15- " Ada Orang Nak kenal "

254 15 0
                                    

" ada lagi tak barang kau dekat atas ? " soal Awan sebaik sahaja selesai memasukkan barang-barang aku kedalam bonet kereta. Aku akan pulang kerumah bersama Awan sempena cuti raya cina selama seminggu.

" tak ada, tu je. " Awan mengangguk dan menutup bonet keretanya itu.

" okay, jum "

" jum " perjalanan kamipun bermula.

Sepi tanpa ada seorang pun yang mula bersuara.

" Lynn "

" ya ? "

" ada orang nak kenal " pandangan yang tadinya hanya tertumpu pada Awan, kini beralih memandang jalan.

" siapa ? Cakap dekat dia aku dah kahwin " ujarku.

" yelah, nanti aku cakap kau dah sepuluh orang anak "

" haa, pun boleh juga. Cakaplah. Tak kisahpun " kataku selamba.

" wuuu, lynn dah barai sepuluh orang anak " Awan tergelak mengekek-ngekek seronok mengenakan aku.

" kuanghajo. bongok kau ! " aku juga turut tergelak.

" gurau ahh ! " gelaknya sudah dihentikan. Aip ! Tak kan marah kot aku kata dia bongok.

" cuti ni apa bikin lynn ? Ada pergi mana mana ke ?" tanya Awan.

" em, tak tahu lagi. Kau ? "

" Balik kampung kot . Tak nak aku mereput je kat rumah tu "

" bestnya !! Nak follow " kampung aku dan Awan dua duanya di Johor sebab tu aku rasa jealous sangat kalau keluarga dia balik kampung. Awan memandang aku.

" jum lah , nanti aku bagi tahu sara suruh bagi tahu dekat mak kita orang "

" tak apalah "

" asal ? Jum je lah . tadi nak ikut sangat " aku memandang Awan seakan tak percaya.

" aku gurau je lah "

" betul ke ni ? Kalau tak aku boleh bagi tahu Sara "

" betul betul . tak payah bagi tahu dia "

" okaylah kalau kau dah cakap macam tu " aku menarik nafas lega, tak pasal pasal je .. Nak kena marah dengan abah dan mak ? Tak nak aku.

***

"Lynn, bangun .. " tubuhku rasa seperti digoncangkan sedikit membuatkan aku mencelikkan mata.

Wajah Awan betul betul didepan mataku membuatkan aku tersenyum. Indahnya mimpi ..

" woii, lynn ! Kau senyum senyum apa ? " sekaligus senyuman yang terpapar dimuka lenyap. Ohmy ~~~ bukan mimpi ke ? Malunya.

" ke. Kenapa kau kejut aku ni ? " soalku cuba menyembunyikan rasa malu yang dah menebal dalam diri ni.

" aku berhenti dekat RnR ni, nak makan tak ? Bukan main sedap lagi kau tidur. Aku bawak kau buat jadi peneman, bukannya suruh tidur "

" temanlah tu juga, teman duduk dekat sebelah "

" banyaklah, dah jum. Kita makan dulu, nanti sambung gerak balik " aku membuka seatbelt dan membetulkan tudungku yang sudah senget sedikit sebelum keluar daripada kereta. Kami berjalan beriringan memasuki medan selera.

" kau nak makan apa ? " soal Awan.

" bihun sup, kau ? "

" bihun sup je ? Kenyang ke ? Aku nak cari nasi "

" kenyanglah, ingat aku ni kau ke ? " Awan memandang aku seakan tidak puas hati dengan soalan yang tak berupa soalan aku tu. Aku menayangkan senyuman tak bersalah.

Bukan Sekadar CRUSHWhere stories live. Discover now