Bab 10

1.7K 74 13
                                    

'When love is not madness, it is not love'

-Pedro Calderon de la Barca-


HANDBAG YANG tersandang di bahuku terus melurut jatuh dan automatik aku turut ternganga. Selalunya kalau ternganga sebab nampak lelaki geng-geng drop dead gorgeous.

Tak, ini bukan drop dead gorgeous. Ini drop dead crazy! Aku ingat aku je yang acah buat-buat gila. Rupanya ada yang lagi gila!

Anak mataku singgah pada t-shirt hitam berlengan pendek tanpa kolar yang tersarung di badan lelaki ini dengan perkataan 'The Rolling Stones' tertulis pada t-shirt berserta dengan gambar lidah berwarna merah lagi. Yalah, memang itu pun trademark kumpulan rock yang berasal dari London itu. Tapi, banyak kali tengok, aku rasa macam lidah tu tengah menjelir ke arah aku pulak. 

Anak mataku turun pula memandang seluar jeans yang dipakai oleh lelaki ini, terus anak mataku membulat. Seluar jeans itu ada kesan koyak di beberapa tempat di bahagian bawah lutut. Ala, fesyen seluar jeans ala-ala koyak yang selalu kita lihat. Akhir sekali, aku lihat sepasang kasut Converse high-cut berwarna hitam yang tersarung di kaki dan sepasang cermin mata yang melindungi anak mata tajam itu. Tidak lupa, gaya rambut samurai yang sama seperti yang aku lihat di Miri dulu. Oh ya, dan parut dia dihujung kening kanannya yang memang aku selalu ingat.

Aku menarik kerusi di hadapan Luth dan melabuhkan duduk di situ. Beg tangan yang melurut jatuh tadi kuletakkan di atas riba. Aku tebalkan kulit wajah menahan pandangan pasangan yang duduk di meja sebelah.

Nak sangat acah-acah gila, kan dah dapat yang gila betul-betul! Padanlah dengan muka aku.

"No wonderlah nenda beria-ia sangat nak kenalkan aku dengan kau." Luth berpeluk tubuh memandang aku. Sebenarnya, lebih kepada meneliti fesyen colour block a.k.a fesyen traffic light aku.

Tiba-tiba dia ketawa, sinis. Aku sudah mulai takut sambil anak mata melihat ke kiri dan kanan; mencari jika dua orang lelaki yang bersama-sama dengannya dulu turut ada bersama. Yalah, kumpulan 'L,M,N'.

"Kau mesti ingat aku ni gila dan aku rasa kau pun gila. So, gila kuasa dua kan? Great, we will make a perfect two." Luth sudah tersenyum senget sambil menjungkitkan keningnya. Waktu ini, aku perasan ada lekuk kecil yang terbentuk di pipi kanannya apabila dia tersenyum senget.

Gilalah dia ni! Betullah umi kata, biar tak cantik tapi jangan gila. 

"Awak ni betul ke cucu Ungku Harlina?" Soalku sambil anak mata memerhatikan kawasan cafe itu sekali lagi. Manalah tahu cucu sebenar Ungku Harlina itu lambat sampai memandangkan hanya Luth seorang sahaja yang memakai baju hitam di dalam cafe ini.

Luth ketawa lagi.

"Kenapa? Disappointed dengan siapa yang kau jumpa?" Dia menjungkitkan keningnya memandang aku.

"Sebab awak dengan Ungku Harlina macam langit dengan bumi. Entah-entah awak ni cucu angkat tak? Ke tertukar waktu lahir?" Soalku selamba. Di dalam kepala, aku membandingkan Ungku Harlina yang nampak sopan dan elegan itu dengan Luth yang sedang duduk di hadapanku ini. Isy, takkanlah mereka ni mempunyai pertalian darah? Kalau Luth ni cucu Ungku Harlina, maksudnya Hud tu sepupu Luthlah kan?

Anak mataku naik semula memandang Luth dan kali ini aku cuba membandingkan dia dengan Hud pula. Isy, tak payah dibandingkanlah. Memang sudah nyata yang mereka berdua ni lain sangat. Aku bolehlah nampak yang Hud itu seperti seseorang yang mempunyai pertalian dengan Ungku Harlina tapi mamat dekat depan aku ni...

Macam samurai.

Okey, bukan samurai sebab samurai tak wujud dah.

Macam mafia. Takpun, ahli kongsi gelap. Entah-entah dia ugut Ungku Harlina tak? Sembunyikan cucu Ungku Harlina yang sebenar.

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora