Bab 14

1.8K 63 11
                                    

                  

Monday blues akan berada di tahap kritikal jika hari Isnin bermula dengan perkara yang tidak baik.

Tidak tepat.

Sebenarnya lebih tepat jika aku perlu berhadapan dengan Delisha atau popular dengan nama gelaran 'ICI' oleh para auditors yang lebih junior. Jika ada yang bertanya biar betul ICI? Atau adakah ICI itu ialah ICI yang merupakan jenama cat yang popular? Jawapannya ialah ya kepada kedua-dua soalan tersebut. Delisha digelar 'ICI' kerana dia suka 'mencontengkan' pelbagai warna alat solek di wajahnya. Disebabkan dia tidak begitu digemari oleh junior auditors yang lain, maka dia digelar sebegitu.

"So, swap ya." Suara Kak Azie sebagai staf admin yang bertanggungjawab untuk menguruskan 'job booking' kami di firma audit ini, kedengaran sekali lagi.

"Kenapa pulak, kak? Saya dah settlekan audit planning untuk company A To Z tu." Balasku agak tidak berpuas hati. Wajah Delisha yang sedang tersenyum sinis kupandang sekilas.

Aku ada satu lagi pengakuan untuk dibuat pada hari ini iaitu Delisha sejak dahulu sekarang dan mungkin selamanya tidak pernah berpuas hati denganku. Kadang-kadang terasa seperti kami sedang berlumba dalam apa jua perkara.

"Manager yang nak macam tu. Lagipun Archsigno tu klien baru kita. Sebab tu manager nak korang berdua swap. Isha jadi senior auditor in charge for A To Z dan Hana untuk Archsigno." Jelas Kak Azie.

"Dua-dua pun klien baru kita, kak." Balasku dan Kak Azie nampak serba salah.

"Yalah, kan? Mudah untuk minah ni. Audit planning aku dah buat." Gumamku perlahan.

"Apa you cakap?" Bulat mata Delisha memandang aku.

"Tak ada apa-apa. You tu yang tak korek telinga kut? Tu yang terdengar suara-suara halus." Jawabku selamba.

"So, settle ya? Tak ada clash lagi. Pening kepala akak dengan korang punya job booking yang suka berubah-ubah." Kak Azie mula membebel.

"Kalau guna kuasa suaka politik memang macam tu kak. Okey, Kak Azie. Terima kasih!" Balasku bersahaja dan terus mengatur langkah ke arah lif untuk menuju ke ofisku yang terletak di tingkat 10.

Sebaik sahaja pintu lif mahu tertutup, telingaku sudah menangkap bunyi kasut tumit tinggi. Sudah pasti pemilik kasut tumit tinggi itu ialah cik ICI a.k.a Delisha. Pantas, pintu lif terbuka semula.

"I rasa, manager change job booking sebab mereka tengok pada kesesuaian industry klien kita tu." Ujar Delisha sambil anak mata meneliti kuku jari-jemari yang dirias cantik.

Aku diam, sambil di dalam kepala tidak henti-henti berbunyi supaya menganggap bahawa Delisha itu tidak wujud di hadapanku.

"A To Z tu is a really big name in world's fashion industry, bukan setakat di Malaysia sahaja. Jadi, tak bolehlah ambil sebarangan orang untuk in charge for their audit. Kenalah ambil someone yang macam I; pandai berfesyen." Dia melibaskan rambut panjang mengurai yang dilepas bebas. Kalau rambut minah ni tersepit dekat pintu lif, serius aku takkan tolong. Aku hanya akan tolong tengok dan gelak.

"Lagipun, you tahu apa pasal kasut, handbags and stuff like that kan? So susah nak assess their risk jugak." Dia menyilangkan kaki panjangnya yang tersarung kasut tumit tinggi berwarna merah jambu.

Aku mencebik.

Macamlah aku tidak tahu yang dia gunakan suaka politik a.k.a bau-bau bacang dia yang merupakan salah seorang partner di firma ini. Jadi, mudah untuk dia memilih atau berebut klien mana yang dia mahu. Selalunya dia suka berebut dengan aku.

"Rasanya I faham kenapa manager tukarkan kita." Jawabku apabila lif sudah menghampiri tingkat 10.

Delisha menjungkitkan keningnya yang terbentuk cantik.

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now