Hyerin's POV
Aku mencuri pandang Taehyung yang sedang fokus memandang ke hadapan itu. Mukanya tampak seperti biasa macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku meramas jari-jari aku sesama sendiri. Dia marah lagi ke?
Haish Hyerin apa punya soalan la kau tanya ni. Mestilah dia marah takkan dia suka pulak.
Aku pandang Taehyung sekali lagi. Dia buat-buat tak nampak yang aku tengah pandang dia. Aku mengeluh.
"Taeyeon mana?" Mrs Jung yang sedang mengajar di hadapan menyoal. Aku mengangkat muka dan memandang sekeliling. Yelah.. Taeyeon mana? Baekhyun aku pandang sekilas. Dia nampak macam tak kesah je.
Hey, Taeyeon kan yeochin dia? Dia boleh buat derk je?
Memandangkan belum ada pelajar berdiri bagi menawarkan diri untuk mencari Taeyeon, aku segera bangkit dari kerusi.
"Teacher, biar saya yang pergi cari Taeyeon." Aku mengukir senyuman tipis. Mrs Jung mengangguk. Sempat aku lihat Baekhyun yang sudah memberikan pandangan jangan-pergi-sorang-sorang dekat aku. Aku hanya mengendahkan pandangannya. Taehyung juga beralih memandang aku tapi dia pandang ke depan semula bila aku balas pandangan dia.
Tanpa berfikir panjang, aku terus melangkah keluar dari kelas. Baekhyun tak dapat buat apa-apa sebab aku tahu yang dia risau kalau Taehyung fikir yang bukan-bukan lagi. Aku berjalan di koridor dan memandang sekeliling mencari kelibat Taeyeon namun tiada.
Nak cari dekat mana? Aku bukannya tahu dia dekat— jap. Dia selalu ada dekat studio kan? Baik aku pergi situ.
Aku terus mengatur langkah ke studio. Pintu studio yang tertutup rapat aku kuak dari luar. Aku menjengahkan kepala aku ke dalam.
"Taeyeon-ah?"
Senyap.
"Taeyeon, Mrs Jung cari awak."
Senyap.
Haish mana pula dia pergi ni? Takkan tidur kot?
Aku memberanikan diri masuk ke dalam studio. Dahi aku berkerut apabila mendengar alunan lagu yang datang dari speaker kecil yang terletak di atas meja. Kepala aku menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Taeyeon namun tiada.
"Taeyeon?"
Aku mengeluh apabila tiada sahutan dari Taeyeon. Ekor mata aku menangkap suatu objek dibawah meja. Aku duduk mencangkung dan melihat objek itu dengan lebih dekat. P-picagari? Bila masa picagari ni ada dekat studio? Atau jangan-jangan..
Aku menekup mulut dan berdiri. Baru sahaja aku ingin memusingkan badan, belakang kepala aku dipukul dengan objek yang keras. Serta merta pandangan aku kelam.
--------
Baekhyun's POV
Aku mengetuk permukaan meja dengan jari-jari runcing aku ecewah. Jari aku lawa. Kau hado?
Jam ditangan aku kerling. Kenapa Hyerin tak balik-balik lagi ni? Perasaan tidak sedap hati mula menjengah ke hati aku.
"Kenapa Hyerin tak balik lagi ni? Dah 20 minit ni.." gumam Mrs Jung namun masih dapat kami dengari. Aku memandang kearah Taehyung.
"Taehyung.."
Taehyung buat-buat tak dengar dan sambung buat soalan yang diberi Mrs Jung. Aku mengetap bibir.
"Tae!"
"Hmm."
"Hyerin tak balik-balik lagi tu. Pergilah cari."

YOU ARE READING
The Vampire Next Door ✔️
Vampire❝From now on, you're mine.❞ Byun Baekhyun. The most dangerous vampire. -------- Highest Ranking #1 in Vampire #1 in EXO #1 in Baekhyun 2016 © taemericano