03 | Escape!

9.7K 1K 90
                                        


Author's POV


Hyerin memainkan telefon ditangannya. Matanya memandang tingkap bilik atas rumah Taehyung. Dia menggigit bibir bawahnya. Kenapa hyung dia misteri semacam?

"Hyerin, kau buat apa kat luar malam-malam macam ni? Dahlah sejuk." ujar Jihye apabila melihat kelibat Hyerin di balkoni bilik. Tangannya digosok bagi mengurangkan kesejukan.

"Hah? Aku ambil angin je. Panas la kat dalam tu." ucap Hyerin.

"Kau biar betul? Badan kau ni kebal sejuk ke apa?" Jihye menggelengkan kepalanya. Aku dah separuh mati tahan sejuk kat bilik tadi, dia boleh pula cakap kat dalam bilik tu panas?

"Well, you know me." Hyerin tergelak kecil. Dia memang seorang yang menggemari cuaca sejuk walaupun tahap beku dah sejuk tu.

"Jihye, kau tak rasa ke Taehyung tu pelik? No. Umm.. Maksud aku, hyung dia?" soal Hyerin. Jihye yang berdiri menyandar di sliding door balkoni itu menggigit jarinya.

"Entahlah. Macam pelik, macam tak. Yang peliknya kita tak pernah nampak pun lagi dia keluar dari bilik dia tu. Ataupun dia anti-social?" balas Jihye. Hyerin cuma mengangkat bahu. Serentak mereka memandang ke tingkap bilik Baekhyun.

Aku kena cari juga jawapan kenapa hyung dia jarang keluar dari bilik tu.

-----

"Taehyung-ah!"

Taehyung membuka pintu utama rumahnya. Wajah Hyerin terpacul dipintu.

"Hyerin? Kenapa? Nak minta tolong apa-apa ke?" soal Taehyung.

"Tak. Saya datang nak bagi ni." balas Hyerin seraya menghulurkan tupperware yang berisi kimchi.

"Wah kimchi! Thanks Hyerin." Taehyung melemparkan senyuman manisnya kepada Hyerin. Hyerin turut membalas dengan senyuman.

"Masuklah dulu. Kawan-kawan saya yang lain nanti datang. Diorang nak berkenalan dengan awak. Jihye mana?" soal Taehyung.

"Jihye pergi supermarket beli barang dapur." balas Hyerin. Dia melangkah memasuki rumah Taehyung.

"Awak tunggu sini kejap eh? Awak jalan-jalan lah dulu kalau awak bosan. Kejap lagi saya datang." ujar Taehyung. Hyerin mengangguk. Kelibat Taehyung sudah menghilang. Hyerin berjalan naik ke tingkat atas.

Matanya diliarkan pada gambar-gambar yang tersangkut di dinding. Matanya terhenti pada satu gambar. Adakah ini Baekhyun?

PRANGG!

Hyerin cepat-cepat berpaling ke belakang.

Bunyi apa tu?

"Taehyung?" panggil Hyerin. No, bunyi tu bukan datang dari bilik yang Taehyung masuk tadi. Bunyi tu datang dari bilik Baekhyun. Hyerin sudah berdiri didepan pintu bilik tersebut. Dia teringat kembali kata-kata Taehyung yang tidak membenarkan dia memasuki bilik ini.

Tapi kalau ada apa-apa jadi dekat hyung dia macam mana? Aku kena periksa juga.

Hyerin memegang tombol pintu lalu dipulas.

KLEK!

Gelap. Tak panas ke duduk dalam gelap macam ni?

Hyerin mengibas wajahnya yang kepanasan. Hyerin masih dapat melihat bilik yang berwarna merah gelap dan hitam tersebut walaupun samar-samar. Dekorasi bilik yang sangat elegant.

Perlahan-lahan Hyerin melangkah masuk. Jantungnya berdebar-debar. Dia cuma ingin memastikan sama ada hyung Taehyung dalam keadaan baik-baik sahaja ataupun tidak.

"Err... Hello?"

Tiada sahutan. Mana hyung dia ni? Takkan menyorok?

"Hyerin awas!" Hyerin segera berpaling apabila mendengar jeritan Taehyung.

BUKK!

Taehyung jatuh tersungkur bersama seorang lelaki didalam dakapannya. Taehyung kelihatan cemas.

"Hyerin, keluar dari rumah ni sekarang! Now!" Hyerin yang masih tidak tahu apa yang terjadi hanya mendengar arahan Taehyung. Dia berlari turun ke tingkat bawah. Sampai sahaja di tingkat bawah, Hyerin terserempak dengan rakan-rakan Taehyung.

"Apa dah jadi?" Soal Kyungsoo apabila mendengar bunyi seperti pergaduhan sedang berlaku ditingkat atas.

"Holy shit! Siapa yang buka bilik Baekhyun?!" soal Suga apabila melihat kelibat Taehyung yang sedang bergelut dengan Baekhyun. Mereka segera menerpa kearah Taehyung.

"Argghhh!" Dalam sekelip mata tubuh mereka semua sudah jatuh ke lantai. Darah mula mengalir di bibir mereka.

"Hyerin—"

PANGG!

Pintu utama ditutup dengan angin yang kuat. Peluh sudah memercik di dahi Hyerin. Apa yang sedang berlaku ni?

"Hyerin, keluar dari pintu belakang sekarang!" arah Sehun. Badannya yang lemah dipaksa berdiri. Dia menumbuk wajah Baekhyun dengan kuat. Dengan pantas Baekhyun membalas tumbukan Sehun sehingga menyebabkan Sehun rebah ke lantai. Hyerin berlari menuju ke pintu belakang rumah.

"Kau nak pergi mana?" Terhenti langkah Hyerin apabila seseorang menghalang jalannya. Dia memandang wajah tersebut.

Baekhyun.

Matanya yang berwarna merah gelap memandang tajam ke dalam mata Hyerin. Hyerin menelan liur.

"Sa—saya.."

"Aku paling pantang orang masuk bilik aku." ucap Baekhyun keras. Hyerin dapat melihat dengan jelas rahang Baekhyun yang mengeras dan urat-urat mula kelihatan di leher lelaki itu. Lebih mengerikan apabila urat-urat itu berwarna hitam keunguan.

"Mi.. mianhae. Saya minta maaf. Saya ingat awak dalam bahaya tadi." balas Hyerin dengan suara bergetar ketakutan.

Baekhyun tersenyum sinis kearah Hyerin. Bibir bawahnya dijilat. Tubuh Hyerin ditolak sehingga menyentuh dinding.

"Kalau kau nak tahu, sebenarnya kau yang dalam bahaya sekarang ni." Baekhyun memandang tajam kedalam mata Hyerin sebelum mendekati wajah Hyerin. Bibirnya menyentuh bibir Hyerin. Hyerin yang tidak tahu apa yang patut dia lakukan hanya membiarkan Baekhyun menciumnya. Perlahan-lahan ciuman itu turun ke leher gadis itu, Baekhyun menggigit perlahan. Semakin lama semakin kuat.

"S-Sakit..." Airmata Hyerin mengalir. Pandangannya kabur. Dia kehilangan banyak darah.

"From now on.." Baekhyun mencengkam pergelangan tangan Hyerin. Hyerin menjerit kesakitan. Perlahan-lahan Baekhyun melepaskan tangan Hyerin sehingga meninggalkan tanda namanya di pergelangan tangan gadis itu.

백현

".. You're mine." Baekhyun tersenyum sinis sebelum mencium semula bibir Hyerin. Hyerin yang sudah tidak berdaya itu memejamkan matanya sebelum semuanya bertukar menjadi gelap.

The Vampire Next Door ✔️Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ