Bab 16

904 48 14
                                    






"Farah!"

Farah masih tekun membaca sesuatu pada skrin telefon pintarnya. Itu pasti sedang mengadakan 'live update' ahli-ahli 'Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun'.

"Farah!"

"Awat?" Farah mengangkat wajahnya dan memandang aku.

"Ni, tengok ni." Aku menayangkan sampul kecil yang berwarna kuning itu di hadapan wajah Farah.

"Kad lagi? Mana kau jumpa kad tu?"

"Bila aku check peti surat kita tadi, kad ni ada dekat dalam tu."

"Kali ini daripada H lagi?"

Aku angguk.

"H tulis apa pulak?"

"If you live to be a hundred, I want to live to be a hundred minus one day, so I never have to live without you."

"Oh my! Cheesy overloaded!"

"Aku takutlah, Farah."

"Kau takut apa?"

"Yalah, entah-entah H ni stalker. Bukan setakat stalker je, entah-entah psiko!"

"Isy, takkanlah psiko pandai speaking London!"

"Manalah tahu. Dia terlebih belajar sampai otak jadi sewel. Yang aku lagi takut sebab kad ni boleh sampai ke rumah kita. Maksudnya, H ni tahu rumah sewa kita ni."

Farah diam sejenak.

"Aku tak rasalah H ni psiko ataupun stalker. Kalau stalker pun, maybe secret admirer kau je." Komen Farah.

"Tapi masih menakutkan bagi aku."

"H tu hantar kad tu guna posmen ke?"

Aku menggelengkan kepala dan melihat bahagian belakang sampul surat. Tertera nama 'One Year Later Co Ltd'.

"One Year Later Co Ltd ni nama syarikat ke?" Soalku dan menyerahkan sampul surat itu kepada Farah.

"Kejap, aku google." Farah kembali menyentuh skrin telefon pintarnya. Aku menghampiri Farah dan turut sama melihat daripada sisi Farah.

"Company ni uniklah. Mereka tawarkan perkhidmatan pengeposan surat, kad dan jenis kiriman lain kepada para pelanggan yang mahu penerima surat tersebut menerima surat itu pada masa yang dihajati. Sebagai contoh, suami yang mahu isterinya menerima surat cinta yang ditulis olehnya setahun selepas tarikh surat itu ditulis. Pihak One Year Later Co Ltd ni akan menyimpan surat, kad atau apa jenis bentuk kiriman sehingga tempoh maksimum iaitu satu tahun." Farah membaca daripada skrin telefon pintar.

"Pelik gila! Apa motif nak buat macam tu?"

"Entah! Surprise, mungkin?" Farah mengangkat kedua-dua belah bahunya berulang kali.

"Surprise apanya? Menakutkan adalah!" Aku membelek semula kad comel itu. Tulisan di atas kad itu tulisan yang sama seperti yang tertulis pada kad tempoh hari. Masalahnya, siapa H? Aku tidak ada kawan-kawan yang mempunyai pangkal nama mereka huruf H yang tahu di mana rumah sewa aku dan Farah terletak.

"Han Han hang tu tak?" Tembak Farah dengan biji mata yang sudah dibulatkan.

"Kalau si Luth tu yang buat, aku tak rasa dia akan guna cara ni."

"Dah tu guna cara apa?"

"Gantung kad ni dari atas atap. Dia tak perlu pun gunakan khidmat syarikat pelik ni."

Farah ketawa.

"Hud?"

"Hud tu tak nampak ada gaya nak buat benda-benda pelik macam ni. Lagipun dia tu kan sibuk sepanjang masa? Manalah ada masa nak buat benda mengarut macam ni."

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang