12- " Hah, Sukalah Tu Dapat Kiss Aku "

283 16 0
                                    

" weh Lya, pinjam kejap basikal kau " pintaku.

" nak buat apa ? "

" ala, saja nak exercise. Tak nampak ke bontot aku makin tembam ni ha " aku gelak terbahak bahak lepas menghabiskan kata-kataku. Lya juga tergelak.

" tapi memang betul pun, Lya tengok Lynn ni makin hari makin gemuk " kata Lya.

" Kuanghajo " Lya gelak terkekek-kekek.

" dah puas dah gelak ? Boleh berhenti tak ? " aku mempamerkan riak muka serius, sekaligus gelak Lya terhenti. Kali ni, aku pulak yang tergelak sebab tengok muka cuak dia tu.

" dah puas dah gelak ? Boleh berhenti dah kot rasanya ? " kali ni Lya pulak yang menunjukkan muka serius.

" hahhahahahhaha , belum habis lagi. Lawak gila. Tak payah nak pasang muka serius sangatlah Lya " aku masih tergelak.

" Lynn, dah lah tu. Lya tak bagi pinjam basikal ni. Tahulah " serta merta aku cuba mengawal gelakku daripada meletus.

" sorrylah Lya, aku tak sengaja " Lya masih dengan muka cemberutnya itu.

"  pinjam basikal .. Err , boleh kan ? " tanyaku sambil tersenyum menayangkan gigi pada Lya.

" boleh, nah. Jaga baik baik basikal Lya ni. Rosak ganti " basikal bertukar tangan.

" baiklah .. Mak cikkkkkk !!! " aku terus mengayuh laju basikal itu.

" Lynn !! " gelakku meletus. Puas dah bergurau dengan classmate aku yang sorang itu. Basikalku kayuh disekitar kawasan kampus. Petang petang begini, memang ramai yang berjogging, berbasikal, ada juga yang bermain bola dan bermain rollerblade dan skateboard.

Haih, kalau aku ada basikal sendirikan bagus. Boleh ajak Lya teman aku round satu kampus, nie tak sorang-sorang je.

" pin !!!! Pin !!! " aku menoleh kebelakangan dan melihat Awan laju meluru kearah aku . cepat cepat aku mengelak.

" wow, nyaris nyaris " terasa lega sebab tidak berlaku sebarang perlanggaran antara kami.

" terima kasih " ucap Awan.

" sama sama. Bukan main laju lagi " Awan tersengih.

" sorry "

" rollerblade kau ke ? " soalku sambil mata memerhati kasut itu.

" yup , nak pinjam ? "

" no, thanks " gila kau, nak suruh aku jatuh tergolek pakai benda alah tu ? Nak diri pun payah woii. Tak payah nak buat malulah.

" kenapa ? "

" aku nak naik basikal ni ha " kataku memberikan alasan.

" lah, letaklah dulu dekat tepi. Nanti naiklah lagi "

" ehh , tak apa tak apa . aku jalan dulu ehh ? Bye !!!! " terusku memecut laju.

" Lynn ! Woii lynn !! Tunggulah aku ! " Awan mengejar aku daripada belakang.

Setelah beberapa puluh minit berkejar-kejar, berlumba-lumba . akhirnya kedua-dua kamipun berhenti kerana keletihan.

" mentang.. mentang .. Naik .. Basikal .. Laju je .. Kau .. Tinggalkan .. Aku " ujar Awan dengan nafasnya yanga tercunggap-cunggap .

" hahahah, nasiblah. Aku dah menang, apa lagi ? Belanjalah aiskrim " aku memberikan senyuman yang paling lebar sambil mataku ditutup .

Tiba-tiba terasa sesuatu mendarat dibibirku, terus senyuman dibibir mati .. Mataku terus tercelik. Lolipop yang sedari tadi dimakan oleh Awan sudah dihalakan menyentuh bibirku, setelah seketika dibawa semula lolipop itu kedalam mulutnya. Badan dan mulutku bagai terkunci. Langsung tiada reaksi daripada aku.

Awan memandang aku.

" Hah , sukalah tu dapat kiss aku " terus aku tersedar dan dengan pantas tanganku mengelap ngelap bibir yang terkena lolipop tadi.

" hahahhahhahahahha, lawak doh kau ni Lynn " Awan seronok menggelakan aku, mukaku pula sudah berbahang menahan malu sebab kena gelak dengan crush sendiri. Jantung pula berdegub kencang tak nak kalah.

" dah jum , aku belikan aiskrim " ajak Awan, dia terus bergerak ke depan. Aku tersenyum, macam manalah aku boleh suka dekat mamat macam ni ? Aku mengayuh basikalku mengikutinya daripada belakang.

Aku makan aiskrim coklat, Awan pula strawberry.

" sara ada cakap apa apa dekat kau ? " tanya Awan.

" ouh, ada. Dia kata mak korang yang suruh.. " kataku sebaik sahaja mengingati apa yang sara beritahu aku. Cik Non mahu aku balik sekali dengan Awan.

" so, nak tumpang tak ? "

" tak menyusahkan kau ke ? "

" menyusahkan apanya ? Daripada aku balik sorang sorang, lebih baiklah tumpangkan kau , boleh buat jadi peneman. Betul tak ? " ujar Awan. Dia tersenyum manis, senyuman yang mampu menggugurkan jantung ini kalau tak ditahan.. ehh ? Macam lebih lebih je. aku tersenyum rasa kelakar dengan diri sendiri.

" okaylah kalau kau dah cakap macam tu. Duit minyak and tol share, okay ? "

" okay je. Jimat sikit duit aku "

" kenapa strawberry ? " soalku. Dia memandangku.

" kenapa dengan strawberry ? " soalnya balik padaku.

" sedap ke ? " tanyaku lagi.

" kalau tak sedap aku tak beli. Nak rasa ? " Awan menghalakan aiakrimnya kearah aku, serta merta membuatkan aku teringat peristiwa tadi. Cepat-cepat aku mengelengkan kepalaku. Seakan mengetahui apa yang sedang aku fikirkan, Awan tersenyum geli hati membuatkan muka aku membahang menahan malu.

Plop. Aku membuka aplikasi whatsapp itu dan membuka chat daripada Lya.

Lya Classmate

Lynn !! Basikal Lya mana ? Dah pukul berapa ni ?

Aku tersengih geli hati membayangkan muka marah Lya.

" siapa ? " soal Awan.

" Lya "

" kenapa ?

" basikal dia. Aku kena pergi ni, kang mengamuk pulak mak cik tu "

"Hahhaha , pergilah. Risau juga aku. Kang tak pasal pasal kau kena ngap dengan dia "

" hahhaha, bongok ! Kau ingat kawan aku tu apa ? "

" hhahahahhahaha, gurau gurau . Dah, pergilah " Aku menaiki basikal itu.

" bye "

"Bye " aku terus mengayuh basikal untuk pulang ke kolej.

" agak agak dia nak mengamuk, sebut nama aku. Gerenti okay !! " jerit Awan . Aku terseyum geli hati dengan gurauannya itu. Lalu aku terus memantaskan lagi kayuhanku meniggalkan Awan jauh dibelakang.

Bukan Sekadar CRUSHWhere stories live. Discover now