Bab 3

2.1K 65 10
                                    

"To love is nothing. To be loved is something. But to love, and to be loved that's everything."

-T.Tolis-




"YEN, AKU baru je merasa duduk dekat ofis ni tau. Tak sampai satu hari." Aku pandang wajah Nazrin Muazzim Shah dengan memek wajah kasihan.

"Aku tak boleh nak kesiankan kau sebab aku pun kena hantar sekali."

"Tak ada orang lain ke?" Email yang baru sahaja diterima sebentar tadi kupandang dengan rasa berbaur.

"Super peak period, Hana. Mana ada staff yang available last-last minute macam ni."

"Habis tu client aku yang dekat Subang tu siapa akan handle?"

"Aisyahlah yang ganti tempat kau. Kan bos dah exchange job korang. Kau pergi Sarawak, Aisyah pergi Subang."

"Yen, tu bukan exchange tau. Sarawak tu jauh, Subang tu dekat je. Ada satu benda je yang sama, kedua-duanya bermula dengan huruf S. Selain daripada tu, tak ada benda yang sama."

Nazrin terus ketawa.

"Lame gila reasoning kau!"

Ceh!

"Kesianlah dekat Aisyah, dia tengah early pregnancy tu. Takkanlah nak hantar dia pergi jauh-jauh. Yang single macam kita nilah yang kena berkorban."

Aku menjulingkan biji mata ke atas. Nak nyanyi lirik lagu Yuna yang berbunyi 'ini tidak adil' itu boleh tak?

"Company apa?" Nada suara sudah redha.

"Oil and gas. Team kita pergi ni untuk inventory count je dulu. Nanti aku share dengan kau company background untuk your reading." Jawab Nazrin.

"Flight bila?" Soalku sambil menyandarkan tubuh pada kerusi.

"Lusa."

"Hah?"

"Lusa." Nazrin sengih.

"Kenapa tak hari ni je?" Sindirku selamba dan Nazrin terus ketawa.

"Aisyah baru dapat tahu dia pregnant semalam."

Pulak dah! Haru sungguh.

"Nanti pukul 11 pagi ada meeting dekat boardroom." Pesan Nazrin sebelum dia berlalu pergi.

Dramatiknya hidup. Bila masa nak buat misi mencari 'Encik Sempurna' ni?


***

Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2)...


"Kau buat apa?" Soal Nazrin sambil mengintai aku yang sedang melukis doodles di atas sekeping poskad bergambar Menara Condong Teluk Intan. Poskad ini kubeli sewaktu singgah di salah sebuah kedai cenderamata sebentar tadi.

"Doodling." Jawabku sambil sengih sebelum menyerahkan poskad yang sudah separuh siap itu kepada Nazrin.

"Use your smile to change the world, don't let the world change your smile." Nazrin membaca perlahan bait-bait perkataan yang kutuliskan di belakang poskad tersebut.

Aku senyum sambil menjungkitkan kening.

"Nak bagi dekat siapa? Kau ada pak we dekat Sarawak eh?" Usik Nazrin.

"Eh, bukanlah!" Jawabku pantas.

"Dah tu?"

"Nak bagi poskad ni dekat orang yang duduk dekat sebelah aku dalam flight nanti."

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang