17 - " Lynn, Kau Nak Kahwin Tak ? "

314 14 2
                                    

" abah buat apa tu ? " soalku sebaik sahaja melabuhkan duduk disofa berhadapan dengan abah .

" main game , best game ni "

" game apa ? "

" candy crush " ohmy~ candy crush ke ? Tak ada game lain ke abah nak main ? Anak dia yang seorang ni pun tak main game .

" tak habis habis dengan game dia " ujar mak sebaik sahaja datang dari arah bilik .

" sibuklah mak . Jealouslah tu " kata abah .

" huh . Tak ada masa nak jealous " balas mak sambil mencebik .

" ha , Lynn . PTPTN dah lulus ke ? "

" dah "

" tak kasi abah borangnya pun ? Banyak tu nak kena settlekan , nak kena minta tanda tangan ketua kampung lagikan ? "

" yang tu minta tanda tangan lecturer pun boleh tapi abah kena beli stem hasil dua keping "

" borangnya tu kena hantar sendiri ke ? "

" tak payah , boleh hantar dekat u "

" oh , senanglah kalau macam tu "

1, 2 Strike nochindamyeon ijen Game over
binteum boineun gihoereul noryeo
son kkeut jjarithan neukkimi wasseo
It’s alright neomeooneun ni mami boyeo
Oh yes, ijebuteo You’re my girl neomeoonda ..

Lagu Homerun daripada Got7 menandakan ada panggilan masuk . Aku mencapai pnone aku yang berada diatas meja dan terus meluru ke bilik sebelum menekan punat untuk menerima panggilan .

" assalamualaikum " aku memberikan salam .

" waalaikumsalam " dahiku berkerut .

" siapa ni ? " nombor si pemanggil tidak disimpan didalam contact aku .

" Azzam ni " suaranya slow saja .

" awak nak apa ? "

" tak boleh ke awak bagi saya satu je lagi peluang ? "

" berapa kali saya nak kena bagi tahu awak yang saya dah tak boleh nak bagi awak peluang . Tak paham ke ? Awak nak suruh saya guna bahasa apa baru awak nak paham ? "

" tolonglah sayang , kalau awak nak suruh saya merayu melutut depan awak and mak awak pun saya sanggup , asalkan awak terima saya balik " sayu suaranya menuturkan setiap baris kata .

" tak payah nak buat kerja gilalah "

" ya , saya memang dah gila . Gilakan awak . Saya rindu sangat sangat dekat awak sayang . Kalau awak tak percaya .. awak tanya mak saya "

" awak tak payah nak libatkan mak awak pulak " kedengaran pula esak tangisannya dihujung talian . Aku tak suka dengar ini . Kami couple setahun je tapi aku dah berjumpa keluarga dia , dia pun sudah berjumpa keluarga aku . Keluarga kami juga sudah pernah makan bersama .

Bukannya aku tak rasa apa apa bila semua ini terjadi , aku cuma takut untuk buat apa apa . Aku akui setiap masa yang terluang dengan Azzam membuatkan aku mulai menyayangi lelaki itu .

Tak sanggup mendengar tangisan dan rayuan Azzam . Aku terus menamatkan panggilan . Aku melepaskan keluhan berat . Pintu bilikku kunci dan lampu juga aku matikan . Duduk termanguku sendiri dikaki katil memikirkan banyak benda . Phone yang tidak berhenti henti berdering aku matikan .

Bukankan sepatutnya ini permulaan aku dan Awan ? Tapi kenapa mesti Azzam muncul kembali ? Aku akui Azzam insan yang aku sudah mempunyai kenangan bersama manakal bersama Awan pula baru ingin mencipta kenangan .

Bukan Sekadar CRUSHWhere stories live. Discover now