Bab 8

1.6K 64 11
                                    

'Where there is love, there is life.'

-Mahatma Gandhi-


"UYA MEMANG  kenal dengan Hud tu ke?" Soal mak tok sebaik sahaja Ungku Harlina berlalu ke tempat buffet dengan Hud. 

"Tak adalah kenal sangat, mak tok. Uya kenal dengan dia waktu dalam flight ke Miri beberapa minggu lepas. Tak sangka pulak Hud tu cucu dia." Balasku dan membuang pandang ke arah rumah banglo tiga tingkat di sebelah rumah mak tok ini.

Menurut mak tok, rumah banglo besar itu sebelum ini diduduki oleh keluarga lain sehinggalah Ungku Harlina membelinya. Aku tidak begitu perasan bila Ungku Harlina berpindah masuk memandangkan sudah agak lama banglo mewah ini dibiarkan kosong.

"Mana mak tok kenai Ungku Harlina tu?" Yalah, mak tok kenal Ungku Harlina, aku pulak mengenali Hud. Macam berjanji pula.

"Kenai dah lama dah. Bila Lina pindah pi Dubai ikut arwah laki dia, mak tok dah tak jumpa dia. Alhamdulillah, jumpa balik dekat kelaih mengaji agama. Bukan senang nak jumpa orang kaya tapi hati baik lagu tu." Puji mak tok. Yalah, mak tok sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan orang.

"Lina tu baru kematian suami dia. Tu yang selalu jugak cucu dia balik menjenguk dia. Yalah, sunyi duduk sorang-sorang dalam rumah besaq tu."

"Hud tu ke?" Soalku pantas.

"Dak aih. Cucu lelaki dia yang sorang lagi. Uya pun kenai sangat dengan dia."

Kali ini senyuman mak tok sudah bertukar lain macam.

"Uya kenal? Siapa?" Soalku pantas. Satu-satunya cucu  lelaki Ungku Harlina yang aku kenal ialah Tengku Hud Harraz. Selain Hud, siapa lagi? 

"Uya kenai Hud tu sorang ja, mak tok." Balasku setelah sekian lama memerah ingatan sendiri.

"Ada, hang tak ingat tu."

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Aku ni bukan senang nak lupa orang.

"Sebab tulah, mak tok dengan Lina nak buat partnership." Senyuman lain macam mak tok kembali semula membuatkan perutku terasa kecut dan jantungku mula bertukar rentak.

"Partnership apa ni, mak tok? Buat bisnes tudung ka? Collagen? Bagi kulit jadi putih?"

Mak tok terus ketawa.

"Partnership nak menjayakan 'Projek Uya kena kahwin sebelum hujung tahun ni.' Nanti cucu lelaki Lina akan join sekali."

Habislah! Pengsanlah! Mampuihlah!

Awat jadi drama cliche kahwin paksa ni?

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now