Bab 5

1.8K 79 17
                                    

"Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead."

-Oscar Wilde-


LUTH MELOMPAT turun daripada penghadang jambatan yang menjadi tempatnya berdiri sebentar tadi. Aku betul-betul rasa yang dia ni ada keturunan samurai. Kalau tak ada, mungkin dia ni gila. Gila yang suka buat benda-benda pelik.

Cangkuk besi yang dicangkuk pada besi penghadang jambatan itu dibuka dan tali yang melilit pinggangnya turut ditanggalkan. Tali panjang itu diserahkan kepada seorang lelaki. Lah, mai dari mana pulak lelaki ni?

"Dapat ke, L?" Soal lelaki yang sedang memegang tali itu. Aku toleh memandang lelaki yang juga berpakaian serba hitam itu. Bukan seorang, tetapi ada seorang lagi. Yang seorang lagi turut berpakaian serba hitam. Masing-masing memakai topi.

'Dapat apa?' Soalku di dalam hati sambil memerhatikan gelagat mereka bertiga. Kejap, bukan nama encik samurai ni 'Luth' ke? Kenapa sekarang bertukar menjadi 'L' pula? Kalau dia 'L', yang lelaki lagi dua orang ni siapa? 'M' dan 'N' pulak ke?

Aku pandang Atiqah dan Atiqah pandang aku. Kami berdua sudah memerhatikan keadaan sekeliling yang sunyi. Entah-entah mereka bertiga ni ahli kongsi gelap? Ataupun mafia? 

"Tak dapat. Dah minah busy body ni tiba-tiba menyergah aku tadi." Tajam anak mata encik samurai memandang aku.

Aku menelan liur dan wajah cuak Atiqah kupandang. Di dalam kepala sudah terngiang-ngiang kisah-kisah samseng jalanan Miri yang pernah diceritakan oleh Atiqah. Itulah, Ulya Hana! Busy body sangat ni kenapa?

"Tiqah, lari!" 

Ibarat tidak cukup tanah, aku menarik tangan Atiqah dan pantas memboloskan diri ke dalam Myvi putih milik Atiqah. Kelam-kabut Atiqah menghidupkan enjin dan terus menekan pedal minyak.

"Saya nak tumpang tidur rumah awak malam ni, boleh?" Soalku sebaik sahaja kereta berjaya bergerak jauh daripada ketiga-tiga orang lelaki tadi.

"Hah?" 

"Tiqah, mamat tu pun menginap di hotel yang sama. Bilik dia pulak betul-betul bersebelahan dengan bilik saya. Saya takut!" Aku pandang wajah Atiqah.

"Macam mana awak tahu?"

"Sebab semalam saya nampak dia panjat bumbung. Saya ingatkan dia samurai."

Dalam keadaan yang cemas sebegini, Atiqah ketawa.

"Mana ada samurai zaman moden ni, Hana."

"Tahu, saya yang tersilap."

"Dan baru tadi awak jadi busy body lagi sekali?"

Aku pantas mengangguk.

"Habis tu, barang-barang awak macam mana?"

"Nanti saya call colleague saya, minta dia tolong uruskan."

"Yalah, Hana."

Aku terus menarik nafas lega.


***

Kuala Lumpur International 2 (KLIA 2)


"Hana!"

Aku yang sedang menarik beg pakaianku menghentikan langkah.

Hud Harraz a.k.a makhluk hensem yang duduk di sebelahku di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri tempoh hari.

"Baru touchdown?" Soal dia sambil anak matanya jatuh pada beg pakaian yang berdiri di sisiku.

"Ha'ah, baru je. Senang betul you nak recognize orang." Jawabku dan Hud ketawa senang. Alahai, bunyi ketawa dia ni pun ibarat irama merdu.

Bukan Encik Sempurna (SUDAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang