38 | Note

5.6K 656 104
                                        


Hyerin's POV

Sedar tak sedar kami sudah tiba di hari pertama persekolahan. Macam biasa, belajar. Hari-hari macam tu jadi aku rasa aku tak perlu cerita kan? School life. Terlalu membosankan.

Hari ni dah masuk masuk minggu ke-3 kami sekolah. Cikgu Kwangsoo ni takguna betul bagi homework bertimbun. Kalau subjek math ke, sains ke, takpe. Aku suka.

YINI DIA BAGI YITU SEJARAH DEY INGAT AKU SUKA KE HAA

Nasib baik tahun ni final year. Kena bertahan beberapa bulan lagi sebelum freedom dan kita boleh campak beg, campak kerusi, campak meja, campak taehyung, campak jungkook, campak baek-

K taknak sebut full yang tu. Nanti dia dengar tak ke naya.

Aku membuka kacamata yang aku pakai dan letak di sebelah lampu meja. Rabun? Ya aku rabun. Author pun rabun. We're the rabunians heol.

Aku menggeliat kecil dan menyandarkan belakang badan pada kerusi. Siap juga homework addmath aku. Aku memandang jam dinding. Dah pukul 10. Maknanya dah 2 jam aku bertapa dengan homework aku. Penat gila. Mata pun berat dah ni.

Aku bangun dari kerusi dan mengemas meja belajar aku. Telefon yang terletak di atas meja aku capai. Lock screen aku buka. Terdapat satu notification dari whatsapp.

KimTae :

Hey, what are u doing rn?

Jari-jari aku mula menaip di skrin keyboard.

Nak tidur. Baru habis siapkan hw addmath.

KimTae (online)

Typing...

Okay. Go to ur bed now. Goodnight. Dream of me yah ≧﹏≦

Love you

Eceh. Okay, goodnight and iloveyoutoo 3

Aku menekan butang lock screen lalu tersenyum sendiri. Angau ke Cik Hyerin oii~

Aku meletakkan telefon aku ke atas katil. Tuala aku capai lalu masuk ke dalam bilik air. Kena mandi dulu baru aku selesa nak tidur. Selesai sahaja mandi aku terus keluar dan menuju ke meja solek. Sikat aku ambil lalu menyisir rambut aku yang panjang terurai.

KLEK.

Cepat-cepat aku berpaling memandang sliding door di bilik aku. Kosong.

Tiba-tiba bulu roma aku naik. Haish kenapa pula dah ni?

Aku menjungkit bahu dan memandang cermin semula. Pantulan muka aku, aku pandang. Aku menyambung menyisir rambut aku namun perlahan-lahan gerakan aku terhenti apabila cermin itu seperti di tulis oleh seseorang. Menggunakan darah.

KAU MILIK AKU.

PANG!

Aku membaling sikat di tangan aku ke cermin sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Nasib baik sikat tu tak kena betul-betul kat tengah cermin tu. Hampir sahaja cermin tu pecah.

"Hyerin!"

Aku melihat Jihye yang berdiri di pintu bilik aku.

"Bunyi apa tadi tu? Kau okay ke? Kenapa ni?" soal dia. Aku mengambil semula sikat aku yang jatuh di atas lantai.

"Tak- Takde apa-apa."

Jihye mengecilkan matanya.

"Betul?"

Aku menggigit bibir bawah sebelum mengangguk.

"Betul. Tadi aku terkejut sebab nampak cicak kat dinding. Tu yang tercampak sikat tu." jelas aku. Heh, macam tak logik je alasan aku tu.

"Um. Okay." Jihye terus menutup pintu. Aku mengeluh kecil. Cermin itu aku pandang semula. Kosong. Tiada sebarang tulisan. Mungkin tadi tu khayalan aku je kot.

Aku meletakkan sikat ke atas meja dan melangkah ke arah katil. Aku terus berbaring dan menarik selimut sehingga menutup separuh badan aku. Tangan aku terasa sejuk dan berpeluh. Jantung aku pula berkocak hebat. Kenapa.. aku rasa tak selamat?

-----

3 months later

Sampai sekarang aku masih tak bagitahu siapa-siapa pasal apa yang jadi kat aku hari tu. Aku cuba untuk fikir positif tapi badan aku pula lain. Sentiasa berpeluh dan menggigil. Tapi aku cuba abaikan. Mungkin aku masih terkejut dengan khayalan aku tu. Lingkaran hitam pun dah ada kat bawah mata aku sebab tak cukup tidur. Setiap kali aku tertidur, aku akan terjaga semula sekitar pukul 2-3 macam tu. Lepas tu aku tak dapat tidur semula. Sadis.

Dan semenjak hari tu, aku sentiasa rasa macam ada orang yang perhatikan aku. Aku sentiasa rasa tak selamat melainkan kalau Taehyung dan kawan-kawan dia ada dengan aku.

Aku benci dengan hidup aku sekarang. Rasa rumit sangat.

"Lagi enam hari birthday Baekhyun hyung. Bila kita nak sediakan birthday party dia?" soal Sehun. Dia mencapai botol mineral yang terletak di tepi beg sekolahnya. Sebut pasal Baekhyun, automatik aku terpandang dia kat gelanggang basketball. Dia tengah main basketball dengan Taehyung dan kawan-kawan dia yang lain. Sehun, Jin dengan Suho berehat kat tempat penonton, tempat di mana aku berada sekarang.

Aku pandang Baekhyun lama. Dia tengah fokus main basketball. Peluh membasahi dahi dia. Rambut dia pun nampak basah dan sedikit serabai. Hensem. Hot. Erk.

"Nanti kita bincang dengan Taehyung." balas Suho. Jin dan Sehun hanya mengangguk.

-------

Author's POV

"Dear cousin, lagi enam hari birthday kau kan?"

Seorang lelaki tergelak sinis lalu menatap gambar yang dipegangnya. Di dalam gambar itu ada dia, Baekhyun dan Taehyung.

"Mesti kau nak hadiah dari aku.."

Haodong tersengih sinis. Bibir bawahnya digigit sehingga mengeluarkan darah. Gambar itu didekatkan dengan bibirnya lalu dikucup perlahan. Dia tersengih lagi apabila darahnya mengenai tepat di gambar Baekhyun. Darah itu diusap perlahan sehingga gambar itu kini dihiasi dengan darah.

"Aku akan bagi hadiah surprise.. Special untuk kau."

The Vampire Next Door ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora