23 -" Aku Tak Ada Hak Untuk Marah "

475 14 5
                                    

Final dah pun bermula . Setiap kali kami ada paper , Awan pasti akan menjadi orang yang paling lambat masuk dewan peperiksaan dan dia juga yang paling awal keluar . Mungkinkah dia cuba mengelak daripada berjumpa dengan aku ?

Mungkin itulah yang terbaik untuk semua . aku sendiri yang pilih untuk lupakan Awan , aku dah janji akan lupakan Awan .. Jadi , walau macam manapun . .. Aku kena cuba lupakan dia .

Kertas terakhir peperiksaan akhir untuk sem ini . sebaik sahaja siap , awan terus keluar .. Pantas . tak sabar sabar nak balik dah ke ? Aku keluar selepas semua kertas telah dikutip .

Aku mengeluarkan phone dari dalam beg dan lihat banyak misscall dan mesej daripada sara . Aku buka mesej tersebut .

Lynn , banyak tak barang nak bawak balik ? Boleh tumpang dekat Awan sikit . Tak pun balik sekali je dengan Awan . Akak dah tanya Awan , dia kata okay .

Mesej kedua .

Lynn , Awan gerak balik lepas solat jumaat , kalau nak tumpang bagi tahu dia awal awal .

Aku melepas keluhan .

1, 2 Strike nochindamyeon ijen Game over
binteum boineun gihoereul noryeo
son kkeut jjarithan neukkimi wasseo
It's alright neomeooneun ni mami boyeo
Oh yes, ijebuteo You're my girl neomeoonda ..

Panggilan telefon yang masuk aku terima .

" assalamualaikum " ucapku pada si pemanggil .

" waalaikumsalam .. Lynn .. Kau nak tumpang aku tak balik nanti ? "

" em , tak apa . abah aku datang ambil " jawabku .

" lynn .. "

" em .. "

" kau .. marah aku ke ? " aku menarik nafas dalam sebelum melepaskannya .

" kenapa aku nak marah ? "

" pasal Lya ? "

" aku tak ada hak untuk marah . okaylah , aku nak makan . thanks sebab pelawa aku tumpang . kau jaga je lah hubungan kau dengan Lya . assalamualaikum " aku terus menamatkan panggilan telefon .

" Lynn ! " aku menoleh , zana tersenyum berjalan kearah aku . aku membalas senyuman itu . kami berjalan beriringan untuk ke kafe .

***

Mencintai dan dicintai , mungkinkah terkandung kesengsaraan yang sama besar pikulannya ? Hanya aku yang kini masih sendiri sedangkan dia sudah pun menemui bahagia .

Mungkinkah dia memang bukan jodohku . aku tergelak kecil . mungkin masih terlalu muda untuk aku bercakap soal jodoh .. Sesungguhnya dia bukan sekadar crush untuk aku dan kalau tak bersama aku itu jauh lebih baik untuk dia .. Aku redha .

Bukan Sekadar CRUSHDonde viven las historias. Descúbrelo ahora