Bab 18

709 44 10
                                    







Burrr...

Terus kulit wajahku terasa membahang apabila perutku kembali berbunyi. Aku memandang wajah Luth yang jelas sedang menahan tawanya. Nak menggelakkan akulah tu! Perut ni pun satu hal jugak! Waktu mamat ni muncul perut ni nak berbunyi pulak. Tadi kan elok je.

"Aku dah lupa sebab perut ni lapar." Aku menahan malu sendiri sambil menayang sengih.

Tak payah nak segan sangatlah, Uya! Han Han je pun. Kau kena bayangkan yang Han Han dekat depan ni sama sahaja dengan Han Han yang berbadan bulat bam-bam dahulu tu.

Mana sama! Han Han yang dahulu itu berbadan bulat bam-bam tetapi Han Han yang sekarang ini badannya sudah kelihatan buff.

Han Han yang dahulu berambut panjang seperti perempuan tetapi Han Han yang ada di depan aku ini sudah berambut pendek macam lelaki. Eh, kan dia memang lelaki!

Han Han yang dahulu kuat menangis tetapi Han Han yang sekarang ini berperangai pelik!

Han Han yang dahulu mempunyai wajah yang comel seperti kanak-kanak perempuan tetapi Han Han yang di hadapan mata ni sudah bertukar menjadi kacak pula.

Kejap!!!

Aku cakap dia kacak ke tadi? Boleh tak kalau nak tampar pipi sendiri supaya jangan merapu lagi?

Anak mataku naik ke wajah Luth yang putih bersih dengan rambutnya yang kini sudah pendek. Walaupun berambut pendek, masih nampak serabai. Anak mataku turun pula kepada t-shirt berkolar bulat berwarna putih tanpa corak, seterusnya kepada seluar jeans biru lusuh dan akhir sekali pada sepasang Converse merah yang tersarung di kaki.

Kacak apanya macam ni? Serabai adalah! Ini bukannya dari mata turun ke hati tetapi dari mata terus jatuh ke kaki!

Hani kata hensem yang gila.

Bukan!

Cuma gila sahaja. Mana ada hensem!

"Uya!"

"Hah?"

"Kau dah kenapa? Gila?"

Wajah Luth yang nampak selamba itu kupandang dengan geram. Dia tu yang gila!

"Kau ni psiko kan? Tak pun gila. Ke kombinasi psiko dan gila? 2 in 1 macam kopi?" Soalku sambil wajah tidak beriak Luth kujeling sekilas. Selamba sahaja dia menyilangkan kakinya seolah-olah kafe ini dia yang punya.

"Mana ada orang gila yang mengaku diri sendiri gila." Jawab Luth sambil menjungkitkan keningnya berserta pakej senyuman senget.

Sah dia ni gila!

"Kau ni stalker kan?"

"Stalker pulak dah! Tadi kau cakap aku ni kombinasi psiko dan gila."

"Kenapa mana aku pergi mesti jumpa kau?"

"Ini kali yang kelapan, Uya. Kan bonda aku dah pesan, cukup sepuluh kali memang kita berjodoh." Luth kembali menjungkitkan keningnya sambil tersenyum senget.

Aku mendengus. Tak habis-habis! Ingat aku ini si lurus bendul yang akan percaya dengan membuta tuli?

"Aku tinggal dekat atas kafe ni." Luth berdehem.

"Dan aku bukannya psiko yang tak ada kerja lain selain daripada jadi stalker kau."

Kali ini suara Luth kedengaran sinis.

"Logiklah kalau aku ada dekat sini sebab kafe ni aku yang punya. Logik kan?"

Lambat-lambat aku mengangguk juga.

Burrr...

Terus aku dan Luth saling berpandangan. Perut aku ni!

***

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now