16- " Saya Nak Awak "

413 15 5
                                    

" Lynn ! Pergi ambil adik sana . Dia dah balik tu " aku menilik jam yang menunjukkan ada beberapa minit lagi sebelum pukul 1:30 pm , aku segera menyarungkan tudung dan mencapai kunci motor.

Tak sampai beberapa minit, aku sudah tiba disekolah. Aku parking ditempat yang disediakan. Mataku tertumpu pada satu susuk tubuh .. Dia memakai tshirt yang mempunyai warna yang sama dengan aku iaitu merah dan hitam , dia juga memakai seluar berwarna biru sama seperti aku yang membezakan aku dengan dia ialah aku memakai seluar bercorak harimau bintang, manakala dia pula seluar penuh dengan gambar spongebob with his messy hair ..

Haih, baru bangun ke bang ? Aku tersenyum geli hati . seakan mengetahui ada yang memerhati, dia menoleh betul betul kearah aku sekaligus membuatkan aku berpaling menghadap kearah lain.

" Lynn " aku menoleh .

" hai "

" awak apa khabar ? Sihat ? "

" alhamdulillah sihat je , awak ? "

" baguslah, saya pun sihat . Lama dah kan kita tak jumpa ? " aku mengangguk mengiyakan .

" akhir tahun lepas saya ada nampak awak dekat Green Cafe tapi awak macam tak kenal saya je tu yang malas nak tegur " cerita aku .

" oh , yeke ? Hahhaha , sorry lah . Saya tak perasan tapi awak buat apa dekat situ ? "

" saya kerja situ "

" oh , sekarang ni still kerja situ lagi ke ? "

" eh , tak . Dah berhenti , saya sambung belajar . Awak pulak ? Dah sambung belajar ? " dia memandang aku dengan pandangan yang sukar untuk dibaca .

" belum .. lynn .. "

" ya ? "

" saya rindu sangat dekat awak " dahiku serta merta berkerut mendengar butir kata yang ditutur lelaki dihadapan aku ini.  kata katanya tidakku jawab , pamdangan ku arah ke tempat lain .

" lynn , awak dengar tak apa yang saya cakap ? Saya rindu awak " dadaku berombak ombak cuba menahan marah , tidak suka apa yang aku dengar . Aku menoleh kearah dia .

" apa yang awak nak ? "

" saya nak awak .. " mataku membulat .

" awak tak payah nak mengarut .. boleh ? "

" dengar dulu , saya nak awak maafkan saya "

" saya maafkan awak , satu benda je saya minta . Tolong jangan ganggu saya dah , bolehkan Azzam Nazrin ? " Ya , yang sedang bercakap dengan aku ni , mamat yang aku usya dari jauh tadi ialah Azzam .. lelaki yang aku pernah couple dulu .

Menyesal ku pandang , kalau aku tahu macam ni jadinya . Dari awal aku tak parking sini .

" bagi saya peluang " ini yang aku tak nak dengar , kalau dia cuma mahu berkawan aku boleh terima .

" awak nak saya maafkan awak , saya dah maafkan . Sekarang awak nak minta saya bagi peluang pula ? Berapa banyak peluang yang awak perlu Azzam ? "

" tolong , satu lagi .. bagi saya satu lagi peluang . Saya betul betul sayangkan awak Lynn "

" tak , saya tak nak bagi . Saya rasa cukup dah peluang yang saya pernah bagi dekat awak selama ni . Saya percayakan awak tapi awak sia siakan kepercayaan yang saya bagi dan sekarang langsung tak ada  sikit pun perasaan percaya saya pada awak " ujarku kesal dengan benda benda yang dah terjadi dan hampir terjadi sebelum ini .

" dah benci sangat ke awak dekat saya sekarang ni ? Hina sangat ke saya dimata awak ? "

" patutnya saya yang tanya hina sangat ke saya ni sampai awak layan saya macam perempuan tak ada maruah ? Suka suka nak pegang . Saya tahu dulu saya tak bertudung , baju terdedah sana terdedah sini tapi tu tak bermakna awak boleh pegang saya sesuka hati awak . "

" Lynn "

" oh , ya . Saya nak ucap terima kasih banyak banyak dekat awak sebab dah ubah saya jadi lebih baik tapi saya terkilan kenapa awak tak boleh terus jadi macam tu ? Jadi yang terbaik , jaga saya macam yang sepatutnya awak buat ? Dalam sekelip mata, awak hilangkan kepercayaan yang saya beri pada awak " Aimie yang baru sahaja keluar datang mendekati kami . Aku terus start motor sebaik sahaja Aimie nak . Aku berlalu meninggalkan Azzam disitu .

Dulu masa baru baru aku couple dengan Azzam , aku tak bertudung . Baju pun menampakkan aurat , Azzam pula tak jemu jemu memujuk aku supaya bertudung . Macam macam alasan aku bagi . Tak reti pakai tudunglah , tak ada tudunglah . Azzam pula akan cakap tak apa , dia boleh belikan , ambil tudung mak dia pun tak apa asalkan aku bertudung .

Kelakar pun ada bila ingat balik . Akhirnya , aku ikutkan juga katanya . Aku belajar pakai tudung , tudung bawal biasa je pun tapi sampai merengek aku belajar pakai , nasib ada Laura and kakak aku yang banyak membantu tapi masa tu aku masih lagi pakai baju lengan pendek .

Azzam akan cakap " sayang , awak pakai tudung dah cantik dah tapi lengan tu coverlah , pakai baju lengan panjang .. kalau tak ada pakai je baju saya , lagi lagi bila awak datang rumah saya jumpa mak .. pakai elok sikit , malu dekat mak " aku masih simpan tshirt berwarna biru miliknya yang diberi pada aku .

Masa tu aku degil lagi , aku pakai baju lengan panjang bila jumpa dia dengan mak dia je tapi tu pun aku lipat lengannya .

" sayang , turunkan lengan baju tu "

Masa tu aku akan tarik muka masam tapi turunkan juga lengan baju aku tapi sedar tak sedar aku dah sensengkan pula lengan baju aku .

" sayangggg !!!! " bila Azzam dah jadi macam mak mak ni , aku gelak je .

Pakai tudung tapi tak solat ..

Azzam akan tanya ..

" dah solat belum ni ? "

Teragak agak aku akan jawab " urmm , belum "

Dia akan tanya lagi " kenapa tak solat lagi ? Dah pukul berapa ni ? " aku akan tayang senyum meleret tapi dia tak termakan pun .

" dah dah , pergi solat . Saya tunggu "

" okay "

Tapi tak tahu kenapa dia tiba tiba berubah . Daripada seseorng yang sepatutnya menjaga aku kepada seseorang yang ingin merosakkan aku . Dia cuba mengambil kesempatan padaku .. sebab tu , untuk aku bagi peluang lagi pada dia tu susah . Nak suruh ku percayakan dia lagi tu susah . Aku takut benda yang sama atau lebih teruk akan jadi kalau aku terima dia sekali lagi dalam hidup aku .

" Lynn ! " lamunanaku terhenti , aku memandang Aimie yang sedang memandang aku .

" Aimie dapat nombor dua ! " teriaknya gembira .

" berapa A ? " tanyaku .

" tak ada A pun "

" Tak ada A baik tak payah "

" ala , yang penting Aimie dapat nombor dua "

" yang penting bukan nombor dua tapi berapa banyak A nya , tak ada A tak payah lah nak gembira sangat "

" ala Lynn ni , Tak bersyukur langsung .. Aimie kan dah dapat nombor dua "

" yelah , whatever " aku terus berlalu meninggalkan adikku itu dimuka pintu .

" mak ! Adik dapat nombor dua ! " kedengaran Aimie teriak lagi . Pelik pelik , bagi aku nombor tiga puluh pun tak apa .. asalkan ada banyak A .

Bukan Sekadar CRUSHWhere stories live. Discover now