7-" balik cuti "

298 17 0
                                    

Aku kemas barang-barang aku bersedia untuk balik kerumah pada jam 6:30 petang ini menaiki bas yang disediakan khas untuk pelajar disini. Setelah selesai, aku mandi untuk membersihkan diri yang sudah melekit akibat berpeluh. Seusai mandi, aku mengambil jeans dan tshirt yang sudah aku sediakan diatas katil dan menyarungkannya ke badan aku.

" lynn , tak siap lagi ke ? " soal Atie.

" kejap , sikit lagi " Atie dan Bella juga pulang menaiki bas tapi berlainan destinasi. Atie kedah, Bella Kl dan aku pulak seremban.

" bye , take care "

" you too take care , jumpa seminggu lagi " kami berpelukan untuk seketika. Bas untuk ke kl sudah sampai, Bella pergi dulu meninggalkan aku dan Atie menanti bas.

Bas untuk ke seremban sampai lewat 10 minit , bas ke kedah pula masih belum kelihatan.

" weh Atie, aku pergi dululah. Bas dah sampai " ujarku.

" ala weh, tak kan tinggal aku sorang ? " muka Atie sudah memaparkan riak sedih. Aku menoleh menjenguk mana tahu kot kot bas ke kedah dah sampai tapi masih tiada. Aku memandang semula Atie.

" kejap lagi sampailah tu, kau tunggu je. Tak lama tu. Aku kena pergi ni. Bye " aku melambai pada Atie.

" bye " dia membalas lambaianku. Aku berjalan menuju ke arah bas dan meletakkan bagasiku ditempat yang sepatutnya. Aku melangkah menaiki bas dan memilih untuk duduk disebelah tingkap.

Atie sedang memandang kearahku. Aku melambai sambil wajah terhias senyuman, begitu juga dia . Tak sampai beberapa minit, bas ke kedah sudah pun sampai. Sekali lagi Atie melambai kearah aku sebelum dia berlalu untuk menaiki bas.

" boleh aku duduk sini ? " kelihatan Awan sudah melabuhkan duduknya bersebelahan dengan aku.

" aku tak kata pun kau boleh duduk sini " ujarku memandang Awan dengan tidak berpuas hati. Dia memandangku sambil tersenyum.

" aku tak terima perkataan tak boleh " Awan terus menyandarkan badannya pada kerusi dan melelapkan matanya.

" weh , tak kan nak tidur dah ? Bas tak jalan pun lagi " ujarku. Awan membuka sedikit matanya, kemudian ditutupnya kembali.

" aku penatlah , nak tidur . kau jangan bising " katanya sambil menuding jari kearah aku. Malas hendak berkata apa-apa , aku mengalihkan pandangan kearah luar tingkap .. Memerhati dunia indah milik Allah, aku tersenyum.

Hari makin gelap, dalam samar-samar lampu jalan aku dapat menatap wajah tampan kepunyaan Awan, dia tidur dengan tenang. Beberapa minit berlalu dan aku masih terlalu kusyuk menikmati pemandangan ini. Awan bergerak tapi matanya masih tertutup, tidak mahu disyaki . cepat cepat aku mengalihkan pandanganku.

Beberapa puluh minit berlalu dan aku cuba mengalihkan semula pandanganku kearah kananku untuk melihat Awan. Mataku membulat terkejut melihat kepala Awan yang sudah menyenget hampir sahaja landing diatas bahuku, badanku kaku. Tak lama , Awan menegakkan semula kepalanya.

Huh , aku ingat aku akan mati sebab tahan nafas lama sangat. Aku tersenyum kembali leka menatap wajah itu. Handphonenya berdering membuatkan dia terjaga, dia menerima panggilan itu. Aku tidak pasti siapa yang menghubunginya kerana walaupun dia duduk betul betul bersebelahan dengan aku, suara dia ketika bercakap masih kurang jelas dipendengaranku. Talian dimatikan, dia menoleh kearah aku dengan muka baru bangun tidurnya itu.

" kita dekat mana ni ? " soalnya.

" area kl, tak lama lagi sampailah " jawabku, Awan hanya menganggukkan kepalanya.

Jam menunjukkan hampir jam 10 malam, kami sampai distesen bas seremban. Gerimis ? Aku segera mengambil bagasi aku dan bergerak ketempat yang berbumbung diikuti dengan Awan.

Masing-masing dengan handphone. Aku menghubungi abah untuk memberitahunya aku sudah sampai diseremban.

" tunggu siapa ? " soal Awan.

" abah " dia mengangguk. Handphonenya sekali lagi berdering, dia menerima panggilan itu tidak berapa jauh dari aku. Tak lama, hanya beberapa minit sebelum dia kembali pada aku.

" platform 8 dekat mana ? " soalnya. Mataku melilau mencari.

" emm , tak apa . biar aku temankan kau " kataku. Aku tersenyum dan terus menarik beg bagasi aku, Awan mengekoriku dari belakang. Dari jauh kami sudah dapat melihat kelibat keluarga Awan.

" Lynn ! Ya Allah, bertuah punya budak. Bukan nak bagi tahu balik dengan Lynn " aku mengukirkan senyuman dan menyalami tangan cik Non.

" acik tanya banyak kali balik dengan siapa, bukan nak bagi tahu. Cakaplah balik dengan Lynn. Tu pun susah. " Awan hanya menunduk tidak menjawab.

" lynn balik dengan siapa ni ? " tanya cik Azri ayah kepada Awan.

" dengan abah "

" oh , dah gerak ke abah ? Dah sampai mana dah ? "

" dah , kejap lagi sampailah tu "

" awanlah ni tak bagi tahu awal awal , kalau bagitahu balik sekali je " giliran Cik Non pula bersuara.

" haha , tak apalah cik. Abah dah nak sampai dah pun " ujarku rasa bersalah pulak dengan keluarga Awan.

" okaylah kalau macam tu. Acik balik dulu. "

" okay cik " aku memerhatikan kereta keluarga Awan berlalu meninggalkan aku sendiri.

" hai " aku menoleh kearah suara yang menegur. Seorang lelaki tinggi sedang berdiri betul-betul disebelahku.

" daripada mana ni ? "

" perak " jawabku acuh tidak acuh.

" oh , nak balik mana ? "

" pd "

" umur berapa ni ? "

" 19 "

" single or taken ? "

" taken, saya pergi dulu. Abah dah sampai " kataku kemudian terus berlalu memasuki kereta abah. Mujur sahaja abah cepat sampai, tidak mahu aku terus bersembang dengan orang yang aku tidak kenali.

"Lynn sembang dengan siapa ? " tanya abah sebaik sahaja aku selamat masuk kedalam kereta itu.

" entah, tak kenal " jawabku jujur.

" bahayalah, jangan layan orang yang bukan-bukan "

" iya , baiklah abah " kereta abah meluncur laju diatas jalan raya .

Arrrhhhhh , rindunya katil !!! Aku terus menghempaskan badanku diatas katil empuk itu. Aku mendepakan kedua belah tanganku, mataku pejam. Memori bersama Awan seketika tadi kembali bermain dibenak fikiran. Aku tersenyum.

" dah makan ke belum ? " persoalan itu membuatkan aku serta merta menghentikan lamunanku sekaligus membuatkan aku mencelikkan semula mataku. Aku duduk dan memandang kearah mak yang berdiri dihadapan bilikku yang tidak ditutup.

" belum " jawabku untuk soalan mak tadi.

" pergilah makan, makanan ada lagi tu. Mak dah panaskan " kata mak.

" mak masak apa ? "

" masak lemak ayam "

" nyam , delicious. Sekarang gak nak makan "

" ai belum makan lagi dah delicious ? "

" mak masak mestilah sedap. Tak payah rasa dah tahu. Hee " aku menayangkan senyuman kerangku.

" kalau macam tu tak payah makanlah, dah boleh terus kenyang kan ? "

" aip, mana boleh . siapa kata macam tu ? No no no, makan tetap kena makan " mak tersenyum.

" haa , dah lah pergi makan cepat. Nanti boleh rehat " arah mak.

" okay mom " aku menghadiahkan ciuman pada pipi mak dan terus berlalu untuk kedapur ditemani oleh mak.

Bukan Sekadar CRUSHWhere stories live. Discover now