Bab 2

2.9K 89 21
                                    


'Falling in love is like jumping off a really tall building,

Your brain tells you it is not a good idea,

But your heart tells you, you can fly. 

~Anonymous~

"KAU TERJENGUK-jenguk mengintai apa tu? Mengintai Uncle Irham ke?"

Suara Farah yang tiba-tiba menyergah dari arah belakang itu membuatkan aku yang sedang menyapu Nutella ke atas dua keping roti gandum terkejut.

"Apa kes pulak aku nak mengintai Uncle Irham. Unless aku nak kena tonyoh dengan cili api Auntie Asma' yang pokoknya tengah merimbun tu." Jawabku sebelum melabuhkan duduk.

Farah ketawa sambil tangan selamba mengambil satu keping roti yang sudah siap disapu Nutella.

"Tak adalah, aku tengok kau asyik sungguh merenung ke luar jendela. Dah macam lirik lagu Apa Khabar pulak. Rumah kita ni kan hujung sekali dan satu-satunya jiran sebelah rumah kita ni rumah Uncle Irhamlah."

Aku mencebik. Baik punya alasan!

"Eh, Uncle Irham tu quite handsome for an uncle kut!"

Aku sudah menjegilkan mata ke arah Farah yang sedang galak ketawa.

"Kalau kau nak cuba-try-test kepedasan cili api yang Auntie Asma' tanam tu, dipersilakan. Aku tak nak." Kepala otak housemate yang seorang ini memang tak boleh diikutkan sangat.

"Aku gurau jelah. Pagi-pagi Isnin ni kita kena mulakan hari dengan senyuman. Mana boleh masam-masam muka, nanti cepat tua!"

"Yalah tu."

"Eh, betul apa! Yalah, berbalik kepada persoalan aku tadi. Kau mengintai siapa dekat luar rumah tu?"

Aku menjungkitkan kening memandang Farah yang sedang mengunyah roti.

"Aku tengok-tengoklah kalau ada jodoh a.k.a encik sempurna aku jatuh gedebuk dekat luar rumah kita ni. Kalau ada, boleh aku pi kutip sambil menari-nari bahagia yang bulan depan bila aku balik kampung, telinga aku tak delah rasa nak tertanggai dengaq sindiran-sindiran depa tu." Jawabku selamba membuatkan Farah tersedak-sedak.

"Kau terlebih baca buku fairy tales ke apa?"

"Adalah sikit, waktu kecik dulu."

"Kenduri kahwin adik sepupu kau bulan depan ke?"

"Ha'ah. Adik sepupu aku tu dok berbuih mulut pesan supaya aku jangan lupa ambil cuti, jangan lupa cari baju pengapit. Pedih hati ini tahu tak." Aku membuat memek muka sedih memandang wajah Farah yang sedang menahan tawa itu.

"Sudahlah Haura tu langkah bendul. Tak cukup dengan langkah bendul, dia suruh aku jadi pengapit dia pulak. Pedih hati ini." Tambahku dan Farah terus ketawa.

"Ceh! Habis tu, kau setuju ke?"

"Rela dalam paksa jelah, babe. Bukannya kau tak tahu yang Haura tu suka buat drama air mata dia sendiri. Mulalah aku tak sampai hati. Kau tau apa umi aku cakap?"

"Apa?"

"Umi kata aku selalu sangat jadi pengapit orang sampai aku nak naik pelamin sendiri pun payah betul!"

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now