16 | Memory

7.1K 783 105
                                        


Author's POV



"Aku nak tanya kau sesuatu boleh?"

Taehyung menaikkan keningnya. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Boleh je. Tanya apa?" Taehyung merapati meja makan dan duduk di kerusi. Chanyeol duduk dihadapannya.

"Kau boleh tak bagitahu aku.. siapa aku sebelum ni?" soal Chanyeol. Dahi Taehyung berkerut.

"Maksud kau?"

Chanyeol menggigit bibirnya. Jarinya diketuk-ketuk pada meja.

"Kau dengan Baekhyun ada rahsiakan sesuatu tak kat aku? Yang aku tak tahu selama ni?" soal Chanyeol. Mata Taehyung membulat sebelum dia berdehem kecil. Rambutnya dikusutkan. Lama dia berdiam sebelum dia memandang Chanyeol semula.

"Kau betul nak tahu?"

Chanyeol mengangguk. Taehyung melepaskan keluhannya.

"Okay macam ni.." Taehyung menarik nafas dan menghembus perlahan.

"Kau ingat tak masa first time kau sedar dulu? Siapa orang yang first kau nampak?" soal Taehyung. Chanyeol mengerutkan dahinya, mencuba untuk mengimbas semula.

"Kau dengan Baekhyun?" teka Chanyeol. Taehyung mengangguk.

"Masa kau baru sedar tu, kau ingat tak siapa orang yang pernah hadir dalam hidup kau sebelum ni?" soal Taehyung lagi. Chanyeol semakin bingung. Taehyung yang menyedari perkara itu terus mencela.

"Okey okey aku tahu kau tak ingat. Urmm. Sebenarnya, kau manusia sebelum ni." kata Taehyung. Chanyeol mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Then?"

"Kau jadi vampire sebab.."

------

Chanyeol tersenyum lebar menatap skrin telefonnya. Wallpaper telefonnya dilihat.

Wait for me my future wife.

Chanyeol meletakkan telefonnya disebelah tempat duduk pemandu.

"Hujan?" Chanyeol merenung jalanraya didepannya yang mula dibasahi hujan. Hujan semakin lebat membuatkan pandangan Chanyeol menjadi kabur. Matanya digosok berkali-kali.

"Haish ni la aku tak suka bila ada masalah rabun ni. Sikit sikit spek."

Chanyeol meraba-raba dashboard untuk mencapai cermin matanya. Tiba-tiba keretanya hilang kawalan kerana keadaan jalanraya yang licin. Tanpa sempat Chanyeol mengelak, keretanya terjunam kedalam sebuah gaung.

"Arrgghh!" Chanyeol memegang dahinya yang berdarah kerana terhantuk pada stereng kereta. Keretanya melanggar pokok-pokok yang terdapat didalam hutan itu sebelum berhenti di atas tanah dalam keadaan terbalik. Nafas Chanyeol tersekat-sekat. Matanya menjadi berat.

Hyerin.

"Encik! Encik!"

Chanyeol memejamkan matanya sebelum semuanya bertukar menjadi gelap.

-------

Baekhyun berlari kearah kereta tersebut. Dia mendekati pintu pemandu sebelum menunduk sedikit.

"Encik! Encik!" panggil Baekhyun. Pemandu tersebut sudah tidak sedarkan diri. Baekhyun menggunakan kekuatan yang dimilikinya. Pintu kereta dipatahkan sebelum dia mengangkat sedikit kereta yang sudah terbalik itu. Tubuh Chanyeol ditarik keluar.

"En-Encik!" Baekhyun menepuk pipi lelaki tersebut. Sedaya upaya dia menahan bau darah yang menyengat dihidung. Dompet lelaki itu dikeluarkan dari poket seluar lelaki tersebut. Identification Card lelaki itu ditarik keluar dari dompet.

The Vampire Next Door ✔️Место, где живут истории. Откройте их для себя