Hyerin's POV
Hujan rintik-rintik yang jatuh ke muka aku membuatkan aku terjaga. Dengan perlahan aku membuka mata. Gelap. Sunyi. Di penuhi pokok-pokok. Dan aku dapat rasa badan aku di ikat pada sebuah pokok dalam keadaan aku terduduk.
"T-Tae?"
Senyap.
"Jihye?"
Senyap.
"Baek?"
Tetap sama, senyap.
"Korang? Korang mana? T-tolong saya.."
"Tch. Diorang takde kat sini. Yang ada cuma kau dan aku."
Aku kenal suara tu. Siapa lagi kalau bukan Haodong? Telinga aku menangkap ketawa kecil dari dia.
"Tak sangka kan dua-dua sepupu aku tu lembik? Sorang tuan kau, sorang lagi namchin kau, tapi takde sorang pun yang dapat selamatkan kau. Kesian."
Aku pejamkan mata aku. Tak guna punya lelaki. Apa yang dia nak dari aku sebenarnya?
"Apa yang aku nak? Aku nak apa yang Baekhyun ada. Aku nak dia cepat mampus."
Dia boleh baca apa yang aku fikir?
Jadi dialah penyebab kenapa yang lain tak boleh baca fikiran aku?
"Kau yang patut mampus Haodong!" Aku tak tahu aku dapat keberanian dari mana untuk tengking dia. Kesabaran aku semakin tipis. Apa yang dia tak puas hati dengan Baekhyun sampai dia berdendam macam ni?
Haodong muncul di depan aku dan mara dengan mukanya yang bengis. Rambut aku ditarik dan didekatkan dengan mukanya.
"Argh! Appo.."
"Hei pompuan! Kau.." Haodong menghalakan jari telunjuknya didepan muka aku.
"Kau baru je kenal lelaki tu dan kau tak kenal lagi siapa Byun Baekhyun yang sebenarnya. Dia tu kejam."
Aku gelak sinis. Sakit pada rambut aku yang ditarik aku tahan.
"Kau ingat aku percaya?" Haodong jungkitkan kening. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Kau tahu kan kau bukan slave pertama dia? Kau nak tahu apa yang jadi dengan semua slave dia sebelum ni?" soal Haodong. Aku diamkan diri. Fikiran aku teringat kata-kata Taehyung dahulu.
"Biasanya dia takkan biarkan mangsa dia tu hidup lagi. Semua mangsa dia sebelum ni dah mati. Tiada yang terselamat."
"Kau tak nak tahu macam mana cara Baekhyun seksa diorang sebelum diorang mati dibunuh oleh Baekhyun sendiri?" Aku pejamkan mata dan pekakkan telinga. Jangan terpedaya Hyerin.
"Kau tak percaya? Aku boleh tunjukkan." Rambut aku yang digenggam kuat olehnya dilepaskan. Kepala aku terasa ringan sedikit namun tidak lama, kepala aku sakit seperti dicucuk-cucuk. Dahi aku berkerut kerana sakit yang teramat.
"Welcome to Baekhyun's hell, Park Hyerin."
Dan sekali lagi, pandangan aku bertukar gelap.
Tapi kali ni berbeza.
Telinga aku menangkap suatu bunyi.
Bunyi jam berdetik.
Tik tok tik tok tik tok
Bunyi jam berdetik itu berhenti dan berubah menjadi bunyi seperti orang sedang bercakap.
"Hyung, dah-dah la tu. Aku tahu dia slave kau tapi kau tak patut buat dia macam ni."
"Heh, kesah apa aku. Dah nama pun slave."

YOU ARE READING
The Vampire Next Door ✔️
Vampire❝From now on, you're mine.❞ Byun Baekhyun. The most dangerous vampire. -------- Highest Ranking #1 in Vampire #1 in EXO #1 in Baekhyun 2016 © taemericano