Baekhyun's POV
Aku tergamam melihat kejadian yang berlaku didepan aku. Aku terus meluru kearah Haodong. Jaket hoodienya aku tarik dari belakang sebelum pipinya aku tumbuk.
"Kau dah bunuh Taeyeon tak cukup lagi ke?!"
Aku menumbuk tepi bibir Haodong sehingga mengeluarkan darah. Haodong tergelak sinis. Darah yang mengalir dibibirnya diseka.
"Memang tak cukup."
Baru sahaja aku ingin menyambung menumbuk wajah Haodong, dia sudah menghilangkan diri. Pengecut.
Aku berlari ke pinggir jambatan. Tuxedo yang aku pakai aku buka meninggalkan kemeja putih dibadan aku. Coat tuxedo itu aku campak ke atas tanah sebelum aku menjatuhkan diri ke dalam air. Aku berenang sedalam yang boleh sehinggalah mata aku menangkap susuk tubuh Hyerin. Aku mendekati Hyerin lalu menarik tangannya. Dia dah tak sedarkan diri.
Pinggangnya aku peluk sebelum berenang ke permukaan air. Aku merebahkan tubuh Hyerin di atas rumput. Kepalanya aku letakkan diatas riba.
"H-Hyerin?" Pipinya aku tepuk berkali-kali. Aku memberikan bantuan CPR kepadanya namun Hyerin masih belum memberikan sebarang reaksi. Tubuhnya aku cempung sebelum menahan teksi dipinggir jalan untuk membawanya ke hospital. Aku tak boleh guna kebolehan teleport aku untuk pergi ke tempat awam.
"Ahjusshi, tolong cepat sikit. Isteri saya dah makin teruk ni." Pemandu teksi itu menganggukkan kepalanya. Kereta semakin dilajukan. Aku menatap wajah Hyerin di riba aku. Rambutnya aku usap lembut. Bau darah yang menusuk ke rongga hidung aku tidak peduli.
"Hyerin tolong jangan tinggalkan saya. Cukuplah saya dah kehilangan Taeyeon. Saya tak nak awak pun pergi tinggalkan saya."
--------
"Encik tunggu disini. Kami akan usahakan untuk selamatkan Cik Hyerin." Aku mengangguk lemah. Tubuh doktor yang hilang disebalik pintu itu aku pandang datar. Aku terduduk diatas kerusi. Telefon yang terletak dipoket coat tuxedo aku ambil lalu mendail nombor seseorang.
"T-Taehyung.."
"Hm."
"Hyerin masuk hospital. H-Haodong tikam dia."
Taehyung diam untuk beberapa saat sebelum bersuara semula.
"Nanti aku datang. Aku tengah busy sekarang."
"Hyerin kena tikam dan sedang bertarung nyawa sekarang kau masih pentingkan perkara lain dari nyawa kekasih kau sendiri?!"
"Aku betul-betul busy."
Tut. Tut. Tut.
Aku mengeluh. Bibir aku ketap menahan geram. Jari aku bergerak lincah mencari nombor telefon seseorang.
"Suho hyung."
"Yes? Kenapa?"
"Hyerin masuk hospital."
"B-Bwoya?! Kenapa?!"
"Haodong tikam dia."
"Macam mana—"
"Nanti aku cerita. Tolong datang sini sekarang. Bagitahu Jungkook dan yang lain."
"Okey okey."
Aku menamatkan panggilan dan meletakkan telefon aku kedalam poket coat tuxedo semula. Pintu wad kecemasan aku pandang sekilas. Masih bertutup.
Mata aku pejamkan. Terasa cecair hangat mengalir ke pipi aku.

YOU ARE READING
The Vampire Next Door ✔️
Vampire❝From now on, you're mine.❞ Byun Baekhyun. The most dangerous vampire. -------- Highest Ranking #1 in Vampire #1 in EXO #1 in Baekhyun 2016 © taemericano