Hyerin's POVMata yang terasa berat aku buka perlahan. Aku memandang sekeliling sebelum menangkap imej seorang lelaki yang tertidur disebelah aku.
"Argghhhh!"
Taehyung lantas terbangun lalu tergesa-gesa melihat keadaan aku. Matanya ditenyeh perlahan dan dia memandang aku dengan matanya yang sepet.
"Kenapa?" soalnya mamai.
"Kenapa awak tidur kat sebelah saya?!" soal aku sambil merapatkan kedua-dua tangan aku ke dada.
"Saya tertidur sebab nak tunggu awak terjaga. Jangan risau saya tak buat apa-apa pun." jelasnya dengan senyuman. Aku mulai menstabilkan perasaan aku yang berkocak ketakutan. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku menyelak baju lengan panjangku. Mata aku terbuntang. Jadi itu semua bukan mimpi? Aku memandang kembali pergelangan tanganku yang bertanda nama Baekhyun.
"Saya minta maaf pasal tu. Saya tak dapat kawal Baekhyun hyung." ujar Taehyung lemah. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia rasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan aku.
"Apa.. apa yang dah jadi dengan saya?" soal aku. Aku menggosok tanda nama Baekhyun di pergelangan tangan aku dengan kasar menggunakan ibu jari namun hanya sia-sia. Tanda ini melekat bagaikan Tattoo.
"Awak dah jadi slave Baekhyun mulai sekarang." Aku memandang Taehyung tidak percaya.
"Slave?"
"Ya, slave." jawab Taehyung.
"Taehyung, boleh saya tanya sesuatu?" soal aku teragak-agak. Taehyung memandang aku dengan kerutan di dahi.
"Apa dia?"
"Siapa korang ni sebenarnya?"
"Kenapa awak tanya macam tu?" soalnya kembali dengan kerisauan yang terpancar diwajahnya.
"Saya cuma pelik. Awak, hyung awak, kawan-kawan awak, semuanya berkelakuan pelik. Lepas apa yang terjadi pagi tadi, saya dapat rasakan yang korang ni.."
"Vampire?" potong Taehyung. Perlahan-lahan aku mengangguk. Taehyung tersenyum kecil.
"Kalau saya bagitahu awak perkara sebenar, awak masih nak berkawan dengan saya tak? Awak percayakan saya?" soalnya. Aku berfikir sejenak. Sememangnya sepanjang aku berkawan dengan Taehyung dan rakan-rakannya, mereka tidak pernah menyakiti aku. Pagi tadi pun mereka yang berusaha menyelamatkan aku dari Baekhyun.
"Ya, saya percayakan awak." balasku.
"Kami semua memang vampire." kata Taehyung perlahan. Aku hanya diam mendengar penjelasannya. Walaupun ada sedikit perasaan takut yang terselit tapi aku yakin Taehyung boleh dipercayai.
"Kami semua berdarah campuran vampire dan manusia. Tapi berbeza dengan Baekhyun." Aku memandang Taehyung pelik.
"Berbeza? Maksud awak?"
"Dia ada tiga darah campuran. Darah manusia, vampire, dan demon. Sebab tu diri dia sukar dikawal berbanding dengan kami apabila berhadapan dengan manusia." jelas Taehyung.
"Kadang-kadang dia dapat kawal diri dia. Tapi susah, sebab bila-bila masa je darah demon dia tu boleh kuasai diri dia sampai dia hilang kawalan dan berakhir dengan membunuh manusia." sambungnya.
"Tapi, bukan ke awak ni dongsaeng dia? Kenapa darah korang berlainan?" soal aku lagi. Jika Baekhyun mempunyai tiga darah campuran tersebut, kenapa Taehyung tidak? Sedangkan mereka adik-beradik?

YOU ARE READING
The Vampire Next Door ✔️
Vampire❝From now on, you're mine.❞ Byun Baekhyun. The most dangerous vampire. -------- Highest Ranking #1 in Vampire #1 in EXO #1 in Baekhyun 2016 © taemericano