32 | Help

5.6K 703 40
                                        


Baekhyun's POV

"Kenapa?" soal Taeyeon risau apabila melihat riak wajah aku. Aku memandangnya. Tangannya aku genggam.

"I need to go. Awak pergi cari Suho. Nanti saya datang balik okay?" Aku mencium dahi Taeyeon sekilas lalu teleport ke tempat Hyerin. Dia dalam bahaya sekarang.

Dia perlukan aku.

--------

Hyerin's POV

"Kau—"

"Taehyung.. S-stop.."

Aku menarik tangan Taehyung yang mencengkam leher aku. Dada aku semakin sempit, nafas aku tersekat-sekat.

"Jadi nama lelaki tu Baekhyun? Dia claimed kau?"

Soalan Taehyung membuatkan aku membuka mata. Mata Taehyung memandang tepat pergelangan tangan aku yang bertanda nama Baekhyun. Tanda nama itu bercahaya. Mata aku terpejam semula. Sakit pada leher aku sudah tidak tertahan.

Saya tahu awak akan datang..

"Taehyung apa kau buat ni?!"

Serentak aku dan Taehyung menoleh kearah datangnya suara itu. Cengkamannya pada leher aku menjadi longgar. Aku menarik nafas sedalamnya.

"Hyung, kenapa datang sini?" Aku mendongak melihat Taehyung. Dia menunjukkan riak wajah tenangnya.

"Apa kau dah buat kat dia?" soal Baekhyun lagi. Dia melihat aku sekilas.

"Oh, Hyerin jatuh tadi."

Tak, dia tipu Baekhyun.

"Taeyeon mana? Kau tinggalkan dia kat hutan sorang-sorang?" soal Taehyung. Dia kenal siapa Taeyeon? Dia tahu Baekhyun tu hyung dia? Wait, bukan tadi dia tak kenal ke?

Taehyung berjalan mendekati Baekhyun. Tangannya diseluk kedalam poket seluar. Mata aku membulat apabila melihat sejenis objek didalam poket Taehyung. Picagari? Mesti lelaki tadi yang bagi dia. Taehyung mengambil picagari itu lalu disorokkan ditangannya.

"Aku—"

"Baekhyun!"

Aku menjerit namanya apabila Taehyung menghalakan picagari tersebut kearah Baekhyun. Aku bangkit lalu menerpa kearah Taehyung. Tangannya yang memegang picagari aku tahan. Aku menggunakan tenaga sebanyak yang mungkin untuk merampas picagari ditangannya dan akhirnya aku berjaya merampas picagari itu.

"Kau!"

PAP!

Aku terduduk kerana tamparan Taehyung yang terlalu kuat sehingga bibir aku berdarah.

"Taehyung kau dah gila ke?!" Baekhyun mencekak kolar baju Taehyung. Dia memandang aku sekilas, matanya terbuka luas apabila mendapati bibir aku yang berdarah. Dia memandang Taehyung dengan pandangan tajam. Urat-urat ditangannya jelas kelihatan.

Tiba-tiba pergelangan aku terasa pedih. Aku melihat pergelangan tangan aku. Tanda nama itu bercahaya lagi. Lebih terang berbanding tadi. Aku melihat Baekhyun semula. Matanya sudah bertukar ke warna merah gelap. Taehyung tersenyum sinis.

"Aku bukan Taehyung, adik kau."

"Berani kau cederakan dia." kata Baekhyun keras. Wajah Taehyung yang tersenyum sinis membuatkan hatinya bertambah sakit.

BUK!

"Kau jangan sentuh dia lagi! She's mine!"

Taehyung ketawa sinis. Pipinya yang ditumbuk dipegang. Baekhyun berjalan mendekati aku. Mata merah gelapnya memandang tepat kedalam mata aku. Jarinya menyentuh lembut bibir aku yang berdarah.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now