3 - " Jantungku Bagaikan Terhenti Buat Seketika "

329 17 1
                                    

" weh, korang . Nak makan tak ? " tanya Zana pada penghuni bilik B13-02-18. Mata mula saling berpandangan antara satu sama lain. Jam dikerling, waktu sekarang menunjukkan pukul 8:30 malam.

" sekarang ke ? " tanya Atie.

" ha lah, nak tak ? " tanya Zana lagi.

" aku tak nak. Tak laparlah " jawabku.

" yeke Lynn tak lapar ? " Tanya Atie padaku sambil memandangku seakan tak percaya. Eh eh , budak ni.

" ye lah, betullah "

" aku pun tak nak makan taw korang " kata Bella.

" kita makan dua je lah kalau macam tu Tie" kata Zana .

" okay " mereka pun bersiap siap sebelum keluar untuk ke cafe. Aku sedang melayan drama korea dekat YouTube, manakala Bella pula sedang belajar.

9:00 malam - phone aku dan Bella berbunyi menandakan whatsapp masuk.

" Lynn , cuba tengok apa Zana hantar dekat group " pantas tanganku mencapai handphone yang berada disebelah. Mataku membulat. Kemudian beralih pula memandang Bella, dia juga sedang memandang aku.

" Bella, jum turun " aku melemparkan senyuman meminta simpati .

" dah agak dah, jum lah "

" yess !! I love you . Muahh ciked " aku melompat turun dari katil dan menuju ke loker untuk bersiap.

" weh, tiba-tiba rasa malulah pulak weh " ujarku pada Bella apabila kami makin hampir dengan cafe.

" haha, kau nak malu apa ? Buat biasa dah lah. Janganlah nampak sangat yang kau datang sini sebab nak tengok dia, bukannya nak makan " kami berjalan beriringan masuk ke kafe dan wajah pertama yang aku lihat ialah wajah orang yang menjadi punca aku nak juga turun kafe malam ni. Awan sedang memandang kearahku, dia tersenyum manis hampir saja membuat aku pengsan dekat situ. Ehh ? Hehe, malu malu aku membalas senyumannya.

Dari jauh sudah kelihatan Zana dan Atie sakan gelakkan aku. Aku dan Bella terus menuju kearah mereka.

" hai lynn , kata tak nak turun ? " tanya zana dengan senyuman semacam dua macam dia tu.

" buah hati pengarang jantung ada dekat sini, lajulah dia " balas Atie, kemudian mereka kuat gelakkan aku, Bella pun join sekaki. Tak guna punya kawan. Zana hantar gambar Awan dekat whatsapp group " Roommates 🌸 " kami , itu yang membuatkan aku cepat cepat nak turun sini, alih alih aku dapat malu kena bahan . Haih

" dah lah tu, korang dah order makan ke ? " tanyaku sambil memandang Zana dan Atie silih berganti.

" dah "

" makan apa ? "

" nasi putih paprik, Atie nasi putih tomyam ayam " ujar Zana bagi pihak Atie sekali,  aku hanya mengangguk.

" nak kena order juga ni, kang pelik lak. Tak pasal pasal kantoi datang sini sebab dia " kataku.

" pergilah order " arah Zana.

" nak order burger je lah. Bella, kau nak tak ? "

" erm , boleh juga. Aku nak oblong daging "

" zana, jum teman aku " kami jalan beriringan untuk order burger daging untuk aku dan oblong daging untuk Bella. Selepas itu , kami ke gerai yang menjual air pulak, aku memilih teh ais sebagai minuman aku untuk malam ini. Not lima ringgit dihulurkan, duit bertukar tangan. Dua ringgit lima puluh sen sebagai baki.

Aku pusing untuk kembali ke meja makan tapi langkahku terhenti sebaik sahaja melihat Awan lalu betul betul dihadapanku. Dia juga ingin membeli air. Carrot susu menjadi pilihan. Sempat aku mengerling kearahnya sebelum berlalu pergi dengan Zana.

" dub dab dub dap jantung aku " ujar Zana sebaik sahaja kami duduk. Oh ya, Awan bersama kawannya Jeff . Lelaki yang sekelas dengan Zana dan yang mampu buat Zana sama gila macam aku . Hhahahhahaha .

" jantungku bagaikan terhenti buat seketika " giliran aku pula yang bersuara. Atie dan Bella tergelak melihat telatah kami berdua.

" korang ni angaulah " ujar Atie.

" ayat Lynn lagi tak boleh bla " kata Zana.

" terpengaruh dengan novellah tu, samalah ni dengan Atie. Kaki novel" Bella pula bersuara.

" eh weh, aku baca novel pun tak ada sampai macam Lynn ni ha " nafi Atie.

" belum tiba masanya, kau tunggu je lah Atie. Dah lama dah aku perhatikan kau " kataku.

" dah lama dah aku perhatikan kau " Atie meniru kata kataku sambil menayang muka paling menyampah yang dia pernah ada. Kami yang lain tergelak.

" Zana ! " nama zana dipanggil bermakna makanan Zana dan Atie sudah siap. Mereka berdua bangun untuk mengambil dan membayar makanan mereka. Selang beberapa minit namaku pula dipanggil. Bella bangun untuk mengambil pesanan kami.

Sekembalinya Bella ke meja, aku terus mengambil burger kepunyaanku sedia untuk makan.

" dah macam one direction dah aku tengok dorang ni " kami bertiga menoleh kearah yang dimaksudkan oleh Zana. Awan, Jeff dan tiga orang lagi teman sebilik Jeff. Mereka berlima berjalan keluar dari cafe.

" ala, kenapa balik ? Tak selera dah aku nak makan. Nak Awan, tak nak burger ni " burger yang sememangnya sudah berada ditangan aku letak diatas meja.

" alahai, gedik nak mampus perempuan ni. Awan mana Awam ? Mohon bawa dia balik " kata kata Zana membuatkan kami yang lain tergelak.

" sekali sekala nak gedik. Mohon jangan kecam please "

" makan lynn "

" ya ya, aku makan " burger yang sedari tadi sudah terabai aku capai dan menyuakannya ke mulut.

Bukan Sekadar CRUSHOù les histoires vivent. Découvrez maintenant