Bab 1

4.6K 97 2
                                    


'Finding love is like finding shoes. People go after the good looking ones, but they end up choosing the one they feel comfortable with.' ~Unknown Author~


UMI KATA, jodoh takkan datang bergolek jatuh depan mata dari langit. Bukan jugak macam mak tok kata zaman dolu-dolu yang anak dara duduk senyap ala-ala malu-malu kucing di rumah sambil menunggu rombongan meminang datang. Waktu itu, boleh pick and choose sahaja nak berkahwin dengan siapa.

Drama sangat!

Kak long beria-ia gelak kerana kata kak long, jangan mimpilah nak jumpa jodoh ni senang macam dalam buku cerita fairy tales yang selalu dibaca sebagai bed time stories sewaktu kanak-kanak dahulu. Bed times stories yang watak puterinya selalu ditindas dan kemudiannya pasti akan ada putera raja kacak (plot cerita cliché menurut kak long) dan seterusnya mereka akan hidup bahagia sampai bila-bila atau popular dikenali dengan 'they live happily ever after'. Tambah kak long lagi, nak cari jodoh ala-ala putera raja itu satu hal dan nak dapatkan 'they live happily ever after' itu bukannya semudah ABC. Mungkin sebab itulah kak long memang tak galakkan si kecil Hawa membaca buku-buku cerita kisah dongeng ini.

Adik kata, nak jumpa jodoh ni tak perlu fikir complicated sangat. Bila jodoh nak mai, dia akan mai. Bila jodoh nak pi, dia akan pi. Gaya bercakap macam dah kahwin. Kalau jadi pi mai pi mai tang tu, tak ke haru?

Ulya Hana, kau ni dah kenapa pagi-pagi Isnin ni berfalsafah berkenaan jodoh pulak? Buang tabiat? Atau nak buang Monday Blues?

Dak aih! Aku harap sat lagi bila bukak je pintu rumah untuk pi kerja, jodoh a.k.a encik sempurna aku boleh jatuh gedebuk depan mata. Mimpilah! Mimpi di pagi hari.


Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang