Hyerin's POVSedar tak sedar lagi sehari kami akan mengadakan Intro-Musical Festival. Semua persiapan sudah pun dilakukan.
"Saya nervous la. Takut tak dapat buat esok." kata aku kepada Taehyung. Tangan aku mengibas wajah aku yang kepanasan dengan air peluh yang bercucuran.
"You must be confident, Hyerin." ucap Taehyung seraya tersenyum manis. Aku turut tersenyum. Taehyung selalu tahu cara nak buat aku senyum. Kami berbual sesekali ketawa bersama. Tanpa sengaja, pandangan aku jatuh kearah tingkap bilik latihan. Ada seseorang yang sedang mengintip kami disitu.
Taehyung yang perasan akan pandangan mata aku turut berpaling.
"Kenapa?" soalnya.
"Awak perasan ada yang mengintip kita?" Taehyung mengerutkan dahinya lalu melihat kearah tingkap.
"Tak ada apa pun." balasnya.
"Hmm, mungkin perasaan saya je kot." Aku tersenyum walaupun hati aku masih ragu-ragu dengan apa yang aku lihat sebentar tadi.
"Awak ada nampak tak Jihye pergi mana tadi?" soalku.
"Dia pergi class vocal." balas Taehyung. Aku segera mengangkat punggung dan mengambil beg galas aku.
"Awak nak pergi mana?" soal Taehyung yang turut berdiri.
"Saya pergi jumpa Jihye jap." Taehyung mengangguk. Aku memulas tombol pintu lalu keluar menuju ke bilik latihan vocal. Tanpa mengetuk pintu, aku terus menyerbu masuk.
"Omo! Mianhae!" Aku kelam kabut menutup pintu apabila melihat Baekhyun yang berbaring diriba Taeyeon. Serentak mereka menoleh memandang aku.
"Eh Hyerin, tak apa masuk je. Awak cari siapa?" soal Taeyeon tanpa menghiraukan aku yang sudah segan melihat kemesraan mereka.
"Err.. Tak mengganggu ke?" soal aku dengan sengihan. Kekok sebenarnya. Taeyeon tergelak kecil. Jari-jarinya bermain dirambut Baekhyun. Baekhyun hanya membiarkan.
"Takdelah. Awak cari siapa?" soal Taeyeon sekali lagi.
"Jihye. Dia kat mana?" soal aku. Aku perasan akan pandangan Baekhyun yang tidak lepas dari memandang wajah aku.
"Dia baru keluar tadi."
"Ohh, thanks. Bye." Aku tersenyum sekilas lalu beredar keluar. Tidak selesa sekiranya berlama-lama disitu. Sebab? First, diorang duk sweet-sweet macam Jack dan Rose, Romeo dan Juliet, dan segala legend couple paling sweet dan famous tu. Second, Baekhyun asyik pandang aku dengan pandangan maut dia. Ingat hensem? Tak hensem pun okay, seram ada la. Taehyung lagi hensem.
"Awak cakap apa tadi? Saya hensem?" Aku mengurut dada aku apabila Taehyung memunculkan diri secara tiba-tiba. Aku menjegilkan mata. Nak bagi aku mati awal agaknya budak ni.
"Tak. Tak hensem."
"Elelele mengaku jelah. Saya dengar awak cakap yang saya lagi hensem dari Baekhyun tadi." Taehyung tersenyum bangga. Lempang muka tu kang.
"Perasan." Aku berjalan tanpa menunggu Taehyung.
"Park Hyerin, awak pun cantik juga." kata Taehyung.
Aku tersenyum kecil.
------
Baekhyun's POV
Second, Baekhyun asyik pandang aku dengan pandangan maut dia. Ingat hensem? Tak hensem pun okay, seram ada la. Taehyung lagi hensem.
Mata aku terbuntang. What the?! Hyerin kata aku tak hensem? Aku dah susah-susah pakai eyeliner tebal-tebal dia kata aku tak hensem?
Aku bangkit dari berbaring di riba Taeyeon.
"Kenapa?" soal Taeyeon. Aku tersenyum.
"Saya keluar kejap eh. Nak jumpa Suho hyung." balas aku. Taeyeon mengangguk. Aku mencubit kecil pipinya dan mengusap rambutnya sebelum berdiri. Aku keluar dari bilik latihan tersebut. Kaki aku langkahkan kearah bilik tarian yang terletak tidak jauh dari bilik latihan vocal. Kedengaran muzik lagu Monster dari luar bilik tarian, aku memulas tombol pintu tersebut.
She got me gone crazy
"Asal berlatih tak ajak aku?" Aku memuncungkan bibir. Suho menumbuk kecil bahu aku.
"Siapa suruh kau sibuk berdating dengan Taeyeon tu. Kata pergi berlatih menyanyi, tak tahu pula kau menyimpang ke situ." Aku tersengih. Sehun yang baru selesai menari menerpa kearah aku. Dia mendepangkan tangannya.
"Piggyback." Sehun memuncungkan bibirnya. Konon-konon aegyo lah tu.
"Kau biar betul?" Aku memandangnya atas bawah. Yelah, diakan tinggi lampai.
"Nak jugakkkkk." Sehun masih memuncungkan bibirnya. Hentak-hentak kaki pulak tu. Aku mendekatinya lalu menggigit bahunya.
"Yahh appo!" Sehun mengetuk kepala aku.
"Woi kau derhaka dengan hyung kau ya? Tak cium bau syurga kau nanti." Aku mengusap kepala aku yang menjadi mangsa ketukan Sehun.
"Hotak kau." Sehun menjelirkan lidahnya. Aku menjulingkan mata dengan tangan ke bahu. Menyampah.
-------
Author's POV
Hyerin menaip-naip sesuatu di atas keyboard laptopnya. Cermin mata besar yang tersangkut dibatang hidungnya dibetulkan. Rambut dikemaskan ke atas menjadi sanggul. Sesekali dahinya berkerut mencuba untuk memerah idea yang bersarang diotaknya. Menulis novel merupakan salah satu dari hobi Hyerin dan sudah menjadi rutin hariannya.
"Hyerin, kau buat apa tu?" soal Jihye bersama dua cawan milo panas ditangannya. Hyerin menoleh sekilas sebelum menyambung kerjanya.
"Macam biasa." Jihye mengangguk. Fahamlah dia apa yang 'macam biasa' tu. Milo panas yang dipegangnya diletakkan diatas meja. Jihye mengambil kerusi dan duduk disebelah Hyerin. Matanya melekat di skrin laptop. Air milo dihirup sedikit.
"Story baru?" Hyerin mengangguk. Jihye menatap kembali skrin laptop tersebut sebelum menghembus nafas berat.
"Kau ni tak boleh ke buat genre story selain sad romance? Asyik-asyik cerita sedih je." komen Jihye. Hyerin menjeling sekilas, "Suka hati aku la."
"Pastu semua story kau mesti ada kaitan dengan kau." komen Jihye lagi. Hyerin diam tidak menjawab. Jari-jarinya yang lincah menaip terhenti seketika sebelum dia menyambung menaip kembali.
Jihye yang perasan akan wajah muram Hyerin terus beredar keluar. Mungkin Hyerin memerlukan masa untuk dia bersendirian sekejap.
Bunyi pintu yang tertutup membuatkan Hyerin berhenti dari meneruskan niatnya. Laptop ditutup perlahan. Lama dia termenung. Tiba-tiba pandangannya kabur dengan genangan airmata. Rantai dilehernya disentuh.
I miss you.

YOU ARE READING
The Vampire Next Door ✔️
Vampire❝From now on, you're mine.❞ Byun Baekhyun. The most dangerous vampire. -------- Highest Ranking #1 in Vampire #1 in EXO #1 in Baekhyun 2016 © taemericano