05 | Wink

9K 962 65
                                        


Baekhyun's POV

"Ughh.." Aku memegang kepala yang terasa berdenyut. Mata aku buka perlahan.

"Hyung?" Aku menoleh kearah Taehyung. Taehyung berdiri disebelah aku bersama cawan ditangannya.

"Apa lagi yang kau buat semalam?" soal Taehyung seraya melabuhkan punggung di sofa. Aku mengerutkan dahi.

"Buat apa? Apa yang aku buat?" Soal aku. Aku betul-betul tak tahu apa yang aku buat semalam. Yang aku ingat benda last aku buat, tidur.

"Habis tu kenapa bilik kau bersepah macam ni?" soal Taehyung. Aku meliarkan pandangan aku ke sekeliling bilik tidur. Buku-buku berselerak di atas lantai. Kerusi dan meja sudah terbalik. Aigo, apa aku dah buat?

Minda aku mencuba untuk mengingati apa yang berlaku semalam. Perkara terakhir yang aku ingat, aku mengamuk dan melepaskan geram dengan membaling kesemua objek yang ada di bilik aku. Tapi kenapa aku mengamuk?

"Aku ada dengar bunyi macam kau tengah mengamuk kat bilik. Tapi aku tak dapat bangun sebab badan aku macam kena tahan. Aku rasa kau bertukar kot semalam." Aku meneguk liur. Bertukar? Maksudnya..

"Hy— Hyerin macam mana? Aku ada buat benda tak elok kat dia lagi ke?" soalku. Aku tak tahu asal-usul budak tu, tapi Taehyung kata aku dah claim dia jadi slave aku. Semua ni sisi demon  aku punya pasal lah. Menyusahkan.

-------

Hyerin's POV


"Arggghhh!!" Aku menjerit kuat sebelum menekup wajah aku menggunakan bantal. Tangisan aku pecah.

"Hyerin?! What happen?!" Jihye menerpa kearah aku lalu memeluk erat tubuh aku yang menggigil.

"Jihye.. Baekhyun.. Dia.." Aku menyambung kembali tangisan aku.

"Baekhyun? Apa yang dia dah buat?!" Jihye menekup pipi aku menggunakan tangan. Matanya yang bulat menikam tajam kedalam mata aku.

"Dia ceroboh bilik aku.."

"WHAT?! Don't tell me.." Jihye menekup mulutnya. Dia tidak sanggup meneruskan ucapannya itu.

PAP!

"Dia tak buat tu lah!" jeritku. Jihye mengalihkan bantal yang aku baling kewajahnya tadi.

"Habis tu? Kau menangis meroyan macam baru kena—"

"Kau sebut perkataan tu aku lempang kau!" potongku cepat. Pipi aku memerah.

"Omo, wait. Are you blushing?" Jihye ketawa melihat reaksi aku. Aku menggigit bibir. Jihye ni memang nak kena! Jihye yang melihat wajahku sudah bertukar masam terus berhenti ketawa lalu berdehem kecil.

"Okay, serius. Apa yang Baekhyun buat dekat kau semalam?" soal Jihye sambil menjungkitkan keningnya.

"Kalau aku cerita, kau jangan menyampuk okay?" Jihye mengangguk.

"Masa aku nak tidur, tiba-tiba aku rasa badan aku jadi berat. Bila aku buka mata, muka Baekhyun tepat kat depan aku. Aku pun tanyalah, apa yang dia nak sampai jumpa aku. Dia kata, bila-bila masa je dia boleh jumpa aku sebab aku ni slave dia." jelasku panjang lebar.

"Err.. Itu je ke yang dia buat?" soal Jihye. Aku sudah tidak senang duduk. Takkanlah nak cerita? Memalukan okay!

"Err.. Yaa.. Tu jelah. Hehe." Aku tersengih. Nak cover sebenarnya.

"Yeke? Tak percayalah! Mesti dia ada buat 'something' luar alam punya." Jihye memandang aku dengan pandangan yang.. Okay, aku tak tahu nak describe pandangan dia tu macam mana.

"Luar alam? Means?" soal aku sambil membuat muka blur. Buat-buat tidak faham walaupun aku faham apa yang dia maksudkan.

"Aku tahu kau tak sebodoh tu, Hyerin. Mesti dia ada buat, kalau tak kenapa kau menangis tadi." Jihye menaik-naikkan sebelah keningnya. Aku hanya diam tidak memberi respon.

"So?" Jihye masih tidak mahu mengalah. Aku melepaskan keluhan. Budak ni la. Haish!

"Ada. Tapi ringan je."

"Ringan macam mana eh?" soal Jihye dengan riak nakalnya. Aku membulatkan mata.

"SONG JIHYE!"

Jihye ketawa besar lalu berlari meninggalkan aku. Aku hanya menggeleng.

-----

"So, korang sekolah kat mana nanti?" soal Taehyung. Aku berhenti dari melihat skrin telefon sebelum memandangnya. Telefon aku simpan ke dalam beg.

"BigHit SM High School." Taehyung membulatkan matanya.

"Seriously? Saya pun sekolah kat sana!" kata Taehyung teruja. Matanya mengecil apabila dia menarik senyuman lebar.

"Yeke? Baguslah kita satu sekolah! Taklah awkward sangat nanti." sampuk Jihye dengan sengihan. Taehyung ketawa kecil. Sekarang aku baru perasan, Taehyung ni hensem gilos bila gelak. Siapa sokong?

Aku tersenyum kecil sambil menggeleng. Minuman yang aku pesan aku teguk.

"Oh ya. Baekhyun pun sekolah kat situ."

PFFFTTTHH!

"What?!" Aku menekup mulutku lalu tersengih kepada pelanggan restoran yang sudah memandang pelik ke arah kami. Taehyung dan Jihye terkebil-kebil memandang aku.

"Kau okay ke ni?" soal Jihye. Aku mengangguk kecil sebelum menyambung minum.

"Tak apa Hyerin. Awak tak perlu risau pasal hyung saya tu. Saya ada untuk jaga awak."

Aku mengangkat wajah memandang Taehyung. Taehyung menghadiahkan senyuman manisnya. Taehyung, please don't smile like that. Kau nak aku mati awal ke sebab sakit jantung?

"Saya dengar tu." Taehyung tertawa. Aku menundukkan wajahku. Alamak, aku lupa yang dia boleh tahu apa yang aku fikir. Haish, tak aci! Aku mencuri pandang kearah Taehyung semula. Taehyung yang seakan tahu aku sedang memandangnya lantas membalas pandangan aku lalu mengenyitkan mata.

This kid.

Disuatu sudut, seorang lelaki yang memakai sweater hitam, mask, topi, serta kaca mata hitam melihat kerenah mereka sedari tadi.

So, itu Hyerin?

Kenapa dia rapat sangat dengan Taehyung?

Kenapa aku nak menyibuk sangat ni?

Biarlah Taehyung rapat dengan Hyerin tu, bukan hal aku pun.

Dia memandang kembali kearah mereka. Tanpa sengaja, dia terpandang adegan Taehyung yang mengenyitkan mata kepada Hyerin, Hyerin pula sudah tersenyum malu. Heih. Tiba-tiba pula aku sakit hati.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now