Bab 19

718 48 15
                                    







'The most important thing in life is to learn how to give out love,

And to let it come in'

-Morrie Schwartz-

            Aku meletakkan kedua-dua belah tangan di atas dahi sambil merenung kipas yang sedang berputar kuat. Jam dinding sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Terus ingatanku melayang kepada perbualanku dengan Farah sewaktu makan tadi.

            "Habis tu, kau terus cabut dari situ?" Soal Farah sambil menghentikan suapan nasi ke dalam mulutnya.

            "Kita guna konsep flight or fight. So, aku pilih flight. Apa lagi memang aku terus cabut." Jawabku dan menyudu bihun goreng ke dalam mulut.

            "Banyaklah kau punya konsep flight or fight. Kau ingat kau kena kejar dengan anjing ke?"

            "Memanglah bukan tapi kena sergah dengan mamat samurai." Aku sengih.

            "Tak habis-habis dengan gelaran kau yang bukan-bukan tu. Cik kak, cubalah kau terus tanya dengan tuan punya badan sendiri. Yang kau pergi interview kembar tu buat apa? Kalau nak cari evidence, kenalah guna konsep audit iaitu kena check reliability."

            "Tapi kalau guna konsep jodoh, kita guna konsep orang ketiga. Jadi, kena tanya orang sekeliling dia." Aku sengih lagi dan Farah sudah menggelengkan kepalanya.

            Lamunanku terhenti apabila telefon pintar yang terletak di tepi bantal berbunyi.

            'Hana, tolong ganti I untuk meeting dengan Archsigno esok. Nanti I email details dekat you.' –Nick-

            'Meeting apa pulak? Kenapa you tak boleh attend?'-Hana-

            'I kena food poisoning. Malam ni kena warded. Meeting simple je dengan full members of their Board of Directors. Don't worry, manager akan ada sekali.'-Nick-

            'Yalah, you email details tu dekat I. I jot down dalam planner dulu.' –Hana-

            'Thanks a bunch, Hana!'-Nick-

            Aku membuka beg laptop yang terletak di atas kerusi sambil tangan menyeluk poket beg, mencari planner milikku yang berwarna hitam itu.

            Tiada!

            Aku mencuba lagi dengan mengeluarkan kesemua isi perut beg laptop yang berwarna hitam tersebut.

            Tiada!

            Aku mencuba sekali lagi.

            Masih tiada!

            Habislah! Sudahlah di dalam planner itu aku ada menconteng senarai ciri-ciri Encik Sempurna aku. Kalau jatuh ke tangan orang lain, memang percuma sahaja aku menjadi bahan ketawa.

            Think, Uya! Think! Dekat mana kali terakhir kau keluarkan planner tu?

            Aku sudah mundar-mandir di dalam bilik sambil memegang kepalaku. Terus anak mataku membulat. Entah-entah aku tercicir dekat...

            Pahlawan Café?

            Aku masih boleh bertenang kalau Tuah ataupun Lekiu yang menjumpai dan menolongku untuk menyimpan planner tersebut.

            Kalau Luth?

            Matilah!

***

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu