13 | Meet Again

7.5K 821 48
                                        


Author's POV



"Lama lagi ke?" Taehyung memandang Baekhyun yang sudah tidak senang duduk. Dia faham keadaan Baekhyun yang tidak tahan dengan bau manusia dikawasan airport tersebut walaupun dia sudah memakai mask.

"Kejap je lagi. Sepatutnya dah sampai dah ni." Taehyung mengerling jam ditangannya sebelum mengeluh. Dia pun tak tahan sebenarnya dengan bau manusia.

"Hey."

Bahu Baekhyun ditepuk dari belakang. Baekhyun berpaling sebelum matanya membesar.

"Chanyeol!!!" Baekhyun berdiri dari duduknya sebelum mereka berpelukan sambil terlompat-lompat. Taehyung menjulingkan mata. Mengalahkan perempuan betul diorang ni.

"Ini je beg kau?" soal Taehyung yang melihat Chanyeol membawa sebuah beg galas. Takkan ini sahaja beg dia sedangkan dia baru balik dari luar negara.

"Ohh.. Urm.. Luggage aku yang lain driver appa aku dah bawa tadi." balas Chanyeol.

"Habis tu kenapa kau tak suruh dia bawa yang ni sekali? Mana driver appa kau?" soal Taehyung lagi. Chanyeol mengetap bibirnya. Banyak soal betul!

"Aku dah suruh dia balik dulu sebab aku nak ikut korang balik. Beg ni aku saja bawa sekali. Ada barang private." Chanyeol tersengih. Taehyung mengangguk.

"Ohh." Chanyeol menghembus nafas lega.

"Eh wait!" Chanyeol tersentak. Haa apa lagi dia nak tanya ni?

"Asal aku tak boleh baca fikiran kau?" soal Taehyung.

"Macam biasa. Aku hide."

"Kau ingat ni wechat boleh hide segala?" soal Taehyung sarkastik. Chanyeol mengetuk kepala Taehyung. Kalau boleh dia nak bagi kaki sekali.

"Diamlah alien. Dah jom Baekkie." Chanyeol menarik tangan Baekhyun sebelum berlalu. Dalam hatinya berasa lega kerana Taehyung dan Baekhyun tidak menyedari helahnya.

-------

"Jihye."

"Yes?"

"Kau nampak tak mana rantai aku?" Jihye memandang Hyerin yang sibuk mencari rantainya di meja belajar.

"Rantai klef treble tu eh?" Hyerin mengangguk.

"Entahlah. Tak ada pula aku nampak." balas Jihye namun dia cuba untuk membantu Hyerin mencarinya.

-------

"Eh rantai siapa pula ni aku rembat?" Baekhyun memandang rantai yang berada di telapak tangannya. Cantik.

"Rantai apa?" Taehyung mendekati Baekhyun sebelum matanya membulat.

"Ni bukan rantai Hyerin ke?" soal Taehyung. Baekhyun menjungkitkan bahunya. Taehyung mengambil rantai tersebut, "Macam mana boleh ada dengan kau?"

"Manalah aku tahu. Aku bangun je tadi dah memang ada kat tangan aku." Baekhyun menggaru kepalanya. Serious dia tak ingat apa-apa.

"Takpelah, biar aku pulangkan nanti. Jomlah gerak. Kesian Chanyeol sensorang kat sekolah. Mesti dia tak biasa." kata Taehyung. Rantai tersebut disimpan didalam poket seluarnya. Baekhyun hanya mengangguk sebelum mengambil beg galasnya dan turun kebawah bersama Taehyung. Seperti biasa, Hyerin dan Jihye turut bersama-sama mereka untuk pergi ke sekolah.


-------


"Hyerin, awak dengan Jihye masuk kelas dulu la ye. Saya nak pergi bilik guru temankan sepupu saya jap." ujar Taehyung.

"Dia transfer sini ke?" Taehyung mengangguk.

"Hmm.. Okay." Hyerin tersenyum sebelum melihat kelibat Taehyung yang semakin hilang dipandangan. Matanya melilau sekeliling mencari Jihye.

"Jihye."

"Ya? Eh mana Taehyung?" soal Jihye apabila menyedari Taehyung tidak ada bersama Hyerin.

"Dia pergi bilik guru jap temankan sepupu dia yang baru pindah sini." jelas Hyerin.

"Sepupu dia satu kelas dengan kita ke?" Hyerin menjungkitkan bahunya.

"Dah, jom masuk." Hyerin menarik tangan Jihye lalu masuk kedalam kelas. Pelajar mula duduk ditempat duduk masing-masing apabila mendengar derapan langkah seseorang yang mendekati kelas mereka.

Kelihatan Cikgu Suzy diiringi dengan Taehyung masuk ke kelas. Taehyung tersenyum lalu mengambil tempat duduknya. Oh lupa, Cikgu Suzy merupakan guru kelas mereka.

"Kelas, harini akan ada pelajar baru di kelas kamu." kata Cikgu Suzy. Hyerin yang pada mulanya membaca buku ditangannya memandang sekilas ke depan sebelum menyambung pembacaannya. Hari ini Cikgu Suzy akan mengemukakan kuiz seperti yang dijanjikan jadi dia perlu membaca dan menghafal pada masa yang sama.

"Annyeonghaseyo, mian lambat." Cikgu Suzy memandang kearah pintu kelas sebelum tersenyum.

"Tak apa. Kenalkan diri kamu." Kedengaran suara beberapa orang pelajar perempuan yang teruja melihat pelajar baru tersebut.

"Weh Hyerin. Hensemlah pelajar baru ni." kata Jihye berbisik.

"Diamlah, aku nak hafal ni." Hyerin masih fokus dengan pembacaanya tanpa menoleh sedikitpun.

"Tapi aku macam pernah nampak dialah." Jihye menggigit bibirnya. Otaknya menganalisis wajah pelajar tersebut secara terperinci kalau-kalau dia pernah melihat pelajar itu sebelum ini.

"Kat dunia ni ada banyak orang yang serupa, Jihye." kata Hyerin.

"Annyeonghaseyo, nama saya Park Chanyeol. Saya harap kamu semua boleh memberi tunjuk ajar kepada saya."

DUP.

Hyerin memandang kehadapan.

Suara dia. Mata dia. Telinga dia. Hidung dia. Bibir dia. Semua serupa dengan dia.

"Park Chanyeol." Hyerin mengulang semula nama itu dalam nada yang perlahan. Chanyeol yang menyedari seseorang menyebut namanya lantas memandang orang tersebut.

Awak tak ingat saya ke, Chanyeol?

Chanyeol tersentak. Aku kenal dia? Bila masa aku kenal dia? Aku tak pernah jumpa dia pun sebelum ni.

Taehyung memandang Hyerin dan Chanyeol silih berganti. Dia memang tak dapat baca fikiran Chanyeol tapi dia dapat baca fikiran Hyerin. Hyerin kenal Chanyeol?

"Ehem. Uhuk." Baekhyun berdehem sebelum terbatuk kecil. Chanyeol tersentak lalu mengalihkan pandangannya. Sehun yang duduk disebelah Baekhyun berbisik ke telinga Baekhyun.

"Ada saingan baru nampak."

Smirk terukir dibibir Sehun. Baekhyun menjeling tajam kearah Sehun sebelum memandang Hyerin.

Apa hubungan Chanyeol dengan Hyerin? Kenapa Hyerin macam kenal Chanyeol sebelum ni?

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now