Bab 7

1.6K 72 8
                                    

'One is loved because one is loved. No reason is needed for loving.'

-Paulo Caelho, The Alchemist-


"MAK TOK..." Aku sudah garu kepala memandang mak tok yang sudah melabuhkan duduk di sebelah Hani.

"Jodoh ni, kita kena usaha pi cari. Bukan boleh buat lagu dulu-dulu yang hang dok senyap kat rumah sambil tunggu orang mai meminang. Zaman la ni lelaki yang stok baik-baik sikit. Perempuan lagi ramai. Kalau hang dok tunggu, tak buat apa, memang bye-byelah jawabnya."

Tudia! Mak tok sudah memulakan madahnya berkenaan dengan jodoh. Aku terus mencari umi, mahu meminta pertolongan. Umi hanya sengih sambil kembali bersembang dengan kak long yang sedang meriba Hawa di pangkuan. 

"Umi hang ada cerita kat mak tok yang hang ni kerja sibuk mengalahkan menteri. Keluaq kerja pagi, balik malam. Cuti pun pi kerja. Bila masa nak pi cari jodoh?" 

Aku terkebil-kebil memandang mak tok.

"Sebab tu mak tok buat projek special untuk hang." Mak tok tarik senyum.

Aku pandang Hani, Hani pandang Haura dan Haura buat-buat tak nak pandang aku . Bertuah betul budak berdua ni!

"Kita kena usaha sampai hang boleh kahwin sebelum hujung tahun ni. Yang penting usaha, lepas tu tawakal sebab jodoh tu di tangan Allah."

"Projek Kak Uya kena kahwin sebelum hujung tahun." Hani tersenyum simpul.

"Mak tok..." Aku sudah membuat muka kasihan. Bagilah aku masa nak pergi 'memburu' Encik Sempurna aku sendiri.

"Mak ngah ada calon. Anak jiran sebelah rumah mak ngah..." Kedengaran suara mak ngah.

"Mak su pun ada nak kenalkan Uya dengan anak kawan satu pejabat mak usu. Budak tu..." Sampuk mak usu pula.

"Mak lang pun..."

"Pak long pun..."

Ah, sudah! Kenapa semua orang pun ada calon nak kenalkan dengan aku ni? 


***

Salah satu trick untuk mengelat daripada ditanya soalan maut seperti :

"Uya, hang bila nak kahwin?"

"Uya, awat hang tak kahwin lagi?"

"Uya, adik hang pun dah ada boypren. Kakaknya bila?"

Trick untuk menyelamatkan diri ialah mengelak daripada berada di tempat-tempat golongan ibu sedang berbual. Contohnya seperti sekarang.

"Awat pengapit duduk kat sini? Pi tolong mak long hang sambut tetamu dekat depan tu." Kedengaran suara mak tok yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik yang menjadi tempat Haura bersiap-siap.

Bak kata orang, bukannya senang nak jadi pengapit raja sehari ini. Pengapit raja sehari ibarat 'babysitter' dan right-hand men raja sehari. Bukannya tugas setakat mengipas pengantin di atas pelamin sahaja. Disebabkan itu jugaklah, jika ada sepupu perempuan yang berkahwin, aku yang akan menjadi pengapit. Bak kata mereka, aku ni sudah berpengalaman! Agaknya memang aku patut membuka perniagaan 'Pengapit Untuk Disewa'.

"Kak Uya, nanti akak tolong passkan ini dekat pengapit Fayed." Haura mencapai button badge yang tertulis 'pengapit lelaki' kepadaku.

"La, awat akak pulak yang kena? Fayed tak ada benda ni ke?" Soalku. 

"Dia lupa nak ambil."

"Akak mana kenai sapa pengapit Fayed tu."

"Sat lagi akak kenallah."

Pulak!

"Yalah."


Aku turun ke tingkat bawah rumah mak tok dan menolong mak long menyambut tetamu di depan pintu gerbang. Disebabkan Haura seorang sahajalah anak perempuan mak long dan pak long, majlis perkahwinan ini diadakan dengan meriah sekali. 

"Uya, pengantin lelaki dah mai tu. Hang pi tolong bagitahu Rara dekat dalam bilik." Laung abah dari luar rumah.

Aku terus masuk ke dalam rumah dan naik ke tingkat atas. 

"Haura, Fayed dah sampai tu."

Terus berubah pucat wajah putih bersih Haura sedangkan geng-geng 'dulang girls' Haura sudah bersorak gembira.

"Jom, turun." Aku pegang tangan Haura dan membantunya untuk berdiri. Mak aih, sejuk betul tangan budak ni!

"Rara rasa cuak pulak." Bisik Haura di tepi telingaku.

"Amboi, baru sekarang nak rasa cuak. Tadi bukan main bergelak ketawa." Usikku dan Haura mencebik.

"Kak Uya tak merasa lagi, bolehlah cakap macam tu. Tunggu hujung tahun nanti, baru Kak Uya tahu."

"Kenapa nak kena tunggu hujung tahun pulak?"

"Yalah, dah nama pun projek Kak Uya kena kahwin sebelum hujung tahun."

"Rara!"

Haura terus ketawa senang sambil mengeratkan pegangan tangannya pada lenganku.


***

"Tak sangka betul kan?"

Aku yang sedang meneguk air bandung soda di bawah khemah terus tersedak. Sudahlah air manis, ada rasa bergas pulak tu. Memang peritlah anak tekak menelan.

"Hana, you okey?" 

Pantas sehelai tisu dihulur dan aku menyambut. 

"Macam mana boleh kenal dengan Fayed?" Soalku dan membetulkan duduk.

"Satu uni, satu rumah waktu study dulu." Jawab Hud dan wajahku dipandang lama.

Ya, Hud Harrazlah pengapit Fayed pada hari ini. Punyalah aku terkejut tadi sehinggakan button badge yang sepatutnya aku serahkan kepada dia terlepas daripada pegangan dan jatuh berguling-guling sebelum berhenti tepat di depan kasut dia. Drama sebabak pengapit sungguh!

"Tak tahu pulak yang Haura tu cousin you." Tambah Hud lagi.

"What a small world kan?" Balasku.

"Dalam kes ni I lebih prefer ayat yang kita memang berjodoh." Hud tarik senyum lebar. 

Sweet talker betul.

Aku perasan Hani dan kak long yang sedang menguntum senyum lebar dari jauh sambil berbisik-bisik. Tu dok mengata akulah tu!

"Lagipun, sebenarnya..."

Bicara Hud terhenti memandangkan mak tok datang dengan seorang lagi wanita yang anggun berjubah, mungkin sebaya dengan mak tok.

"Uya." Panggil mak tok sebelum tersenyum memandang kawannya itu.

"Mak tok kenalkan. Ni, Ungku Harlina, kawan mak tok yang baru je pindah masuk banglo sebelah rumah kita ni."

Aku terus bersalaman dengan kawan mak tok yang bernama Ungku Harlina itu.

"Panggil nenda je." Ungku Harlina tersenyum manis.

"Eh, Hud?" Riak wajah Ungku Harlina berubah terkejut sebaik sahaja menyedari kehadiran Hud di situ.

"Nenda?" Soal Hud, turut terkejut.

Aku dan mak tok sudah berpandangan.

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now