Bab 13

1.8K 67 10
                                    




'Love is of all passions the strongest, for it attacks simultaneously the head, the heart and the sense.'

-Lao Tzu-


Uya left.

Aku berpuas hati selepas 'meninggalkan' WhatsApp group 'Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun' itu. iPhone yang sejak tadi setia mengeluarkan bunyi notifikasi WhatsApp daripada WhatsApp group "Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun' itu akhirnya senyap juga. Aku merebahkan diri di atas katil dan cuba melelapkan mata yang sebenarnya masih segar bugar.

Tiba-tiba iPhone berbunyi semula dengan bunyi yang menandakan notifikasi WhatsApp baru sudah masuk. Aku terus mencelikkan biji mata dan iPhone yang terletak di tepi bantal kuambil.

Mak tok added you.

Terus anak mataku membulat. Mak tok ni biaq betui!

Jari-jemariku kembali menari pantas di atas skrin telefon pintar itu.

Uya left.

Aku tersenyum memandang skrin iPhone dan bercadang mahu kembali berbaring tetapi iPhoneku sudah berbunyi semula.

Mak tok added you.

Aku pantas menekan semula pilihan untuk 'meninggalkan' group WhatsApp tersebut.

Uya left.

Mak tok added you.

Mak tok niiiii...

Telefon pintar yang sedang berada dalam peganganku berbunyi semula.

'Sejuta kali hang left group, sejuta kali mak tok add hang balik.' –Mak Tok-

Aku membulatkan biji mata. Mak tok ni! Sejuta kali tu macam hiperbola sangat!

'Umi sebagai penasihat sangat bersetuju. Kita kena ikut misi dan visi kita. Baru projek boleh berjalan dengan sempurna.' –Umi-

Habislah, penasihat dah masuk campur pula.

'Kalau mak tok nak tengok Uya jadi gila betul-betul, mak tok paksalah Uya kahwin dengan mamat gila tu.' –Uya-

'Isy, hang ni! Mana ada mak tok paksa kahwin! Peace!' – Mak tok-

Aku tepuk dahi sendiri. Pulak dah!

'Aku sokong mak tok! Kan dah tulis dekat disclaimer yang projek ni bukan projek kahwin paksa :p!' – Farah-

Ketua trio wanita dah muncul. Kejap lagi mesti akan muncul lagi dua orang anak buah.

'Lagipun Kak Uya, Lao Tzu ada kata yang Love is of all passions the strongest, for it attacks simultaneously the head, the heart and the sense.' –Hani-

Aku sudah menjulingkan biji mata sendiri ke atas. Kan aku dah kata!

'Kak Uya rasa hang baik jadi poet jelah dik oi!' – Uya-

'Plato kata, At touch of love everyone becomes a poet.' –Hani-

'Gila!' –Uya-

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now