Bab 9

1.6K 78 16
                                    

'It was love at first sight, at last sight, at ever and ever sight.'

-Vladimir Nabokov, Lolita-


"FARAH!"

"Kau ni, Hana. Kan aku selalu kata, siang-siang macam ni mana ada hantu nak ligan kau. Kau dah kenapa? Dengan rambut mengerbang macam tu, kau elok sikit je daripada hantu."

Selamba sahaja Farah duduk menyilang kaki sambil meneguk air kopi buatan sendiri.

"Ni apa?" Soalku sambil menayang iPhone yang kupegang dihadapan wajah tenang Farah.

"Handphonelah. Hana, kau ada terlanggar tiang ke sampai telefon bimbit pun kau dah tak boleh kenal?" Soal Farah sambil kembali meneguk air kopi.

"Aku bukan cakap pasal handphone ni. Aku tanya pasal Whatsapp group ni!" 

Farah terus ketawa.

"Whatsapp group 'Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun' tu ke?" Soal Farah dengan tawa yang masih bersisa.

Macam manalah aku tak terkejut bila terjaga daripada tidur sebentar tadi. Niat di hati untuk sambung tidur lama sedikit memandangkan hari ini hari Sabtu dan aku berada dalam keadaan 'uzur' atas kunjungan 'kawan baik'. 

Lenaku terganggu apabila telingaku menangkap bunyi mesej Whatsapp yang masuk tidak berhenti. Apabila aku memeriksa telefon pintarku, terus aku terjatuh daripada katil. Sudahlah terjatuh daripada katil, telefon pintar itu pula jatuh ke atas muka. Ini agaknya maksud sebenar peribahasa 'sudah jatuh ditimpa tangga.' Memanglah aku terkejut apabila sebuah group Whatsapp baru ditubuhkan di dalam aplikasi Whatsapp dan mak toklah adminnya! Gila tak gila! Gambar profil Whatsapp group pula ialah gambar aku dengan gambar lelaki yang wajahnya diletakkan tanda soal. Nampak sangat itu kerja si Hani untuk mengedit gambar sehingga jadi sebegitu.

"Aku suka mak tok kau. Terbaik!" Farah mengangkat kedua-dua ibu jarinya.

"Banyaklah kau punya terbaik. Kau sebagai bff aku, kena tolong back-up aku." 

"Eh, ini projek baik punya. Of course aku akan support. Bukan senang nak jumpa Whatsapp group macam ni. Siap ada carta organisasi dengan matlamat projek lagi. Sebab tu aku cakap mak tok kau memang terbaik, da bom!"

"Farah!"

Farah ketawa semula sehingga merah wajahnya.

Macam manalah aku tidak jatuh daripada katil sendiri? Bukak sahaja Whatsapp group tersebut, aku sudah nampak 'carta organisasi' rekaan mak tok:


*Project Manager- Puan Hakimah a.k.a mak tok

*Assistant Project Manager- Farah a.k.a bff Uya

*Penasihat- Puan Hardina a.k.a umi

*Ahli Jawatankuasa- Hani & Haura

*Ikon Projek- Ulya Hana a.k.a Uya

*Partnership projek: Ungku Harlina & cucu lelaki dia (nama dirahsiakan buat sementara waktu)

Matlamat projek: Untuk berganding bahu, menjayakan misi memastikan Uya dapat berkahwin sebelum hujung tahun.

Disclaimer: Ini bukan projek kahwin paksa! :P

Misi projek: Usaha, doa dan tawakal. Ganbatte kundasai!


"Farah..." Aku sudah mahu menangis.

"Mak tok kau memang rare!" Komen Farah lagi.

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now