Hyerin's POV1 minggu kemudian
Selama seminggu ni aku tidak lagi diganggu oleh makhluk yang bernama Baekhyun tu. Sejak kejadian hari tu, aku dah serik nak datang rumah Taehyung, Taehyung tak terasa hati sedikit pun sebab dia tahu situasi aku.
Aku pun pelik kenapa Baekhyun tidak memunculkan diri selama seminggu ni. Tapi tak apa, aku boleh lalui hari aku macam biasa tanpa gangguan dia.
"Hyerin-ah. Cepatlah kita nak pergi sekolah ni!" jerit Jihye dari tingkat bawah. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan kami di BigHit SM High School.
"Wait!" Aku menyambar beg galas di meja belajarku lalu keluar dari bilik dengan tergesa-gesa.
"Taehyung nak kita ikut dia pergi sekolah." ujar Jihye ketika aku sedang mengunci pintu rumah. Aku memandangnya.
"Boleh je."
Senyuman mengembang dibibir Jihye. Selesai mengunci pintu, Jihye lantas menarik tanganku. Aku hanya menurut langkahnya. Tiba disebuah kereta, Jihye berhenti dari menarikku. Tingkap kereta yang gelap itu diturunkan. Wajah Taehyung terpacul.
"Come in."
Ceh. Taehyung ni macam nak nyanyi lagu Overdose je.
"Jom." Jihye membuka pintu kereta lalu menolakku masuk kedalam. Jihye ni suka-suka je nak tarik tolak badan aku macam anak patung. Sepak kang!
Eh? Siapa yang duduk kat sebelah Taehyung ni?
"Sorry saya lupa bagitahu yang kita ke sekolah sama-sama dengan Baekhyun." kata Taehyung. Oh ya, dia dapat baca fikiran aku. Wait! Wtf?! Baekhyun?!
"Don't worry, saya belum ada mood nak makan orang lagi." sampuk Baekhyun yang berdiam diri dari tadi. Aku dan Jihye berpandangan. Rasa macam ada aura keseraman disitu. Taehyung hanya mengunci mulut dan memandu kereta ke sekolah.
---
"Ini kelas kita." kata Taehyung ketika kami tiba di sebuah kelas.
"Kelas kita?" soalku pelik.
"Yup, kelas kita. Kan sekolah kita ni sekolah muzik. So kelas kita bukan dibahagi mengikut peringkat umur. Bebas." Eh? Sekolah macam ni pun ada? Masa aku dan Jihye daftar sekolah ni dulu, tak ada pun dia cakap pasal ni.
"Macam mana awak tahu kita sekelas?" soal Jihye disebelahku. Taehyung menghalakan jari telunjuknya ke papan kenyataan. Aku dan Jihye mendekati papan kenyataan lalu melihat senarai nama.
Kelas 1 SM
1. Kim Taehyung
2. Jeon Jungkook
3. Min Yoongi
4. Park Jimin
5. Kim Namjoon
6. Kim SeokJin
7. Jung Hoseok
8. Kim Taeyeon
9. Choi Sooyoung
10. Seo Joo Hyun
11. Kwon Yuri
12. Tiffany Hwang
13. Im Yoona
14. Lee Soon Kyu
15. Kim Hyoyeon
16. Park Hyerin
17. Song Jihye
18. Byun Baekhyun
19. Do Kyungsoo
20. Kim Jongin
21. Kim Junmyeon
22. Oh SehunPfft. Ada 22 pelajar dan 12 daripadanya adalah lelaki. Perempuan hanya ada 10 orang. Kepupusan wanita dah ke sekolah ni?
Kring!
"Loceng dah bunyi dah tu. Jom." ajak Taehyung. Dia sudah berjalan ke hadapan terlebih dahulu dengan beg yang digalas di bahu kanan dan kedua-dua tangan yang diseluk di poket seluar. //Oh god. Bayangkan betapa hensemnya Taehyung macam tu (ಥ_ಥ)//
Aku dan Jihye mengikuti Taehyung yang sudah masuk ke dalam kelas.
"Weh, kau terhidu something tak?"
"Bau manusia?"
Telingaku sempat menangkap suara beberapa orang gadis di Kelas SM 1 itu. Aku mulai merasa pelik. Seram pun ada. Bukan diorang pun manusia ke?
"Err.. Eh, korang ni! Perfume dia kot yang lain. Aku tak terhidu benda pelik pun." ujar seorang lelaki yang ber-nametag Junmyeon. Dia memandang rakan-rakan lelakinya yang lain dengan pandangan gelisah.
"Hyerin, Jihye, korang duduk sini." Taehyung menunjukkan dua buah tempat duduk kosong di hadapan tempat duduk mereka.
"Murid baru?" soal seorang gadis. Taehyung mengangguk.
"Oh hai! Saya Tiffany!" ucap gadis berwajah campuran Inggeris-Korea itu.
"Hai, saya Hyerin."
"Saya Jihye."
"Nice to know you both, Hyerin, Jihye." ucap Tiffany dengan senyuman manisnya sehingga matanya membentukkan eyesmile.
"Cikgu Suzy dah datang!" kata seorang gadis yang ber-nametag Taeyeon. Semua murid bergegas duduk ditempat duduk masing-masing. Cikgu Suzy melangkah masuk ke dalam kelas, semua murid berdiri.
"Selamat pagi cikgu!" ucap kami serentak.
"Selamat pagi, korang semua boleh duduk." arah Cikgu Suzy.
"Pelajar baru?" soal Cikgu Suzy sambil memandang aku dan Jihye.
"Err.. Haah."
"Perkenalkan diri kamu." Seluruh murid di kelas menumpukan perhatian kepada kami. Macam pelik semacam je pandangan diorang ni.
"Saya Park Hyerin."
"Saya Song Jihye."
Ringkas. Tak payah nak tahu lebih-lebih sebab penulis pun tak tahu diorang tinggal kat mana err.
"Memandangkan kamu berdua ni pelajar baru, cikgu nak test vocal kamu. Sila datang ke hadapan." Aku meneguk liur. Aish, tahulah kelas muzik. Kalau setakat main muzik tu aku tahu la. Menyanyi menari ni bukan bakat aku. Jihye takpe, dia pandai menyanyi. Aku ni?
Jihye sudah terlebih dahulu mara ke hadapan. Terangguk-angguk Cikgu Suzy mendengar bakat Jihye dalam nyanyian.
"Bagus. Suara yang unik. Saya suka dengar suara kamu, Jihye." puji Cikgu Suzy. Jihye sudah tersipu malu.
"Hyerin. Giliran kamu." Dengan teragak-agak aku melangkah ke hadapan. Aku memusingkan badanku menghadap pelajar. Semua mata tertumpu padaku. Aku memandang kesemua pelajar sebelum pandanganku jatuh pada Baekhyun yang tersenyum manis. Bukan senyuman sinis yang biasa dia lemparkan.
Please la. Aku rasa nak pengsan sekarang ni.

YOU ARE READING
The Vampire Next Door ✔️
Vampire❝From now on, you're mine.❞ Byun Baekhyun. The most dangerous vampire. -------- Highest Ranking #1 in Vampire #1 in EXO #1 in Baekhyun 2016 © taemericano