaim terus log out akaun emailnya.

" nah " aku menghulurkan kertas borang itu pada zaim, dia menyambutnya.

" terima kasih "

" sama sama " kami berdua membayar harga kertas yang diprint bersama sama. Keluar saja dah kelihatan Lya sedang menunggu aku. Aku dan Zaim perlu berjalan diarah yang bertentang untuk balik ke kolej masing masing.

" bye zaim "

" bye " aku terus berjalan menuju kearah Lya.

" amboi, kemain. Dah macam pasangan kekasih dah aku tengok " ujar Lya. Tiba- tiba muka rasa bahang pula diusik begitu. Haih.

" banyaklah kau punya pasangan kekasih. " kami tergelak. Sambil borak sambil berjalan pulang ke kolej.

Bukan Sekadar CRUSHWhere stories live. Discover now