10-" Korang Tu Dah Lah dua dua Kecik "

268 15 0
                                    

Aku dan Zana keluar ke pekan untuk membeli barang-barang keperluan. Tempat yang dituju ialah TFmart. Daripada tempat biskut dan coklat sampailah ketempat yang menempatkan buah-buahan. Masing-masing sibuk memilih buah-buah yang ingin dibeli. Tempat seterusnya, tempat yang wajib pergi bila keluar, watson.

Untuk ke watson, kami perlu menyeberang jalan.

" Assalamualaikum "

" waalaikumsalam " salam dijawab.

" hai, nak nombor boleh ? " pertanyaan lelaki tadi membuatkan dahi aku berkerut, langkah mula diatur pantas zana hanya mengikut.

" sombongnya " kata seorang lagi lelaki.

" sombong sombong nak ke mana ? Nak nombor boleh ? " lelaki pertama mula menghimpitkan dirinya dekat padaku membuatkan aku tidak selesa.

" tepilah " kataku tidak diendahkan, semakin aku cuba menjauh semakin mendekat dia padaku. Degupan jantungku berdegup pantas, terlalu takut dengan kelakuan lelaki yang aku tidak kenali ini.

" umur berapa ni ? "

" student ke ? " pertanyaannya tidak kami endahkan, zana menarik aku masuk kedalam watson. Dua lelaki tadi masih mengekori. Aku pergi kearah rak yang menempatkan produk- produk kecantikan. Aku mencapai satu produk yang berada didepan aku.

" kau tahu tak produk ni untuk apa ? " tanyaku pada zana dengan suara yang bergetar.

" ni bukan untuk sembur dekat muka tu ke ? "

" apa bezanya dengan yang ni ? " aku capai satu lagi produk yang lain.

" jenama "

" nak ke ? Saya boleh tolong bayarkan " aku mengangkat muka, lelaki itu sudah berada dihadapanku. Kami dah dikepung, aku dan zana berada ditengah-tengah antara dua lelaki tadi.

" haa , bayarlah " kataku.

" eh, boleh. Bagi nombor dulu. Kalau awek cantik macam ni, setakat produk macam ni, aku sangguplah bayar " ujarnya. Lelaki kedua hanya tergelak. Aku sudah tidak keruan, mahu sahaja menangis disitu. Aku mengeluarkan handphone dan membuka contact.

Dia menghimpit lagi cuba melihat apa yang aku sedang lakukan.

" buat apa tu ? "

" Ya Allah, tolonglah jangan kacau " zana menarik aku kearah kaunter. Mereka tidak mengikut tapi menganggu pelanggan lain yang berada didalam premis itu.

" Awan ada kat pekan kan ? Kau call dia " arah Zana, aku hanya mengangguk dan mengeluarkan handphoneku. Dua lelaki tadi sudah keluar dari watson. Nombor Awan didail.

" weh, aku takut ! " kataku pada zana dengan suara yang bergetar-getar, kakiku juga dari tadi tidak henti menggigil.

" samalah weh, ikutkan hati nak aje aku pukul tapi ni tempat dia orang.. Kita tak tahu "

" angkatlah awan ! " akhirnya panggilan aku diterima.

" assalamualaikum Awan "

" waalaikumsalam lynn "

" kau kat pekan lagi ke ? "

" haa, kenapa ? "

" datang watson , ambil aku . sekarang. Capat sikit . tolong .. " kataku.

" okay, tunggu situ " talian dimatikan. Mataku diarahkan keluar, lelaki itu memandang aku.. Dia mengenyitkan mata dan melambai kearahku. Aku terus berpaling terlalu takut.

Awan datanglah cepat. Sebaik sahaja kelibat kereta awan kelihatan dihadapan watson, aku dan zana terus melangkah keluar dari watson. Lelaki itu mengikuti langkah kami sampailah aku dan zana hampir dengan kereta awan, barulah dia berhenti mengikuti.

" kenapa ni ? " tanya Awan.

" jalan dulu " pintaku. Lelaki tadi melambai kearah kami. Setelah kereta Awan jauh dari tempat itu, aku menarik nafas lega. Bersyukur tidak ada apa-apa yang terjadi.

" siapa dia orang tu ? " tanya Awan. Aku menggeleng.

" aku tak tahu. Dia kacau kita orang, ikut sampai dalam watson.. Mintak nombor sampai menghimpit himpit, mencuit-cuit " kataku.

" asal tak pukul je ? "

" memang nak pukul tapi ni tempat dia orang , tak berani.. Takut jadi apa-apa " zana pula yang menjawab.

" korang tu dah lah dua-dua kecil " ujar Awan.

" aah, dah lah kecil.. Comel pula tu " tambahku.

" hakeleh perasan. Hahhahahaha. Lain kali bawalah putera kacak lagi sado sebelah kau ni buat jadi peneman "

" hahahah , kau lagi perasan " kataku.

" kata nak jadikan aku driver ? Asal nak keluar tak bagi tahu ? " tanyanya lagi.

" tu aku gurau je lha, tak nak lah menyusahkan kau " jawabku.

" habistu ni tak kira menyusahkan ke ? "

" aku tahu kau dekat pekan, tu yang aku call "

" mana tahu ? "

" tadi nampak dekat tf "

" asal tak tegur ? " haih, banyak tanya pulak mamat sorang ni.

" nak tegur, tiba-tiba dah hilang "

" lain kali nak keluar bagi tahu je, aku teman "

" okay boss ! " Awan tergelak, aku mengukirkan senyuman. Kaki masih menggigil, macam pakinsen dah . Hati ni dup dap dup dap tak henti lagi.
Takut tadi masih ada , tambah pula dengan Awan yang tunjuk care dekat aku. Haih. Nak bagi dada aku meletup ke apa ? Jantung ni dah rasa macam nak melompat keluar dari badan je.. Nak lari jauh jauh. Eh ? Overnya.. Rilex Lynn. Aku tarik nafas cuba menenangkan diri.

" kau pergi pekan buat apa ? "

" beli barang sikit . kau ? "

" samalah "

" sorang ? "

" as you can see, I'm alone " Awan tersenyum.

Bukan Sekadar CRUSHWhere stories live. Discover now